Friday, January 8, 2010

Kerana Saya Maw Jadi Cantik

Malam ni sebenarnya saya macam tak bercadang sangat nak ngedate blog. Perut rasa sakit lagi. Petang tadi pun saya keja sampai pukul 4 ja. Pastu mintak excuse kat PK Petang maw balik umah....Tak sihat. Cian.. :(

Bila dah start keja ni, kehidupan saya setiap hari adalah sama. Bangun pagi dah pikir sekolah. Sekolah. sekolah. Awal tahun ni agak sibuk ni. Plus sekolah saya dah start latihan sukan, lagila sibuk dalam sebulan dua ni. Tak boleh la saya nak update blog secara harian macam ni. Ahaks!

Kisah saya dengan Cikgu K tu pun saya dah anggap settle. Sebab saya dah jumpa pun pekeliling tentang syarat kemasukan pelajar SJKT / SJKC ke tingkatan 1. Kalau dia maw cakap banyak lagi, saya maw kasi ja pekeliling tu dekat dia. Tapi sampai sekarang bila saya jumpa dia, saya tak tegur dan buat tak taw ja kat dia. Sampai dia ada cakap kat cikgu lain dia geram kat saya sebab saya buat tak taw ja pasal benda ni. Aik?? Biarla..manusia memang sentiasa tak puas hati. Saya tak bisa maw memuaskan hati semua orang. T___T

Keja saya sekarang sangat banyak. Banyak ok. Banyak. Sampai nak men'deco'kan meja saya kat bilik guru tu pun tak sempat lagi. Tapi kadang kadang saya rasa macam saya ni terlalu banyak merungut pulak. Penatlah. Latih lah Kerja banyak lak. Itulah . Inilah.Mana mana kerja pun banyak keja kan. Lagipun kan saya dah cuti lama. Buat apa lagi saya nak merungut banyak keja. Banyak keja. Kan saya pun dah paham dah sket dengan dunia perguruan ni. Awal n akhir tahun, memang banyak keja. Dahla..sekarang saya berharap saya tak banyak bersungut lagi. Bersungut banyak, lagi banyak bley menimbulkan stress. Saya penah baca satu quote ni..

"Berfikirlah positif nescaya anda menjadi wanita yang cantik"

Eh..harus berfikiran positiflah..saya kan maw jadi cantik..agagagaga.. :P


7 comments:

maiyah said...

sbr ye dik.. jgn tensen2 nanti tumbuh byk uban hehe :D

zara said...

cantik dah tuh~~~ :P

Framestone said...

jgn stress.. nnt cepat tua n cepat dpt byk penyakit huhu

BroFramestone Blog

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah maw bertenang sekarang!

LUVLYDIYANA said...

zara :
agagaga..malu i..hehe

LUVLYDIYANA said...

framestone :
ish..namo la.maw sihat!

Framestone said...

if mahu sihat.. jgn la stress selalu ek huhuhuhu

PHD IS A LONELY JOURNEY