Asyik Kawen Ja!

Kawan saya kawen lagi. Bila dah habis belajar, perkara wajib yang kita akan cakap adalah tentang kahwin. Pastu bila tak kawen kawen lagi, mula dah orang anggap kita macam alien. Pegi mana saja mula maw tanya ' Bila nak kawen?'.....'Bila nak kawen?'....'Bila nak kawen?'....pastu bila kita bilang yang kita takde calon lagi..boleh pulak mendakwa kita..'memilih sangat ni..'...Dang! gila ah benci gila kalo ada yang cakap camtu. ..

Semalam saya berjaya lagi meraikan perkahwinan kawan saya. Kisah cinta diaorang ni saya tak tahu la start dari tahun berapa, tapi ke dua dua mempelai adalah kawan sesekolah saya dulu. Dan Alhamdulillah setakat ni saya jarang sangat nak miss kenduri kawin kawan2 melainkan yang betul betul tak boleh pegi.

Semalam saya datang kenduri di rumah pengantin lelaki, Shamad. Sebab rumah dia lagi dekat dengan rumah saya berbanding dengan pengantin perempuan, Wani. Sebabkan Shamad ni adalah tentera laut di Lumut..so semalam adalah sket acara2 lalu bawah pedang.Potong kek pun guna pedang, cuma aksi samurai bersama pedang saje takde. Kalau ade konfem sana nak shout ..'Rain! Rain! '..sebab bila samurai, di hati saya hanya ingat Rain saja.HAHAngau!

Kawan kawan yang datang ramai gila ramai.Tapi kebanyakan nya laki. Sebab ni kenduri belah lelaki kan. Yang pompuan datang berapa kerat je. Elina datang sebagai pengapit, saya datang bersama ema, zai datang bersama tunang, sha datang bersama suami, majdah datang bersama boyfren. Wallawehh..semua hidup berpasangan sekarang!! Eh eh..saya dan ema bukannya pasangan, tapi ianya sahabat terbaik. Gila ko maw berpasangan sesama muhrim!

Lepas balik kenduri..geng all boys semua nak pergi mandi air terjun n geng all girls pergi minum manda di Kamunting. Then, bila dah kenyang semua pun pulang. Bila dah pulang apa lagi...maka penulisan pun berhenti takat sini...

Owh kawan2 ASASIANS 9802..next kenduri bulan 6 ni insha Allah ..Zai n Aidi. Kita jumpa di Bota n Manjung pulak ya!!!

Comments

rose sensei said…
biase la tu..aku sendiri pun cm mls nk dgr org tanye soalan 'CEPU CEMAS" tu...

sabar je la anis

*nasihat utk diri sndiri gak ni..
keen said…
ko bila nak kawen???
LUVLYDIYANA said…
kak maiyah :
sangat kenyang!
LUVLYDIYANA said…
rose :
takpe..ingat quote ni

'kita memang dilahirkan untuk kawin..HAHA'
LUVLYDIYANA said…
keen :
sebelum 30 saya kawen..insha Allah

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar