Thursday, January 28, 2010

Catatan Seorang Penagih Facebook


Saya Sofiah, 14 [ nama glamour bukan nama sebenar ] mula berkecimpung dalam dunia ketagihan sejak December 2008 . Pada mulanya saya tidaklah berminat langsung dengan segala ketangihan ini dan menceburkan diri atas pujukan dan desakan kawan baik saya iaitu Timah [ nama manja bukan nama sebenar. p/s : sekarang bolehlah salahkan Timah.HAHAHA.Entah apakah? ]

Segala applications di dalam FB ini di ajar oleh Timah. Sehinggakan untuk menerima kawan pun kadang kadang di lakukan oleh Timah kerana saya ketika itu masih dalam kemurungan akibat berputus kasih.Eceh.

Sebagai salah satu usaha agar saya tidak terjebak dengan mana mana aktiviti kemurungan, si Timah telah berusaha memperkenalkan saya dengan satu ketagihan yang baru iaitu FB yang lebih high rasa nya berbanding FS. Owh, sebenarnya Timah adalah seorang yang baik hati rupanya.

Di awal penceburan saya di dalam bidang ini, saya merasakan FB ini tidak lah fun tahap WOW sangat. Sehinggakan di pertengahan tahun 2009, saya mula jatuh cinta tanpa sedar kepada kecintaan baru ini. Cinta itu perlukan masa dan pengorbanan bukan.Tak kenal maka tak chenta.Eh tetiba lari tajuk pulak..

Ok, sekarang siyes balik..........

Bila saya jumpa TERlalu ramai kawan kawan saya yang dari primary school, secondary school, saya dah mula rasa FB adalah berfaedah sebenarnya untuk bersilaturahimi. Saya mula menjadikan FB sebagai sebahagian dari agenda kehidupan harian tanpa saya sedar saya sudah menganaktirikan FS rupanya. Dan sehingga luahan rasa ini ditulis , saya masih lagi tak bukak FS untuk ke berapa bulan nya entah dah tak ingat.

Bukan setakat kawan kawan, senior dan junior saya pun saya bertemu kembali di FB. Bagaikan satu alumni sekolah saya rasa di FB.

Kadang kadang FB boleh jadi medan nak stalker life someone.Nak taw kawan kita keja kat mana sekarang. Senior yang kita admirer dulu dah kawin ke belum.Junior comel tu buat apa sekarang.Siyes itu kadang kadang saya buat tapi tidak secara berlebihan.Gila kau ingat keja aku cikgu stalker ka? HAHA

Tapi saya tak suka kalau ada yang cuba mengambil kesempatan dari FB. Dan memang saya sangat tak suka kepada golongan2 yang mengambil kesempatan ke atas FB. kadang kadang kita tak kenal, tiba tiba nak chat

' hai awak, saya single.baru lepas clash.awak takde bf ke?jom couple'

Siyes saya amat memarahkan golongan sebegini.Tulisan di boldkan merah untuk menunjukkan saya marah babe.Yang mengambil kesempatan di atas FB.Buatkan saya lebih berhati hati nak approve fren. Golongan macam tu saya dah remove from fren list. harap maklum.Sekarang yang tak kenal saya tak approve dah. Dulu yela, nengong nengong lagi. Yang korang pun satu, nak add fren bagi la salam perkenalan ke apa kan. Baru la manis tak gitu?? tapi yang mana saya kenal tu cam senior ka, junior ka, kawan lama ka, tak payah pun takpe. I know u. I know.Hehe.

Eh, saya juga banyak jumpa kawan kawan baru di FB. Banyak sangat ok. Dan tahukah korang yang korang sebenarnya best dan saya suka kawan dengan korang.Sangat suka ok!

Sekarang tak nafikan saya memang suka dan ketagih FB. Sehari tak update status rasa tak best. Sehari tak komen status kawan rasa tak fun. HAHA. Gila la kaw.

Oh ya! tapi saya tak main game. Bukan sebab anti kepada game ke apakah. Tapi sebenarnya saya mudah addict dengan game. Kalau sekali main non stop. Sebab tu tak nak main. Sebab kalau saya main habis nanti satu keja saya TAKKAN buat asyik demand nak main game saja.So, tak payah lah nak add saya jadi neighbour ke apakan.Sebab application tu pun saya dah block.Emo!

Takpela, saya kan sudah dewasa kini. Eceh.

Owh FB, aku dah gian. HAHAHAHA.

Bye!





2 comments:

Framestone said...

he..23x cam teu pulak ek....

bagus2 huhu...

bro selalu buh je cam nie.. "saya dah berempunya... ade 3 kekosongan.. klu berani.. masuk la he..23x"

bro addict dgn Mafia Wars

BroFramestone Blog

ASaDa RyutaRo said...

hahaha..

kelakar giler pengakuan seorang penagih FB ni..

PHD IS A LONELY JOURNEY