Wednesday, December 23, 2009

Husband For Christmas

Semalam iaitu bukan hari ini saya ke Ipoh untuk jumpa Tya. Sebenarnya planning dari minggu lepas nak jumpa, tapi banyak sangat benda yang nak di buat minggu lepas, last-last semua plan cancel. So semalam baru la plan jadi. Tu pun hampir gak nak cancel bila awal-awal pagi saya bangun, kepala penin berat gilak . Saya rasa maybe effect dari sakit tekak kot. Sekarang kan cuaca sangat lah panas membahang. Rasa maw tiap hari pakai shades dengan topi besar saja di rumah. Haha. Mengucap panjang la mak kalau saya buat macam tu. Dalam rumah pun nak over!

Sampai Jusco semalam pun dah tengahari, so terus kitaorang g Johnny nak lunch. Lagipun macam dah plan dengan Ema gak nak lunch sekali. Nasib baik Hospital Fatimah tempat Ema keja macam tak jauh sangat dari Jusco, boleh la berkejar kejaran jap nak lunch sama-sama. Tapi semalam kebetulan J-Card Day. Ya Hurabbi..parking semua full. Saya pun parking kat luar je sebab dah budget kat dalam full. Ema kuar opis dalam kul 12.45....dlam kul 1.30 baru dapat join kitaorag, lambat sebab parking punya pasal. Semua orang keja nak shopping ja. Dah macam semut hurung gula dah saya rasa. Shopping itu memang sweet macam candy kan. Opsss..for girls only....

Bila dah habis lunch, kitaorang berjalan jalan. Cadang nak tengok Avatar. Tapi tiket pun full. Sebab dah sesak sangat kat Jusco, n kitaorang pun macam tak tahan. Sebab status kitaorang sekarang adalah sebagai penyemak bukan pembeli. Tade maw beli apa pun. Saja memeriahkan suasana Jusco. Dari stay lama2 kat situ, kitaorang pun menukar plan untuk berwindow shopiing ala oldies g tengok tudung Ariani, Hajaba, baju kurung, selendang2 dekat Greentown. Bila dah petang, baru kitaorang ucapkan salam perpisahan, maaf zahir dan batin sebab masing masing pun dah nak caw cendol.

Semalam rasa sikit tak best. Sebab Ema bagitau dia dah dapat keja baru dekat Sungai Buloh. Maknanya..SAYA DAH KURANG KAWAN NAK BERFOYA FOYA LAGI LEPAS NI....Ema dah jauh. Romong dah selamat sambung study. Tya bulan satu nak fly balik Melbourne. Lepas Ema pindah Sungai Buloh nanti, dah kurang la saya maw berfoya foya di Ipoh nanti. Saya sedih ni...... :(

Hari ini iaitu bukan semalam, awal-awal pagi lagi saya dah rasa tak best. Hari ni 23/12..KALAU tak hari ni saya dah daftar sebagai student masterji. Tapi impian hanya tinggal impian. Saya dah sehabis daya berusaha, tapi Allah tak bagi lagi rezeki tu dekat saya. Maybe next time i will get it. Saya harap saya akan dapat juga. Suatu hari nanti. Siyes tak best. Hati dah terpikir macam-macam sekarang. Dulu bila orang tanya saya bila maw kahwin, saya akan jawab. Maw sambung study dulu. Sekarang nak smbung study pun tak jadi. Macam dah tak jadi plak kalau maw buat reason camtu. Sekarang saya maw berpikir reason lain. Dan saya rasa saya tak bley maw focus kan kehidupan kepada maw belajar , maw kerja macam tak bley blah saja. Perlu juga pikir soal kahwin. Kan kan.Orang dah asyik maw tanya ni. Bila nak kahwin? Bila nak kahwin ? Sampai rasa maw record saja jawapan ' Takde jodoh lagi'.......aduyai....

Malam ni saya nak wish Husband For Chrismas....santa oh santa...please make my wish come true!!! ....agagagagaga..

3 comments:

maiyah said...

sbr lah dik.. jgn terus berhenti dr berimpian.. k

zara said...

waduh2 jangan sedey banget ya dong.. hehe nanti encik santa datang bawak edward twilight.. mau takkk?? kekeke

Fatt Chin Choy said...

semua tu dugaan
aku selalu je x dpt apa yg aku nak
hehe

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI