Thursday, December 3, 2009

Walimatul Urus

Tengahari tadi posmen pon pon datang kasi surat. Jarang sangat pun surat kat rumah ni ditujukan buat Anis Diyana melainkan bil - bil. Ces! duit saja. Kalau pakai intenet sebulan free kan best. Kalau pakai telefon berbulan bulan free lagi best. Konfem saya call semua list kawan - kawan saya. Konfem saya balas semua sms kawan-kawan saya. Eh! tu belum konfem. Sebab saya memang malas nak sms. Serius malas.Ntah.Saya pun tataw kenapa.Tapi serius malas nak sms. Dulu sangap gila nak sms. Sampai lenguh lenguh tangan pun sanggup lagi dengan sms. Owh.sekarang dah jumpa kecintaan baru kot.FACEBOOK OH FACEBOOK!BLOGGING OH BLOGGING!

Time cuti sekolah ni, kalau surat yang sampai buat saya, kalau bukan bil, macam dah dapat agak, mesti Walimatul Urus a.k.a Jemputan Perkahwinan. Surat tadi mak ambil, mak pun tumpang baca gak. Tiba tiba mak cakap, 'Ramai nya kawan kakak dah kawin? '..Tiba tiba saya sentap. Sebab ayat mak macam double meaning je tuh. Huh!

Ala, kalau tanya kat semua orang. Semua orang maw kahwin. Siapa yang tak maw. Pernah tak korang g tanya kat orang kenapa tak kahwin? Die jawab die memang tak nak kahwin. Huh! Tu tak bernafsu la kot. Oppss..ayat cam ganas jahh. Tapi kita pun tak taw bila jodoh kita. Sabar je la.Akan ada je nanti. Tak yah kelam kabut sangat.

Saya tak suka orang selalu tanya kat saya.'Bila nak kahwin?'..'Bila nak kahwin?'..Huh! serius macam sycho soalan ni.Kalau la saya dah tau nak kahwin bila. Saya dah jawab. Saya kahwin tahun depan. Haritu ada kawan mak cakap kat mak 'Takpela, anak belaja pandai..kahwin lambat pun takpe'...Huh..tu lagi macam tak suka!Eh, bukan macam tapi TAK SUKA. Siapa maw kahwin lambat? Gilo!

Tapi saya paham je. Once kita dah habis belaja, dah kerja, next orang akan persoalkan bab bab kahwin ni. Sebab tu soalan yang orang tanya tu macam common things dalam kehidupan. Cuma kadang kadang saya rasa macam tak selesa dengan soalan soalan macam ni. So korang, lepas ni tak yah la tanya dah. Saya kan rajin update status di facebook. Kalau ada orang datang risik ka, pinang ka, saya dah bagitau dah. Tak yah tanya dah. Sebenarnya saya tak suka sangat orang banyak tanya melainkan saya yang bagitau. Sebab saya tau apa yang saya nak bagitau. Saya takkan bagitau benda yang saya takkan bagitau. Dalam life pun perlu ada secreto secreto kan. Haha.

Eh!entry ni macam bercampur baur dengan darjah keemosian yang tinggi. Saya cakap macam. Tapi TAK!

Congrats to all my fren yang dah nak kahwin

Saizatul Ainoor & Mohd Faizal { 5/12/2009 - Taiping }
Megat Mortaza & Pasangan { 5/12/2009 - Bota }
Aini Adnan & Pasangan { 6/12/2009 - Manjung }
Nadirah & Najmi { 13/12/2009 - Alor Setar }
Juliza & Fikri { 19/12/2009 - Lenggong }
Adila & Raja Aslam { 19/12/2009 - Taiping }

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!..insha Allah saya sampai.. :)



15 comments:

my note said...

yes..I'am agree with u dear... nanti sampai masa akan anis hebohkan 1 dunia, tul x....hehehehehhe, jom sambg MASTER......JOM2

Liz said...

btol laaa..aku pon da start bosan dengan soalan orang 'kau bile lagi?bile nak kawen?' .. dulu bleh jawab, duit takde, nak kahwin camne..skang nak cakap ape? tp the best answer 'bila smpai jodoh kawen la..' but stilllllllll ade jugak makhluk yg tak paham n cakap 'jodoh takkan smpai kalo kite tak cari'..abes tu nak suh aku menadah muka tepi jalan carik jodoh?slow2 laaaaaaa..

Liz said...

btol laaa..aku pon da start bosan dengan soalan orang 'kau bile lagi?bile nak kawen?' .. dulu bleh jawab, duit takde, nak kahwin camne..skang nak cakap ape? tp the best answer 'bila smpai jodoh kawen la..' but stilllllllll ade jugak makhluk yg tak paham n cakap 'jodoh takkan smpai kalo kite tak cari'..abes tu nak suh aku menadah muka tepi jalan carik jodoh?slow2 laaaaaaa..

terpanjang lak comment aku.hahah

maiyah said...

musim tawin, adik bila lagi? :D

LUVLYDIYANA said...

uiks..global sgt tu sampai dunia...aku bukan angelina jolie.jom la kalau nak wat.dulu aku ajak semua org..semua tolak.huhu

LUVLYDIYANA said...

liz : betul weh..ada yg siap suruh aku g ngorat laki.die ingat aku gatai kot.isk.tak reti aku. aku nak laki yg ngorat aku.baru besh.

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
hak hak hak..soalan sensitif o..nak kahwin..tapi dah tade yg pinang..camne..ces..gatai sungguh ayat ni.. :P

zara said...

lagi2 bile ibu dah stat cakap, "owh aritu jumpa my fren nye son.. akak tau die keje kat dubai~~~" ergghhhhh lagi men-stresskan org kan?

Azwandy Bin Muhamad said...

cikgu bla plak nak kawen...?
nanti nak kawen jemput la sy k...hehe...

dilahUKM said...

aku teluk intan perak. call aku.. jom kenal. 0194760414. call taw !!!!!!!!

LUVLYDIYANA said...

zara :
ibu nak jodohkan ko dengan anak kawan die ke?hihi

LUVLYDIYANA said...

wandy :
tataw weh..semua org da sibuk2 maw kahwin nih..ni calon pun tak dak..mcm mana maw kawin..aduyai..

LUVLYDIYANA said...

dilah :
student ukm ke? tak knal lorr..fakulti mane?course ape? bagi la salam perkenalan dulu..kan manis gituw.. :)

Azwandy Bin Muhamad said...

kawen cepat cikgu...
nanti terlambat kang..hehe...

LUVLYDIYANA said...

isk..calon pun takde lagi..takkan nak cakap..meh la kawin..meh la kawin..isk!

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI