Tugasan 2010

Kehidupan perguruan baru saja bermula. Lepas dah cuti 5 minggu. Lepas saya dah tak amik kesah langsung pasal sekolah selama 5 minggu. Lepas saya asyik berbesfren saja dengan FB selama 5 minggu, sekarang saya kena berpisah sementara secara aman dengan FB..owh!

Semalam saya dah start bermeeting. Awalkan. Kalo saya tanya sekolah lain, kebanyakan nya meeting start 30/12..tapi sekolah saya 28/12 dah start.Pulak tu meeting dirct 4 hari berturut turut. Meeting semua guru, meeting kurikulum, meeting Hal Ehwal Murid, meeting Kokurikulum. Saya pulak ke 4-4 meeting terlibat. Kena la datang 4-4 hari berturut turut. Memang malas. Dah la meeting cakap benda yang sama je macam dalam meeting semua guru. Then benda ni pun akan di cakap semula dalam Meeting dengan Ketua Panitia nanti. Memang malas ah nak g semua meeting ting ting tong ni.

Tahun ni saya dapat jawatan baru kat sekolah . Penyelaras Tingkatan 1. Actually risau gak nak handle tugas ni. Sebab saya kena pantau 5 kelas tingkatan 1 di bawah jagaan saya dan 5 orang guru kelas tingkatan 1 di bawah saya. Dah arr form 1. Banyak keja sket. Bukak sekolah nanti, seboklah tu ramai nak tukar sekolah asrama lah, nak pindah sekolah lah, nak tukar kelas la, nak agihkan rumah sukan lah...nanti pertengahan tahun sibuk dengan exam lah,,pastu akhir tahun pulak sibuk nak in charge kemasukan pelajar form 1 baru tahun 2011. Takut. Takut tak dapat jalan kan tugas dengan baik. Saya ni kalo buat keja ta betul..nanti mula rasa stress... :(

Tahun ni saya puas hati sebab saya banyak kena ajar Mathematics. Tahun lepas, saya ajar 2 kelas je. Tak best. Tahun ni naik pangkat sket..haha.Dah bley ajar banyak kelas. Saya ajar Mathematics 4 kelas. Saya suka ajar Mathematics. Senang. Suruh students kira je kan.

Tapi tahun ni ada satu subjek baru yg saya kena ajar. Saya kena ajar Geografi Tingkatan 2. Sudah lama ni tinggal Geografi. Nasib baik ajar 1 kelas je. Tapi still nak kena study balik peta peta Malaysia. Saya dah tak ingat dah nama nama pulau, tasik, sungai, lembah kat Malaysia ni. Eh! kalau Geografi PMR still belaja tentang Asia dan Malaysia kan. Tak cek lagi syllabus ni. Saya baru baca tentang Longitud dan Latitud tadi.......

Tahun ni saya jadi cikgu Kelab Pantun. Ni macam tetiba je. Dah la saya tak reti maw berpantun. Lagi hebat, pantun sekolah saya tiap tahun gi Peringkat Kebangsaan. Cuak weeeeeehhhhhhhhhhhhhhh. Saya taw ada Kak Pah. Cikgu Pantun gak. Tapi mesti saya kena banyak tolong dia kan. Sebab saya 2 orang je yang jadi Cikgu Pantun. Korang, sebenarnya saya cuak seh. Sebab dulu cikgu pantun sekolah, cikgu senior. Tapi sekarang dia dah pindah. Sebab tu ganti dengan Cik Seri Anis Diyana ni sighhhhh...

Argh..esok kena meeting lagi. Ngantuknya...Esok meeting Kokurikulm. Saya kan cikgu Pantun. Kena la pegi.....


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan....

Jawab weh jawab!!!

Comments

maiyah said…
wah.. nnti bleh wat pantun ye
ctfza said…
anak itik berenang-renang
berenang-renang terkedek-kedek
kene ajar geog? sangat senang
cepat pergi cari cikgu syed noh suh ajar balik

hehe..boley sampai peringkat kebangsaan tak saye cikgu? huu
syafawani said…
salam cekgu:)
saya budak baru di sini nak belajar..bule?hik3
LUVLYDIYANA said…
kak maiyah :

terimas kasih...hehe
LUVLYDIYANA said…
kak fiza :
eh..ni dah hebat ni..bley mng tanpa bertanding nih..hehe
LUVLYDIYANA said…
wani :
nak belaja apa..meh2.. :)

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar