Thursday, January 28, 2010

Where Is My Tooth Fairy?

Saya adalah pemakai braces. Ni macam semua dah taw sebab bila saya senyum mesti nampak gigi berbesi. Owh,senyum adalah hobi tapi nak show off gigi berbesi itu bukan hobi. Karena ianya tak tercover cover kadang kadang dan itu adalah perbuatan tanpa sedar yang saya perasan saya adalah suka senyum dan gelak KAH KAH KAH KAH.

Saya dah pakai braces ni dah 10 bulan dah.Almost.Saya pakai braces sebab struktur gigi bahagian atas saya tak sama dan gigi di tengah tengah adalah jarang SIKIT.Tapi Alimy anak Kak Sab yang umurnya 4 tahun selalu cakap, saya pakai braces sebab nak kuatkan gigi supaya tak sakit gigi.Saya pulak cakap kat Alimy, kalau tak gosok gigi, nanti besar kena pakai besi.Itu macam tipu saja tapi saya memang suka layan kids. Tambah tambah yang suka cakap macam Alimy. Kawan dengan kids kadang kadang FUN juga kamu taw.

Selama 10 bulan saya pakai saya rasa

1. berat badan susut sket.eh bukan sikit.banyak!dari 52kg ke 48 kg.sebab 1st time pakai rasa susah nak makan.semua benda nak makan rasa tak selesa end up dengan saya kadang kadang makan sehari saja dalam sehari.nasib baik nafsu makan saya tak bertaraf super jadi saya tak hadapi masalah untuk berdepan dengan masalah ni sangat.cuma berat badan yang susut ni buat mak bilang sama saya.."akak ni kurus sangat dah nak melengkung"..tetiba pulak badan saya jadi macam the incredible yang flexible.HAHA

2. gigi saya rata dah.ni kalau takde perubahan kat gigi memang saya saman la kau dentist.dah la melabur mahal kan.nangis satu bakul nanti.gigi yang jarang ni pun dah rapat dah.owh..ni part paling best.tengok gigi dalam keadaan baik dan cantik.Ewah.Ewah.

Tapi sekarang saya rasa

1. berat badan saya dah naik sikit.argh..ni macam tipikal problem bagi pompuan.berat badan naik pun nak kecoh kan.tapi kali ni tak kecoh kerana mak dah tak cakap saya melengkung.mungkin sudah berubah ke garis lurus agaknya.HAHA.saya rasa dengan berat badan saya sekarang adalah ideal bagi saya.eceh!

2. hari ni ada satu perkara yang merisaukan saya.eh sebenarnya dah 2 hari perkara ni saya risaukan.gigi saya yang di bahagian depan tu sudah menunjukkan tanda tanda jarang balik.risau ok!selalu tak macam ni.dah 10 bulan ianya tak jarang tapi 2 hari ni dia nak jarang balik, saya dah mula nak rasa feel sumthing wrong dengan gigi saya.nak jumpa doc, appointment saya minggu depan.weekends ni nak attend kenduri tya.tak bley la nak jumpa dentist.

Eh, risaula. Ke gigi saya yang dah tak kuat sekarang?Oh my tooth fairy....help me!




Catatan Seorang Penagih Facebook


Saya Sofiah, 14 [ nama glamour bukan nama sebenar ] mula berkecimpung dalam dunia ketagihan sejak December 2008 . Pada mulanya saya tidaklah berminat langsung dengan segala ketangihan ini dan menceburkan diri atas pujukan dan desakan kawan baik saya iaitu Timah [ nama manja bukan nama sebenar. p/s : sekarang bolehlah salahkan Timah.HAHAHA.Entah apakah? ]

Segala applications di dalam FB ini di ajar oleh Timah. Sehinggakan untuk menerima kawan pun kadang kadang di lakukan oleh Timah kerana saya ketika itu masih dalam kemurungan akibat berputus kasih.Eceh.

Sebagai salah satu usaha agar saya tidak terjebak dengan mana mana aktiviti kemurungan, si Timah telah berusaha memperkenalkan saya dengan satu ketagihan yang baru iaitu FB yang lebih high rasa nya berbanding FS. Owh, sebenarnya Timah adalah seorang yang baik hati rupanya.

Di awal penceburan saya di dalam bidang ini, saya merasakan FB ini tidak lah fun tahap WOW sangat. Sehinggakan di pertengahan tahun 2009, saya mula jatuh cinta tanpa sedar kepada kecintaan baru ini. Cinta itu perlukan masa dan pengorbanan bukan.Tak kenal maka tak chenta.Eh tetiba lari tajuk pulak..

Ok, sekarang siyes balik..........

Bila saya jumpa TERlalu ramai kawan kawan saya yang dari primary school, secondary school, saya dah mula rasa FB adalah berfaedah sebenarnya untuk bersilaturahimi. Saya mula menjadikan FB sebagai sebahagian dari agenda kehidupan harian tanpa saya sedar saya sudah menganaktirikan FS rupanya. Dan sehingga luahan rasa ini ditulis , saya masih lagi tak bukak FS untuk ke berapa bulan nya entah dah tak ingat.

Bukan setakat kawan kawan, senior dan junior saya pun saya bertemu kembali di FB. Bagaikan satu alumni sekolah saya rasa di FB.

Kadang kadang FB boleh jadi medan nak stalker life someone.Nak taw kawan kita keja kat mana sekarang. Senior yang kita admirer dulu dah kawin ke belum.Junior comel tu buat apa sekarang.Siyes itu kadang kadang saya buat tapi tidak secara berlebihan.Gila kau ingat keja aku cikgu stalker ka? HAHA

Tapi saya tak suka kalau ada yang cuba mengambil kesempatan dari FB. Dan memang saya sangat tak suka kepada golongan2 yang mengambil kesempatan ke atas FB. kadang kadang kita tak kenal, tiba tiba nak chat

' hai awak, saya single.baru lepas clash.awak takde bf ke?jom couple'

Siyes saya amat memarahkan golongan sebegini.Tulisan di boldkan merah untuk menunjukkan saya marah babe.Yang mengambil kesempatan di atas FB.Buatkan saya lebih berhati hati nak approve fren. Golongan macam tu saya dah remove from fren list. harap maklum.Sekarang yang tak kenal saya tak approve dah. Dulu yela, nengong nengong lagi. Yang korang pun satu, nak add fren bagi la salam perkenalan ke apa kan. Baru la manis tak gitu?? tapi yang mana saya kenal tu cam senior ka, junior ka, kawan lama ka, tak payah pun takpe. I know u. I know.Hehe.

Eh, saya juga banyak jumpa kawan kawan baru di FB. Banyak sangat ok. Dan tahukah korang yang korang sebenarnya best dan saya suka kawan dengan korang.Sangat suka ok!

Sekarang tak nafikan saya memang suka dan ketagih FB. Sehari tak update status rasa tak best. Sehari tak komen status kawan rasa tak fun. HAHA. Gila la kaw.

Oh ya! tapi saya tak main game. Bukan sebab anti kepada game ke apakah. Tapi sebenarnya saya mudah addict dengan game. Kalau sekali main non stop. Sebab tu tak nak main. Sebab kalau saya main habis nanti satu keja saya TAKKAN buat asyik demand nak main game saja.So, tak payah lah nak add saya jadi neighbour ke apakan.Sebab application tu pun saya dah block.Emo!

Takpela, saya kan sudah dewasa kini. Eceh.

Owh FB, aku dah gian. HAHAHAHA.

Bye!





Wednesday, January 27, 2010

Entry Pekasam

Pagi ni baru rasa nak tulis blog. Sebenarnya perasaan ni macam dah lama. Tapi perasaan ni macam terpendam pendam akhirnya semua cerita terperam peram macam pekasam. Kat mana nak start nih? Jap amik mood...

Tarik nafas jap.....HU HA HU HA HU HA . Teknik pernafasan di waktu pagi. Macam orang mengantuk disorongkan tilam pulak aku rasa. Sighhh*

Huh..ini KISAH 1

Preparation my best fren's wedding sudah hampir siap sepenuhnya. Hujung minggu aritu saya ada turun Ipoh untuk membantu sket mana yang patut. Berjasa la jugak saya pada hantaran dan dapat kutip jugak pengalaman orang nak kawin yang banyak gila preparation nak kena buat. Banyak ok! Everything nak kena buat. Dari benda sekecil semut sampai sebesar gajah pun engkau perlu pastikan semuanya perfect. Baru sempurna majlis nanti. Esok tinggal lagi sehari before TYA maw memakai title Cik. Congrats baby! Congrats! Tak tahu nak cakap. Tapi saya kadang kadang ta percaya gak best fren since sekolah dah kawin dulu. Macam baru semalam buat 'kerja gila' sama-sama. Esok macam dah nak kawin kan. Pulak tu tetiba jadi public figure. Nasib kau la Tya kahwin dengan basikal..eh bukan. Kahwin dengan penunggang basikal. Syukur. Syukur. Rezeki Allah dipercepatkan jodoh kamu.Semoga berbahagia sampai syorga!

Lepas ni tinggal turn Ema dan Moon.Eh saya juga kerana Sang Penulis masih lagi Cik. Tetiba saya teringat satu hari ada student saya tanya

" Cikgu, cikgu dah kahwin ke belum?"

"Saya kan Cik mestilah belum, kalau nama saya depan Puan, mestilah saya dah kahwin"

"Habis tu kenapa Che' Anom tu dah kahwin?"

" Itu sebab dia teacher"

Kadang kadang pemikiran budak ni terlalu critical bukan untuk di teroka T_T

KISAH 2

Lagi kisah kawan baik. 24/01 is his bufrday. Happy 1st day Yanti's baby. Awal pulak Yanti deliver baby. It should be on February sebab saya dah harap ianya sama burfday ngan Yanti 17/2 tapi kehendak Allah tu siapa nak halang kan. Kun Fa Ya Kun.Insha Allah nanti saya nak ke Rawang melawat Yanti dan baby nya. Owh! dia lelaki taw.Gagallah plan saya nak tolong belikan skirt dan hairband untuk anak Yanti. Sebab saya suka baby girl. Sungguh comel bukan tengok baby pakai skirt macam princess. Tapi kalau lelaki saya masih terpikir pikir nak tolong belikan apa nih.Nak belikan toys pun macam tak best asyik kena belikan robot dan juga lori. HAHA. Ini berbaur diskriminasi. Tapi saya masih suka lelaki. Eyh? HAHA

KISAH 3

Saya dah tengok LEGION


Ianya sungguh tak best ok. Sekarang cerita tak best pun saya maw tulis dalam blog. Ini macam dah berbaur BOIKOT. Tapi siyes jangan tengok. Sumpah akan nangis sepanang cerita sebab bukan cerita sedih bangat tapi sumpah korang nyesal g tengok Legion. Kisah dia tentang peperangan Michael symbol kepada Mikail dan Gabriel symbolic kepada Jibrail. Last last boleh pulak malaikat mati.Sungguh #@$!%@$@! lah bukan?

Tapi tengok lah korang Tooth Fairy kalau korang nak gelak secara super di cinema. Lawak ok. Cerita ni kalau tengok tak rugi even ada gak unsur2 tahyul tiba tiba The Rock jadi fairy. Tapi ianya macam tak lah membazir sangat kalau tengok. Ini serius fully recommend by me.


KISAH 3

Sekarang nak tulis blog pun kena berpikir secara normal tulis. Bukan setakat blog je. Wat statement di FB kecintaan pun nak kena berpikir secara normal jangan terlalu bernafsu nak tunjuk kau bagus kau boleh tulis dengan nafsu serakah menggila. Warning : 18 sx. HAHA. Tak lawak. Macam terlalu banyak sangat kisah kisah blogger sekarang. Latest Aduka Taruna yang panas panas lebih panas dari pisang goreng panas. Dan tetiba pulak kisah-kisah blogger ni nak menjadi jadi lepas kisah panas saya dengan sorang cikgu kat sekolah yang tiba tiba nak wat serangan terhadap blog yang double kecintaan ni. Fikiran dan hati manusia memang kadang kadang tidak boleh bertindak secara waras bukan?

KISAH 4

Sila layan gambar dulu





Subhanallah....sangat cantik ok ciptaan tuhan. Semua gambar adalah merujuk kepada kecantikan ciptaan Allah dan gambar last adalah yang terchantek. HAHA.Ini memang tak bley blah.Bukan kah mengatakan diri cantik juga adalah satu cara untuk bersyukur terhadap ciptaan Allah?

Cantik kan tengok sunset :)

KISAH 5

Saya dah penat menulis. Panjang pulak entry memendan rasa baba's ni. Memang dah terbabas panjang pun entry ni seh! Nasihat penulis :

Berhentilah kalau penat. sambunglah kalau larat. Bukankah cerita ni adalah kisah seminggu yang tertangguh? Pembacaan pun boleh di tangguhkan seminggu kalau nak baca. T___T

Sekian, gracias....






















Monday, January 18, 2010

Redha Dalam Duka

Kamu taw tak..every time bila bes fren kita maw kawin..eh bukan KITA tapi best fren SAYA maw kahwin, hati saya sangat berbahagia untuk dia tapi terasa sedih bila saya sedar bahawa saya dah kekurangan quality time bersama sama dengan dia.... T___T

TYA..love u!! love u!! love u!! Kita kawan sampai syorga ya! Tetiba teringat story mory impian ko yang maw jadi Isteri Solehah. Ya! Ya! Ko sudah maw menjadi isteri dan aku sentiasa maw ko hepi hepi saja. Best sangat dengar kisah cinta ko dari cerita Cinta Sekolah sampai Cinta Kekal Abadi sekarang. Ianya Happy Ending Story yang aku akan cerita sama anak anak aku yang aku ada kawan yang sangat sweet kisah cinta nya! Wallah!

Eyh, sudah lama tak mencalling Yanti. Dia sudah maw mendeliverkan baby bulan 2 nanti. Saya sudah termiss pulak maw mengupdate jenis jantina baby. Tiap kali saya call @ berYM dengan Yanti, saya mesti nak tanya. "Dah nampak dah ke baby apa?".."Boy or Girl?" Biasa arr, saya memang suka excited lebih. Excited macam saya punya anak saja.Tapikan, saya dah nak jadi auntie weh! Yeay! Tetiba terasa diri tua saja bila di sebutkan aunty. Tapi tu kan macam sweet sweet juga bila ada kids yang cute tiba tiba panggil kita ' Aunty aunty nak sumi'. [ saya pun tak taw kenapa saya bagi contoh sumi tapi sumi tu saya suka makan time kecik kecik dulu. Siap demand warna sumi lagi. Nak kaler merah! Nak kaler hijau! Suka makan dua jenis tu ja. Sebab saya tak suka sumi kuning sebab saya tak otak kuning.Eh! HAHAHA ].

Saya ada satu pakatan bersama dengan Yanti.Bila saya sudah ada anak NANTI, saya dan Yanti sudah bilang maw mengkawan baik kan anak anak bersama.Kan Kan.Senang semua nya berkawan baik kan.Mesti terasa macam heaven saja.

Jap. Kenapa entry ni terasa sudah nak masuk cerita bab kiddo yang cute cute saja?Macam dah lari tajuk saja. Dah la. Saya nak Offline sebelum ianya melarat.HAHAHA. Geram kan penutup entry macam ni. Maw saja baling kasut kat kau Anis.Sighhhhhh.

Friday, January 15, 2010

Ianya Penting Jika Kita Buat Buat Penting

Selamat Malam semua. Sekarang saya mengupdate blog di waktu malam. Haha. Letihlah macam ni kalau maw bagitau setiap waktu untuk update blog. Sebenarnya itu macam tak penting. Tapi saja saya buat buat ia penting. Memang kadang kadang saya suka mementingkan benda yang tidak penting. Kerana ianya kadang kadang penting bagi saya. KAHKAHKAHKAH. Eyh..kenapa gelak? Ini serius taw!

Hari ni adalah hari yang terfun dalam seminggu sebab ianya Jumaat dan saya memang suka Jumaat sebab ianya adalah hari terakhir bekerja dan juga saya akan bekerja dengan masa yang singkat. Ini adalah masa yang singkat tiada kaitan dengan kain yang singkat atau berkain pelikat. Takde ok takde. Tapi hari ni saya datang awal juga ke sekolah sebab dis week saya jadi guru bertugas jadi kena la datang awal sekolah.

Sebab macam banyak masa kan dekat sekolah, saya dengan gigih berusaha untuk men'deco'kan meja guru. Owh, ini tak termasuk dalam tugasan seorang guru. Ini adalah keja yang tak penting tapi saya buat buat penting. Meja tahun lepas berkonsepkan Biru Yang Damai tapi tahun ni saya dah busan la tengok meja yang serabut bagai. Owh..sebenarnya bukannya busan. Tapi saya macam tak suka tengok meja saya berkeadaan sama saja setiap tahun. Ianya penting taw bagi saya untuk kelihatan different saja. Baru ianya menimbulkan satu mod bekerja yang bagus sampai terasa tiap hari maw duduk di meja guru saja sebab meja kita cantik. Wallaweh!

Tahun ni macam maw buat berkonsepkan ala Black n White di atas meja. Maw letak ala ala English Style sket di atas meja.Isk, kena berkawan baiklah saya dengan Lovely Lace nanti. Kak Kani bilang tadi,maw cari barang di situ mahal taw kalau setakat maw letak atas meja. Tapi kan itu penting bagi saya. Lagipun saya sudah jumpa satu benda yang menarik tertarik di situ tapi saya tak beli lagi sebab meja pun dah masuk minggu ke 2 ni tak kemas kemas lagi.

Eh! Tak sabar saya maw habiskan pen'deco'an meja saya. Tadi saya buat tak siap siap lagi. Banyak sangat yang perlu di susun atur di meja saya.Ini bukan tugas guru, tapi ianya penting bagi saya.Bukan kah kelihatan cantik itu juga penting bagi saya? Owh bukan! Ianya penting bagi SEMUA!





Thursday, January 14, 2010

Diari Tugasan Seorang Guru

Selamat pagi rakan rakan. Eceh, sengaja saya maw ucap selamat pagi awal awal tapi motif nya macam nak bagitaw lately saya rasa saya kerap ngedate blog di waku pagi ,bukan lagi di malam hari. Sebab dalam seminggu ni, kerap sangat saya tido awal.. Tambah tambah kalau ada latihan sokan di time siang tu,malam tu nanti konfem saya akan tido awal macam saya yang gigih berlari padahal saya just control students pegi latihan merentas desa. Tapi itu pun kerja nya berat kamu taw tak. Kalau semua students ni menurut kata baik baik aja kan senang. Terasa badan sudah tidak kuat bagaikan johan sekarang. Erk..tulang sudah reput ka? Cis...g munim susu g!

Keja minggu ni susut sikit dari minggu lepas yang sampaikan kena bermata panda untuk membereskan semua kerjaan. Lega. Tapi sibuk pulak dengan acara merentas desa yang nak buat hujung minggu ni. Isk,bila saya maw baca buku ni?Dah seminggu lebih aktiviti pembacaan saya tertangguh. Owh!

Hari ni dah hari Jumaat. Yahoooo Yabedabedu! Ianya best! Sebab hari ni last keja tapi esok awal awal pagi kena pegi sekolah ada acara merentas desa.Saya kena jaga students dari nak ngelat ngelat maw seludup masuk jalan short cut. Saya jaga check point yang pertama esok. Itu best sebab boleh habis awal. Yeah!!

Saya rasa saya dah tulis Diari Tugasan Seorang Guru lagi kan. Kan sudah berjanji pada blog akan mengurangkan penceritaan terhadap tugasan. Eceh! Tapi ini lah kehidupan saya sekarang yang busy body dengan kerja nya.Jangan pulak kau baca, tetiba melatah maw memprint segala entry tampal atas meja. Gilak! Buat apa sajalah yang kau suka, kan sudah pesan dan jangan buang masa dengan menjaja entry orang se'Malaya'. Diam Itu Lebih Baik Dari Melatah.

Tiba tiba entry di akhiri dengan perasaan nak emo. Eh! Saya tak emo. Saya cuma kasihan melihat orang pantang di ciut terus melatah. Kasihan kan. Dah la mengambil entry saya tanpa kebenaran . Tak taw ka semua ni adalah copyright by Cik Seri Anis Diyana?? Nasib baik kesabaran saya masih di tahap normal bukan macam kau yang sudah paranormal saja aku tengok sampai tak terdaya maw datang sekolah. Kasihan...... T_______T




Wednesday, January 13, 2010

Kenapa Rasa Tak Fun NI?

Phewww....hari ni saya sudah menamatkan cerita tentang isu yang sepatutnya hanya di pandang sebelah mata. Saya pun sudah tak maw membesarkan isu isu tipikal macam ni Tiba tiba pulak blog sweet macam candy ni jadi bahan jajaan. Eh! kan saya sudah pesan sama kau. Diam itu lebih baik. Jangan cepat sangat melatah bila di ciut. Ia akan meletakkan kau di kawasan bahaya bukan lagi berjaga jaga!

Cerita yang sudah tu sudah lah. Memberontak bukanlah satu tindakan bijak yang akan berjaya memuaskan hati dan ianya adalah tidak indah sekali. Kadang kadang memang kita maw orang memandang kitalah yang terbaik atas segalanya, tanpa kita sedar bahawa tindakan kita untuk menjadi yang terbaik telah mengundang segala ketidakpuasan hati orang terhadap kita. Kita cikgu bukan angel.

**************************************

Sekarang sekolah saya tengah sibuk untuk bersokan. Sejujurnya saya bukan orang sokan. Saya tak reti maw bersokan. Tapi saya suka maw jadi penyokong terbaik buat orang yang bersokan. Dah tak reti nak sukan kan. Jadi penyokong pun kira terbaik ah.Haha.

Saya sebenarnya sangat teringin dalam untuk terror dalam sukan. Sebab bagi saya orang yang terror sukan ni memang mempunyai satu bakat asli yang terpendam sejak azali. Kalau orang yang kaki bangku tangan bakul macam saya, bagi la apa apa saya games yang melibatkan pepeluhan. Konfem saya give up tengah jalan.

Sebab itu saya suka maw jadi penyokong terbaik saja. Itu lebih baik kalau saya main dan akhirnya akan berakhir dengan looser saja. Tapi saya terror main badminton. Eceh, tiba tiba nak ngaku terror sedangkan saya hanya suka saja. Sebab saya berhasrat untuk bermain badminton bersama suami dan akan menganjurkan acara bergu bersama anak anak kelak. Eceh! Oleh itu saya harus menterrorkan diri untuk bermain badminton agar menjadi johan dalam acara yang di anjurkan kelak. Owh..sudah sudah.Nanti ada pulak yang print entry saya mendakwa saya berscandal sama pemain badminton. Banyak sangat yang kadang kadang salah tafsir terhadap penulisan saya sekarang. T_____T

Esok ada latihan sukan. Malas babe memang malas. Kan sudah bilang saya tak terror sukan dan saya bukan orang sukan. Eh! kenapa entry ni macam burin saja. Macam entry yang terpaksa.Ni yang payah kalau saya bersikap berhati hati dalam menulis entry. Macam tak fun ah. Busan ah kalau hidup di stalker yang orang suka mengadu domba!! Sampai menulis entry pun rasa jadi tak fun!! Sighhhhhhhhhhh.


Tuesday, January 12, 2010

Silence Is Easy

Entry ini akan mengambil masa yang pendek untuk di tulis. Betul! ianya tak lama. Sebab saya sudah maw g sekolah sekarang. Tapi masih sempat maw ngedate blog kuci kuci si kuci manis. ewah! Tapi ianya nya mungkin di tulis seperti esei bukann nya karangan darjah 6. Beza esei dan karangan, esei adalah lebih panjang dari karangan. Tapi ianya masih tidak sepanjang novel. Esei mempunyai bilangan patah perkataan yang lebih panjang berbanding karangan dan esei memerlukan tenaga dan idea yang lebih untuk di curahkan. Eceh!

Ok sudah..Stop the crapp.Saya maw tulis esei dengan pantas sekarang. [ eh? bukankah saya tengah menulis ka sekarang? apa apa jela kau anis.. ]

Blog ini menjadi femes jap bagaikan dewa semalam. Dan hati saya pun kecoh jugak semalam, tak sangka ada jugak silent readers blog saya yang datang dari rakan sesekolah dan boleh pulak yang maw lakukan tindakan terhadap rangsangan. Sampaikan saya rasa maw saja memprivate kan blog hanya untuk saya saja. Tapi rasa tak best la, sebab kadang kadang saya jadikan blog ini sebagai medium bertukar khabar untuk kawan yang jauh di rantau. Maw juga saya menjadikan blog ni blog ilmiah. Membincangkan tentang isu isu dunia. Isu isu terkini tentang Hamas dan Hizbullah, tentang isu isu penggunaan nama Allah, tapi saya bukanlah seorang yang berkeyakinan dan pandai sangat maw bagi pendapat. Nanti tak pasal pasal bukan setakat pejuang racist yang menyerang blog saya, terus pejuang pemisah yang datang membuat serangan peribadi bukan setakat maw letak entry atas meja. Mungkin di bom nya meja saya suatu hari nanti.Owh! tidak!

Tapi motif memblog ini takkan tergugat okei dengan satu serangan peribadi.Ianya takkan di ubah konsep kepada blog cara bijak belajar matematik atau blog pengupas isu isu duniawi atau blog menjual barang atau blog hanya untuk saya.Owh! itu lebih baik beli diari dari maw regis di blogspot. Ini adalah blog peribadi yang akan mengupdate segala perasaan yang bersarang di hati.Dan hati saya pun bukan lah selalu nya maw berbunga bunga. Suci sesuci embun pagi. Kadang kadang maw juga ianya beremosi. Bukan kah saya sudah bilang ' she will talk about happiness and sadness in her life'. Kalau kau maw beremosi, sila buat blog peribadi. Saya tak halang. Saya tak halang. Tapi sila jangan bertindak membesarkan isu yang besar nya hanya sekecil kuman bagai. Kita kan sudah dewasa kini. Eceh!

Sekarang saya rasa lebih baik saya berdiam dari bertindak. Berdiam bukan bermakna salah. Dan berdiam bukan bermakna kalah. Diam adalah untuk kebaikan yang ianya pasti akan di akhiri dengan satu kenangan yang indah indah saja. Eh! sebenarnya bukankah diam itu lebih baik dari melatah ? Kan kan...

Cuma saya berdoa tidak akan berlaku penindasan terhadap diri saja kelak.Sebab kadang kadang saya ni bukanlah dewasa sangat maw menghandle segala permasalahan peribadi. Kadang kadang saya sendiri rasa terjatuh dengan keputusan yang saya buat sendiri. Tapi saya yakin ianya hanyalah satu keputusan untuk mematangkan diri saya untuk menjadi Anis yang lebih Strong bagai Hulk.

Oh ya! jika ada cikgu di sekolah yang membaca blog ini, 'Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum' . Terima kasih kerana sudi menjadi silent reader kepada blog yang bukanlah dewa ini.Semoga dengan blog ini kita akan lebih bersilatur rahimi. Kerana saya taw saya di sekolah tak reti maw cakap banyak banyak dengan orang sangat sebab kadang kadang saya rasa saya tidak cukup dewasa lagi maw ngejoin golongan golongan dewasa.Tapi saya cuba untukmenjadi rakan setugas yang baik untuk anda semua. Wow!

Saya maw stop. Masih panjang kah entry ini?Lastly...

Diam Itu Adalah Lebih Baik Dari Bertindak Membuta Tuli.....Silence Is Easy bak kata StarSailor






Monday, January 11, 2010

Pengupas

Hai, salam semua. Malam ni saya akan mengupas isu isu AJL malam tadi .Asyik cerita pasal keja ja. Nanti blog ni kena tukar pulak jadi Diari Tugasan Seorang Guru. Tamaw la saya. Ta bestla...

Eh lapar nya....berhentila kejap maw masak megi....tak tahan pulak dengan kelaparan ni.Isk! mengada betul perut ni.. grr grr grr. Cadang dah tak nak makan dah.Huh!Tapi tak tahan pulak dengan perut yang meragam ni.

********************

Ok, kita sambung kembali untuk jadi pengupas AJL yang berlangsung semalam....

  • Tahniah ! tahniah ! tahniah buat adik Aizat semalam. He deserve to win.Memang best pun lagu tu. Kalu dengar pun terasa maw feelong feelong sampai ke awan . Tapi tetiba pulak ada selingan aaaa.. aa..aa...aaa..Terus macam mencacatkan sket lagu tu saya rasa. Keaslian kurang.
  • Persembahan pembukaan yang best.Dato Ct. Baju die cantik. Isk, berapa ribu la baju dia tu kan. Cantik nya.....Anis Diyana. hahaha. Eh bukan! cantiknya baju Dato Siti. Cantik! Cantik! Cantik! Owh Rizalman, saya berharap kita akan bekerjasama suatu hari nanti. Eceh. ..tetiba...
  • Persembahan Stacy tip top habis. Saya ingat dia menang persembahan terbaik. Tapi tak menang. Tapi memang bertenaga lah dance dia. Takpe Stacy, cuba lagi tahu depan.
  • Kesian Akim buat persembahan beria tapi tak menang. Sepatutnya dia tak payah buat persembahan , sebab dah konfem tak menang. Takpela....test market. Lagu Bengang tu tak best. Tak best la. Macam mana leh layak ke AJL pun saya musykil. Mungkin saya masih kurang menghayati seni muzik tataw kat mana seninya lagu tu kan. Tapi bagi saya lagu tu tak best. Akim pun tak best. Eh..emo betuk dengan point yang satu ni. Sebenarnya point yang terbesar adalah saya tak suka Akim..haha
  • Black memang sempoi ah.Nyanyi pun sempoi ja. Memang layak pun dia menang vokal terbaik. Tapi time menang tu siap salam kiss kiss pipi dengan Mas Idayu. Watdahelll?????. Taw la tu mentor dia, tapi takkan sampai macam tu sekali. Eh! saya pun mentor la. Tapi takde pulak students saya lepas kelas maw salam2 sampai bersentuhan manja pipi. Pembelajaran secara langsung yang kurang sivik nya haruslah tidak di pertontonkan di khayalak ramai. Isk..isk.
  • Persembahan Aizat yang menang persembahan terbaik tu memang saya adore habislah. Kiut sungguh budak2 tu. Plus...ianya students babe. Walaupun saya budget Stacy akan menang persembahan terbaik, tapi sebab Aizat dah selitkan ciri ciri persekolahan pada persembahan, kira saya support la jugak..Menyokong students. Ini macam kaitan yang di reka reka. Haha
  • Sam bunkface comel!!Siyes kiut dan comel!
  • Tetiba pulak ada fans ramai2 time hujan nya performance. Macam surprise pulak tu..
Mm..maw kupas apa lagi ya. Sudah sudah lah tu. Dah ngantuk. Esok ada latihan sukan. Malas betul saya!huhu


Sunday, January 10, 2010

Entry Tiada Motif : Roda Kehidupan

Pengupdate tan blog adalah terlalu slow sekarang. Macam tade kisah yang menarik pun berlaku sepanjang hari. Asyik dengan keja sekolah saya. Eh! ada yang tanya saya..keja cikgu bukan setakat mengajar je ke? Bukan babe bukan... Kalau cikgu keja mengajar ja kat sekolah, memang relax habis lah. Tambah tambah cikgu macam saya yang ajar Mathematics Form 1 n Form 2. Bukan susah sangat pun. Ilmu memang penuh di dada. Eceh.Tu belum lagi cikgu yang mengajar sekolah rendah. Lagi senang kalau keja cikgu mengajar ja. Memang konfem cemerlang lah anak murid!

Tapi keja cikgu ni banyak sangat extra extra nya. Maw jaga kebajikan students, kebajikan sekolah. Semualah cikgu kena buat. Sebab tu cikgu pun nampak sibuk ja. Maw jaga ratusan pelajar. Kau ingat senang? Isk! Jangan berdengki dengan tugas cikgu ok. Sebenarnya cikgu ni tak la relax sangat. Cuma ada satu kelebihan. Banyak cuti. Yeay! Itu saya suka. Then, waktu tugasan pun tak la lama sangat. Macam sekarang yang saya buat. Masih boleh update blog sebelum ke sekolah. Kau memang relax dalam kelam kabut kan. Haha.

Sekarang dah masuk 2 minggu dalam tahun 2010. Kadang kadang best tengok orang bertahun baru dengan anak baru lah, suami baru lah, rumah baru lah, tunang baru lah. Dan saya sudah 2 minggu di tahun baru, life masih sama ja macam tahun 2009. Dulu saya harapkan tahun ni saya bley sambung study. Tapi tade rezeki pulak. Takpelah, sekarang apa yang perlu saya buat adalah bersabar dengan segala ketentuan tuhan. Bukankah di hujung kesabaran itu di janjikan kemanisan yang sweetsweet macam candy. Tapi saya sangat mengharapkan perubahan hidup di tahun 2010. Tamaw la asyik tekun sangat bekerja macam tahun tahun sebelum ni ja. Saya maw meneroka satu kehidupan yang baru seperti plan asal maw bergelar student masterji. Tapi application tak berjaya pulak. Saya sedih tapi sekarang saya redha.Kena cuba next time untuk satu kehidupan yang baru.Huh! adventurous betul saya ni.Eh! tetiba maw cakap diri adventure. Saya tak suka kalau life itu sama saja macam tak mencabar langsung heh!

Eh..sebenarnya entry ni tiada motif untuk di tulis....Hanya untuk lepaskan gian tak tulis blog dah lama. Tapi kadang kadang memang di sengajakan untuk tak tulis blog lama lama. Sebab saya rasa kehidupan setiap hari adalah sama saja. Jadi kalau blog ni tak bertulis, maka saya adalah sedang mengalami satu rencah fasa kehidupan yang sama saja yang masih kurang garam dan asam nya...

Bangun Pagi - Kerja - Melayan FB- Melawat Blog- Bertwit twit- Tidurr

Owh! itulah roda roda kehidupan saya...Entry yang tiada motif..maw diakhiri dengan

Sekian, Terima Kasih. Tata




Friday, January 8, 2010

Kerana Saya Maw Jadi Cantik

Malam ni sebenarnya saya macam tak bercadang sangat nak ngedate blog. Perut rasa sakit lagi. Petang tadi pun saya keja sampai pukul 4 ja. Pastu mintak excuse kat PK Petang maw balik umah....Tak sihat. Cian.. :(

Bila dah start keja ni, kehidupan saya setiap hari adalah sama. Bangun pagi dah pikir sekolah. Sekolah. sekolah. Awal tahun ni agak sibuk ni. Plus sekolah saya dah start latihan sukan, lagila sibuk dalam sebulan dua ni. Tak boleh la saya nak update blog secara harian macam ni. Ahaks!

Kisah saya dengan Cikgu K tu pun saya dah anggap settle. Sebab saya dah jumpa pun pekeliling tentang syarat kemasukan pelajar SJKT / SJKC ke tingkatan 1. Kalau dia maw cakap banyak lagi, saya maw kasi ja pekeliling tu dekat dia. Tapi sampai sekarang bila saya jumpa dia, saya tak tegur dan buat tak taw ja kat dia. Sampai dia ada cakap kat cikgu lain dia geram kat saya sebab saya buat tak taw ja pasal benda ni. Aik?? Biarla..manusia memang sentiasa tak puas hati. Saya tak bisa maw memuaskan hati semua orang. T___T

Keja saya sekarang sangat banyak. Banyak ok. Banyak. Sampai nak men'deco'kan meja saya kat bilik guru tu pun tak sempat lagi. Tapi kadang kadang saya rasa macam saya ni terlalu banyak merungut pulak. Penatlah. Latih lah Kerja banyak lak. Itulah . Inilah.Mana mana kerja pun banyak keja kan. Lagipun kan saya dah cuti lama. Buat apa lagi saya nak merungut banyak keja. Banyak keja. Kan saya pun dah paham dah sket dengan dunia perguruan ni. Awal n akhir tahun, memang banyak keja. Dahla..sekarang saya berharap saya tak banyak bersungut lagi. Bersungut banyak, lagi banyak bley menimbulkan stress. Saya penah baca satu quote ni..

"Berfikirlah positif nescaya anda menjadi wanita yang cantik"

Eh..harus berfikiran positiflah..saya kan maw jadi cantik..agagagaga.. :P


Sunday, January 3, 2010

Tulisan Rewang

Morning peeps...sebentar saja tadi saya baru saja habis berchit chat dengan Ema dengan lamanya di phone. Cadang maw tulis esei blog tapi sekarang macam sudah maw pegi sekolah, saya pendekkan ini menjadi rumusan.....

  1. Hari ni hari pertama persekolah...excited bercampur cuak. Excited nak mulakan tugas. Cuak sebab tahun ni pegang jawatan besar sket kat sekolah. Saya berharap saya bley handle semua permasalahan...
  2. Hari ni saya dah dapat point yang baru dalam hidup. Kejar benda yang berkepentingan. Tinggalkan benda yang buang masa. Ini bukan masalah dengan segala social networking yang kadang kadang berkepentingan, kadang kadang tak.Tapi ini masalah hati saya. But i get the point. T________T
  3. Rasa tak best..ni sekali lagi rasa tak best bila mengira ngira kawan-kawan saya dah ramai move ke KL. Wahai KPM, i pun nak transfer gak boleh tak? Plz....plz..plz...Tak lama lagi Ema dah nak move ke Sungai Buloh.Owh!! Tak best nya hidup tanpa kawan untuk berfoya foya. Sighhhhh
  4. Hari ni kena beli headfon baru. Malam nanti maw bercalling calling dengan Ayu di YM. Yehaaaa...
  5. Saya tiada point ke lima..tapi sekarang saya perlu bersiap ke sekolah sebab maw pegi awal sket ke sekolah hari ni untuk hari pertama...
C ya!!....

p/s : lepas ni blog ni mesti penuh dengan cerita sekolah.....eh! saya kan cikgu :P

Saya......

MALAS

maw kerja esok !!


Saturday, January 2, 2010

Pulihkanlah Henfonku

Semalam, hari kedua di tahun baru hati tba tiba nak rasa manyak sedih. Henfon kesayangan tiba tiba rosak. Eh! saya sangat sayang henfon saya dan sekarang ianya rosak buat saya rasa owhhhh..tataw la maw cakap.

Ni adalah henfon ke3 saya. Saya memang ta banyak sangat tukar tukar henfon. Sebab tiap tiap henfon yang ada pada saya semua nya ada sentimental value yang kalau saya nak tukar kepada yang baru, saya mesti akan memikirkan semua sentimental value yang ada pada henfon saya.

Henfon saya yang pertama. NOKIA 3310. Ini adalah henfon pertama saya yang di beli lepas SPM. Time ni henfon semua mahal mahal. Tade la nak dapatkan harga macam sekarang. Ada 100 pun da bley beli henfon.Simcard maxis dengan nombor yang saya guna sekarang ni pun mahal nak mampus. Saya beli dengan harga 90 hinggit kot tak silap dengan satu simcard. Sekarang? 10 hinggit pun dah dapat simcard baru. Kalau 90 hinggit, dah dapat 9 simcard dah saya. Wahhhhhhhh!!

Henfon saya yang kedua still lagi NOKIA. Tapi dah ta ingat dah jenis apa. Ni henfon kedua saya.....

Ni adalah henfon PERTAMA saya yang saya beli dengan duit sendiri. Beli pun dekat PERTAMA kompleks yang saya PERTAMA kali masuk untuk beli henfon dekat situ. Beli pun time tahun PERTAMA di UKM dan time beli ni pun saya PERTAMA kali keluar dengan coursemate saya, Nana. Saya bertukar kepada henfon ni sebab henfon yang 1st tu bunyi dia kadang kadang tak dengar. Even kalau saya tak silent pun, kalau ada call masuk pun tak dengar gak. Sangat menyusahkan. Sebab tu saya ambil keputusan untuk beli henfon baru dan henfon lama saya simpan dalam kotak. Owh..sentimental value sangat dengan henfon ni. Sampai sekarang saya sayang. Sampai sekarang ada lagi. TApi cover warna oren tu dah tukar ke warna kelabu. Buruk pulak saya tengok warna oren. Haha.

Dan henfon saya yang ketiga yang sedang rosak kini adalah SONY ERICSON K 800. Saya beli henfon ni sebab henfon lama pun da rosak. Kalau caj lama-lama pun still lagi bateri tak penuh. Saya dah tukar bateri banyak kali. Tapi still problem gak. Housemate saya yang mensugestkan saya beli henfon baru. Sebab risaukan keselamatan saya yang balik pukul 10 malam dari tusyen.Saya macam tak nak tukar lagi henfon time ni sebab sayangkan henfon lama, tapi sebab pikirkan keselamtan gak, saya pun paksa diri untuk beli henfon baru. Housemate saya bilang, even tusyen tu tak jauh sangat dengan umah sewa saya kat Bangi dulu, tapi kalau sumthin happen yang kita tataw nak jadi, kat mana mana pun boleh jadi. Kalau time tu henfon saya asyik off ja tak bley nak on, macam mana dengan saya nanti if sumthin bad yang berlaku pada saya. Bangi - Kajang tu bukan kawasan selamat sangat.. Owh, housemate saya sangat sweet macam candy kan? Sekarang semua sudah maw kahwin. Macam mana saya maw mengadu nasib lagi nanti.Nasib baik ada belog kan belog kan.

Saya beli henfon ni dekat Low Yatt. Saya beli dengan Annie , Anis adik Annie, Wukong n Adi. Uiks.ramai betol yang escort saya beli henfon. Sebab saya pun macam ta reti sangat tentang gadget. Sebab tu saya suka minta tolong kawan-kawan. Henfon ni saya beli sebab saya tertarik dengan Cybershoot. Memang saya suka la. Sebab tu henfon ni banyak berjasa dengan saya.Sebab henfon ni banyak mengambil gambar saya.

Henfon ni ada black story yang tersendiri. 2nd day saya beli henfon ni, henfon ni dah hilang kat tusyen. Memang stress gila time tu. Sebab yang datang tusyen hari tu pun just budak sekolah rendah darjah 1, 2, 3 ngan darjah 6. Ta ramai. Tapi boleh pulak kena curik. Dah la baru ja beli. ta sempat lagi maw explore henfon baru. Dah kena curik. Stress memang stress. Macam macam saya buat kat students tu, kata polis nak datang la, nak baca Yassin la, bagi minum air jampi la suruh cakap betul2, padahal tu air mineral saya beli kat kedai ja. Tapi still takde soran pun yang ngaku. Parents pun saya mintak tolong cek dekat umah, tapi semua kata takde. Last last sebulan lepas tu, saya jumpa henfon tu dekat celah celah buku dekat rak buku kat tusyen. Tapi simcard saya dah tade. Cover henfon pun dah tade. Time tu rasa syukur sangat. Nasib baik Allah bukakkan hati student untuk hantar balik henfon saya. Sebenarnya saya taw siapa yang curi. Sebab dia oranlast dengan saya malam tu, Tapi bila saya tanya, dia memang ta ngaku. Buat la ugut polis ka, apa ka, dia buat muka slumber ja. Hebat kan budak2 sekarang. So dont trust kids even ko cakap....'Ala, dia budak, apa yang boleh buat pun'..Tapi sebenarnya yang budak tu la Kecil Kecil Cili Api.

Sekarang henfon ni sudah rosak. Saya sedang texting dengan Acu semalam nak ajak dia makan dekat Bandar Perda afta hantar adik dekat MRSM. Tapi suddenly henfon ni tulis Emergency Calls Only. Then saya off henfon ni. Tapi bila maw bukak balik, dah ta boleh sampai sekarang. Saya sedih ni. Dalam henfon saya ada banyak no. Dah la satu no pun saya tak copy dalam simcard. Jadi saya memang takde SEMUA nombor kawan-kawan. Kawan-kawan, mintak tolong ya kasi balik no korang dekat saya. I really need it.

Saya bercadang maw repair henfon ni. Kalau maw beli henfon baru pun, saya still maw henfon ni di baiki. Sebab ada banyak benda dalam henfon ni yang saya perlukan. Eh! sangat banyak. Sekarang saya tade henfon. Owh! sedihla.....


~students saya dekat tusyen. Time ni saya banyak melayan kiddo. Mareka adalah sweet. Owh..rindu maw ajar tusyen sini lagi. Ajar sini best!~

Friday, January 1, 2010

Well Kam 2010

  1. Hari ni pegi Pacific Megamall untuk menshopping buku-buku latihan. Kat sini popular dia besar sket. Banyak buku dan banayk pilihan. Dan inilah Popular terbesar yang terhampir dengan rumah saya.Sekarang sudah 25 tahun pun masih lagi membeli buku buku latihan. Eh! saya kan cikgu....
  2. Saya dan rakan rakan guru yang maw cari buku....Niza, Kecik, Kak Bani n Kak Miza...g main bowling dulu sebelum singgah Popular. Tapi saya tak main pun. Adik saya Fatin ja yang semangat main sebab saya tade mood maw main bowling. Owh..sebenarnya saya dan bowling ini adalah cendol. Jadi saya kadang kadang ja maw main. Kadang kadang tamaw. Kang macam menyerah untuk mendapat title looser ja. Eh! tamaw la.. :P
  3. Lepas makan Properity yang sangat banyak black pepper, panas dan pedas, kitaorang g semayang Zohor jap sebelum g memborong dekat Popular. Lama gilak dekat Popular. Saya rasa 2 jam saja dekat situ. Saya memang suka kedai buku. MPH ka, Popular ka, Kinokuniya ka, Borders ka. Suka Suka Suka. Sangat suka. Cuma sekarang saya rasa saya dah setahun tak pegi Kino n Borders. Asyik melayan MPH n Popular saja. Sebab dah setahun kan meninggalkan ibu kota. Eceh!. Tapi Popular pun saya suka. MPH pun saya suka. Saya suka duduk kat tempat buku yang banyak banyak. Rasa nak jadi tamak maw memborong saja semua buku yang best best. Nanti bila saya ada rumah sendiri kelak, saya maw buat library untuk ruangan bacaan saya dan anak anak. Eh dan suami juga. Eh suka nyeeee!! I love books..sebab itu saya suka face book!
  4. Lepas habis memborong di Fofula, kitaorang gerak balik. Suatu hari yang best di tahun baru!
p/s : tekak makin tade suara...

p/ss : jangan la suara tade sampai Isnin..

p/sss : macam mana nak mengajar nanti....

p/ssss : suara ni aset taw bagi cikgu...

p/sssss : ni akibat makan prosperity tadi kot....

p/ssssss : suara saya dah tade...~owh! nak sihat!~

PHD IS A LONELY JOURNEY