Saturday, December 19, 2009

Terapi Minda Di Queensbay.

WARNING : ENTRY INI AKAN MENJADI SUPER DUPER PANJANG. Sila betulkan punggung, tepuk tepuk bantal, regangkan otot sebelum baca :P

OK, itu saya sudah warning. Saya sudah bersemangat maw membuat esei umpama menadi contestant Pertandingan Mengarang Esei Blog Tahun 2009. Siapakah yang terPANJANG berjela jela dia menang.Owh, itu jangan googling. Sebab saya pun tataw ada ke tak pertandingan macam tu di dunia blog.Maksud nya : saya reka reka je.Jangan percaya.HAHAHAHAHAHAntam :P

Sejak hari Jumaat yang lalu, aktiviti hidup terasa begitu full.Penat tapi best. Hari Jumaat, saya pegi ke Queensbay dengan Kak Miza, Kak Bani n Zai. Ni semua cikgu okek. Jadi pada awalnya memang plan nak pergi bershopping untuk barang barang nak bukak sekolah. Bukan students je taw maw kasut baru, beg baru, baju baru bila bukak sekolah awal tahun. Cikgu pun macam beria juga nak berlumba lumba dengan stundents, siapa baju yang paling baru bukak sekolah nanti.

First kitaorang decide maw pegi Jusco Perda saja. Tapi setelah di goda oleh saya sambil di bantu oleh setan setan di telinga kiri, last last kitaorg bershopping juga di Queensbay. Saya suka shopping kat sana. Sebab situ banyak pilihan. Plus, sebab nak g MnG. Saya aim nak beli jeans, dah usha dah sejak dua tiga bulan yang lampau. Tapi time tu duit tengah robak robek, maka saya simpan saja dalam hati. T____T

Sampai di queensbay dah dalam pukul 12.30 macam tu, orang punya la ramai. Macam semut dapat gula! Sebab dah tengahari, perut pun dah krok krek krok krek, nanti feel nak shopping pun dah tade, so kitaorang decide g makan dulu kat Johhny's. Owh, itu favourite saya lagi!Lepas makan, kitaorang decide nak g solat dulu. Senang mendapat ketenangan jiwa, di jauhkan dari setan yang menggoda sewaktu shopping nanti, tapi bila dah on da way g surau tu, kitaorang masuk Jusco jap. Last-last tergoda di Jusco. Tengok handbag la, tengok perfume la,tengok baju la.Dari maw semayang pukul 1.30, terus terlajak sampai pukul 3. Astagfirullahala'zim!!salah siapa ni?salah setan kah?salah setan kah?isk..isk..isk..

Lepas semayang, perjalanan di teruskan lagi ke Body Shop. Body Shop pun ada sales sekarang. Eh, bukan setakat Body Shop, Aldo sales, Mng Sales, Padini Sales, Vincci sales, Esprit tak sales sangat. Guess pun sama. Masuk je la butik-butik yang tak high street sangat. Semuanya SALES secara gila gila memang gila!! Dan mata pun macam menulis nulis di kedua belah bola mata. SA - LE !O-O!! Sampai kan dekat Padini, saya bukan nampak baju dah. Tapi saya nampak orang je yang ramai. Sempat 5 minit je masuk. Pastu dah keluar sebab dah malas nak bersesak macam sardin. Dekat MnG pun sama. Ini lagi gilak gilak shoppin. Orang sangat lah macam ulat. Sampai penuh satu kedai. Kalau maw g fitting room pun, sampai kena beratur! Kalau seorang takpe juga..ni macam dah buat line kat dewan makan dah saya rasa. Sangat ramai okei. Sampai menghilangkan mood saya maw cari jeans. Yela, maw que pun saya rasa boleh amik maa sejam Lagipun, kitaorang kejar masa juga, ta bley balik lambat sebab Zai maw g KL malam tu. Train dia pukl 10.30. So, saya pendam lagi dalam hati maw beli jeans. Saya maw beli jeans MnG. Tapi sebab macam tamaw frust sangat, saya g beli t-shirt saja. Tu tak payah pegi fitting pun takpe, sebab saya pandai agak badan saya dengan baju jenis t-shirt ni. Kalau jeans, macam terasa gemuk sekarang. Saya maw jeans MnG warna kelabu itu. Sekarang macam kena simpan dalam hati lagi. T__T.

Setelah penat penat menawaf Queensbay, Eh..itu pun tak puas lagi. Banyak lagi tak survey!. Niat asal maw beli barang back to school dah jadi back to berfoya foya. Cadang maw beli fail la, buku rujukan la, heels la, last last buku rujukan satu apa pun tarak beli. Bila nak balik, baru teringat maw pegi Popular. Tapi sebab masa pun dah limit, nanti Zai terlepas train pulak, itu pun kena simpan dalam hati.Next time g popular, baru maw beli buku buku pen, maker, segala bagai. Isk! Cikgu!!!

Sebelum balik, kitaorang g makan Mc D dulu. Perut dah lapar krok krek krok krek harus di isi dengan makanan! Semua restaurant FULL.Dekat McD pun maw makan nasib baik ada meja free untuk gadis-gadis. Kalau tak, memang kitaorang dah tataw maw amkan apa, sebab macam takde seat yang kosong saja untuk setiap kedai. Masya Allah.

Time dekat queensbay juga, saya jumpa ramai sangat orang yang saya kenal. Macam boleh jadi pertemuan jejak kasihan di queensbay. 1st, time dekat Jusco, saya jumpa sepupu saya. Abang Mie. Tapi time ni dia dengan bini dia dekat bahagian wanita. Saya segan nak tegur.Kang malu pulak menegur sepupu lelaki di bahagian wanita. Nanti balik kampung, mesti jumpa jugak. Segan la saya. Saya tengok dari jauh ja dia di 'bahagian wanita' bersama sama isteri. Owh,ada juga suami macam sepupu saya kan. Itu sangat nice. Sebab jarang saya tengok lelaki maw memilih bersama sama isteri di bahagian wanita. Tapi ada!Iaitu Abang Mie sepupu saya.Hehehe.

Time solat zohor pun saya jumpa kawan lama saya lagi. Kawan sekali Fardhu Ain time sekolah rendah dulu. Dia pun sudah maw kahwin next year dan datang bersama tunang. Owh, nama nya Ain!

Time solat Asar, saya jumpa sedara saya juga. Fatin. Fatin ni sebaya saya. Dia juga berfoya foya bersama kawan dia. Semalam, Kak Iman Mohamad, kawan kepada kawan saya, Firdaus, kata nampak saya juga di surau time solat Asar. Owh, jika kita kenal kan, boleh kita bersilatur rahim di surau kan! Owh..memang jejak kasihan betul la dekat queensbay!Macam macam beli barang. Macam macam jumpa orang.

Time solat Maghrib,saya jumpa jiran saya.Jiran sebelah rumah. Pakcik Azhar. Dia pun bawa isteri dia berjalan jalan di queensbay. Tapi time solat, saya tak perasan la pulak isteri dia. Orang ramai sangat time solat Maghrrib, sampai tak bley perasan orang. Pakcik Azhar tu pun saya perasan di kat luar surau. Owh. tapi surau di queensbay besar. Saya suka. Macam surau dekat Jusco Mid Valley tu kecik, kalau maw semayang Maghrib, time peak hour kan, kena bersesak sesak.Sampai nak semayang pun terlanggar langgar bumper. Harap je mall besar. Yg surau kat parking kereta tu saya tak penah semayang dekat situ. Tataw la besar ke tak. Sebab selalunya kalau g mid val, saya suka semayang dekat Jusco.

Time solat isyak, saya jumpa mak, ayah n adik adik. Sebab saya bersolat di rumah.Huh..kalo isyak pun solat kat queensbay, memang macam nak berumah la tu kat queensbay.Lepas maghrib kami bergerak balik. Kaki pun dah merana kesakitan, badan pun da penat. Tapi best. Shoppin itu best kan. Kan best kalau sepanjang tahun cuti sekolah. Keja makan tido makan tido makan tido makan tido...DAPAT GAJI,DAPAT BONUS...sambung lagi tido makan tido makan tido makan tido makan..DAPAT GAJI,DAPAT BONUS....isk..memang syurga lah macam ni.Memang boleh buat terapi minda.Extendla lagi cuti sekolah..please please..saya maw bekerja dengan FaceBook saja! HAHAHAHA


~owh..penat pula menaip...rehat jap..nanti nak sambung cerita : AKU SUDAH JADI TUNANGAN ORANG.. ~




6 comments:

Framestone said...

panjangnya.. xsempat nk bace smapai habis huhuh

saje je usha2 blog nie nk ilangkan stress meeting dengan dato' VC skrg nie huhuhu

zarra said...

oi oi oi panas bontot baca queensbay. huhu ehh jadi tunangan org??

maiyah said...

wahh.. pnjang tu

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

cikgu, bla nak blanje sy???
Nak beli baju utk praktikal ni..hehe...

Cikgu dah bertunang ke???

Wa... Tahniah cikgu..

zuwairiaiman said...

menarik cik story teller.. i like the way you write the entry.. best bace.. x bosan... keep up the good job.. i hope the bost for you.. i support you tau

Anonymous said...

Jika anda ingin membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah kesihatan seperti Sakit Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout Dan Sebagai nya. Rawatan menggunakan mesin terapi elektrik adalah salah satu cara. Jika anda berminat Silalah layari blog saya
www.terapielektrik.blogspot.com

PHD IS A LONELY JOURNEY