Pulihkanlah Henfonku

Semalam, hari kedua di tahun baru hati tba tiba nak rasa manyak sedih. Henfon kesayangan tiba tiba rosak. Eh! saya sangat sayang henfon saya dan sekarang ianya rosak buat saya rasa owhhhh..tataw la maw cakap.

Ni adalah henfon ke3 saya. Saya memang ta banyak sangat tukar tukar henfon. Sebab tiap tiap henfon yang ada pada saya semua nya ada sentimental value yang kalau saya nak tukar kepada yang baru, saya mesti akan memikirkan semua sentimental value yang ada pada henfon saya.

Henfon saya yang pertama. NOKIA 3310. Ini adalah henfon pertama saya yang di beli lepas SPM. Time ni henfon semua mahal mahal. Tade la nak dapatkan harga macam sekarang. Ada 100 pun da bley beli henfon.Simcard maxis dengan nombor yang saya guna sekarang ni pun mahal nak mampus. Saya beli dengan harga 90 hinggit kot tak silap dengan satu simcard. Sekarang? 10 hinggit pun dah dapat simcard baru. Kalau 90 hinggit, dah dapat 9 simcard dah saya. Wahhhhhhhh!!

Henfon saya yang kedua still lagi NOKIA. Tapi dah ta ingat dah jenis apa. Ni henfon kedua saya.....

Ni adalah henfon PERTAMA saya yang saya beli dengan duit sendiri. Beli pun dekat PERTAMA kompleks yang saya PERTAMA kali masuk untuk beli henfon dekat situ. Beli pun time tahun PERTAMA di UKM dan time beli ni pun saya PERTAMA kali keluar dengan coursemate saya, Nana. Saya bertukar kepada henfon ni sebab henfon yang 1st tu bunyi dia kadang kadang tak dengar. Even kalau saya tak silent pun, kalau ada call masuk pun tak dengar gak. Sangat menyusahkan. Sebab tu saya ambil keputusan untuk beli henfon baru dan henfon lama saya simpan dalam kotak. Owh..sentimental value sangat dengan henfon ni. Sampai sekarang saya sayang. Sampai sekarang ada lagi. TApi cover warna oren tu dah tukar ke warna kelabu. Buruk pulak saya tengok warna oren. Haha.

Dan henfon saya yang ketiga yang sedang rosak kini adalah SONY ERICSON K 800. Saya beli henfon ni sebab henfon lama pun da rosak. Kalau caj lama-lama pun still lagi bateri tak penuh. Saya dah tukar bateri banyak kali. Tapi still problem gak. Housemate saya yang mensugestkan saya beli henfon baru. Sebab risaukan keselamatan saya yang balik pukul 10 malam dari tusyen.Saya macam tak nak tukar lagi henfon time ni sebab sayangkan henfon lama, tapi sebab pikirkan keselamtan gak, saya pun paksa diri untuk beli henfon baru. Housemate saya bilang, even tusyen tu tak jauh sangat dengan umah sewa saya kat Bangi dulu, tapi kalau sumthin happen yang kita tataw nak jadi, kat mana mana pun boleh jadi. Kalau time tu henfon saya asyik off ja tak bley nak on, macam mana dengan saya nanti if sumthin bad yang berlaku pada saya. Bangi - Kajang tu bukan kawasan selamat sangat.. Owh, housemate saya sangat sweet macam candy kan? Sekarang semua sudah maw kahwin. Macam mana saya maw mengadu nasib lagi nanti.Nasib baik ada belog kan belog kan.

Saya beli henfon ni dekat Low Yatt. Saya beli dengan Annie , Anis adik Annie, Wukong n Adi. Uiks.ramai betol yang escort saya beli henfon. Sebab saya pun macam ta reti sangat tentang gadget. Sebab tu saya suka minta tolong kawan-kawan. Henfon ni saya beli sebab saya tertarik dengan Cybershoot. Memang saya suka la. Sebab tu henfon ni banyak berjasa dengan saya.Sebab henfon ni banyak mengambil gambar saya.

Henfon ni ada black story yang tersendiri. 2nd day saya beli henfon ni, henfon ni dah hilang kat tusyen. Memang stress gila time tu. Sebab yang datang tusyen hari tu pun just budak sekolah rendah darjah 1, 2, 3 ngan darjah 6. Ta ramai. Tapi boleh pulak kena curik. Dah la baru ja beli. ta sempat lagi maw explore henfon baru. Dah kena curik. Stress memang stress. Macam macam saya buat kat students tu, kata polis nak datang la, nak baca Yassin la, bagi minum air jampi la suruh cakap betul2, padahal tu air mineral saya beli kat kedai ja. Tapi still takde soran pun yang ngaku. Parents pun saya mintak tolong cek dekat umah, tapi semua kata takde. Last last sebulan lepas tu, saya jumpa henfon tu dekat celah celah buku dekat rak buku kat tusyen. Tapi simcard saya dah tade. Cover henfon pun dah tade. Time tu rasa syukur sangat. Nasib baik Allah bukakkan hati student untuk hantar balik henfon saya. Sebenarnya saya taw siapa yang curi. Sebab dia oranlast dengan saya malam tu, Tapi bila saya tanya, dia memang ta ngaku. Buat la ugut polis ka, apa ka, dia buat muka slumber ja. Hebat kan budak2 sekarang. So dont trust kids even ko cakap....'Ala, dia budak, apa yang boleh buat pun'..Tapi sebenarnya yang budak tu la Kecil Kecil Cili Api.

Sekarang henfon ni sudah rosak. Saya sedang texting dengan Acu semalam nak ajak dia makan dekat Bandar Perda afta hantar adik dekat MRSM. Tapi suddenly henfon ni tulis Emergency Calls Only. Then saya off henfon ni. Tapi bila maw bukak balik, dah ta boleh sampai sekarang. Saya sedih ni. Dalam henfon saya ada banyak no. Dah la satu no pun saya tak copy dalam simcard. Jadi saya memang takde SEMUA nombor kawan-kawan. Kawan-kawan, mintak tolong ya kasi balik no korang dekat saya. I really need it.

Saya bercadang maw repair henfon ni. Kalau maw beli henfon baru pun, saya still maw henfon ni di baiki. Sebab ada banyak benda dalam henfon ni yang saya perlukan. Eh! sangat banyak. Sekarang saya tade henfon. Owh! sedihla.....


~students saya dekat tusyen. Time ni saya banyak melayan kiddo. Mareka adalah sweet. Owh..rindu maw ajar tusyen sini lagi. Ajar sini best!~

Comments

henfon tu minta bersara...
jasanya tetap di kenang..

aritu henpon saya tercicir dalam fitting room di mid valley...

sekarang dah berpengganti yang baru.. Nokia E71..
much better, sebab dapat check facebook & email.. online...

sebelum ni tak nak tukar henpon walaupun rasa ada keperluan tukar yg canggih sikit.. sekarang bila dah tukar, yakin memang dah sampai masanya utk berubah...

aja aja fighting cikgu!

=D
aza_idyllix said…
huhuhu "kita ini tiada bezanya"dipetik dr lagu orang planet,Republic Of Brickfield huhuhu (xde kaitan ngn entry)...ajar kanak2 mmg best n kita ada minat sama iaitu kmpul brg2 yg bernilai di cc kita elok2...

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar