Thursday, January 28, 2010

Where Is My Tooth Fairy?

Saya adalah pemakai braces. Ni macam semua dah taw sebab bila saya senyum mesti nampak gigi berbesi. Owh,senyum adalah hobi tapi nak show off gigi berbesi itu bukan hobi. Karena ianya tak tercover cover kadang kadang dan itu adalah perbuatan tanpa sedar yang saya perasan saya adalah suka senyum dan gelak KAH KAH KAH KAH.

Saya dah pakai braces ni dah 10 bulan dah.Almost.Saya pakai braces sebab struktur gigi bahagian atas saya tak sama dan gigi di tengah tengah adalah jarang SIKIT.Tapi Alimy anak Kak Sab yang umurnya 4 tahun selalu cakap, saya pakai braces sebab nak kuatkan gigi supaya tak sakit gigi.Saya pulak cakap kat Alimy, kalau tak gosok gigi, nanti besar kena pakai besi.Itu macam tipu saja tapi saya memang suka layan kids. Tambah tambah yang suka cakap macam Alimy. Kawan dengan kids kadang kadang FUN juga kamu taw.

Selama 10 bulan saya pakai saya rasa

1. berat badan susut sket.eh bukan sikit.banyak!dari 52kg ke 48 kg.sebab 1st time pakai rasa susah nak makan.semua benda nak makan rasa tak selesa end up dengan saya kadang kadang makan sehari saja dalam sehari.nasib baik nafsu makan saya tak bertaraf super jadi saya tak hadapi masalah untuk berdepan dengan masalah ni sangat.cuma berat badan yang susut ni buat mak bilang sama saya.."akak ni kurus sangat dah nak melengkung"..tetiba pulak badan saya jadi macam the incredible yang flexible.HAHA

2. gigi saya rata dah.ni kalau takde perubahan kat gigi memang saya saman la kau dentist.dah la melabur mahal kan.nangis satu bakul nanti.gigi yang jarang ni pun dah rapat dah.owh..ni part paling best.tengok gigi dalam keadaan baik dan cantik.Ewah.Ewah.

Tapi sekarang saya rasa

1. berat badan saya dah naik sikit.argh..ni macam tipikal problem bagi pompuan.berat badan naik pun nak kecoh kan.tapi kali ni tak kecoh kerana mak dah tak cakap saya melengkung.mungkin sudah berubah ke garis lurus agaknya.HAHA.saya rasa dengan berat badan saya sekarang adalah ideal bagi saya.eceh!

2. hari ni ada satu perkara yang merisaukan saya.eh sebenarnya dah 2 hari perkara ni saya risaukan.gigi saya yang di bahagian depan tu sudah menunjukkan tanda tanda jarang balik.risau ok!selalu tak macam ni.dah 10 bulan ianya tak jarang tapi 2 hari ni dia nak jarang balik, saya dah mula nak rasa feel sumthing wrong dengan gigi saya.nak jumpa doc, appointment saya minggu depan.weekends ni nak attend kenduri tya.tak bley la nak jumpa dentist.

Eh, risaula. Ke gigi saya yang dah tak kuat sekarang?Oh my tooth fairy....help me!




4 comments:

maiyah said...

gi le jmpa dentist.. mna tau ada terselit tulang ayam kot kat besi ti

Framestone said...

meh bro tanggalkan sume gigi kamu..pasangkan gigi palsu.. nk x he..23x

out of topic--> peh... nnt tanye la ek... bro pun nk tahu gak ape jawapan bakal suami mu he...23x

BroFramestone Blog

aZHIeeDA said...

mule2 pakai mmg kompem kurus..huhu
skang dh setahun lebih pakai retainer..tapi ade lari sikit tapi still same..lagi satu ble gigi dh elok dh jadi malas jumpe doc dh..huhu

pakai braces,ble dh buang rase mcm sumthing missing dlm mulot sbb braces kan amik sebahagian dr mulot kite dulu..hukhuk

anyway,slmat berbraces slame memakainye..sure rindu nk pakai ble dh buke terus..huuu

zara said...

panggil la The Rock [dari citer toothfairy] nanti die rapatkan balik gigi tuh.. kekeke :P

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI