Sunday, December 27, 2009

Cuti Dah Habis

Tup tap tik tok tik tok ding dong bell..esok saya dah kena pegi meeting PERTAMA bagi sesi persekolahan 2010. Eh!sudah 5 minggu saya bergelar manusia bebas tanpa kerja, esok sudah kena kerja balik. Bersedia atau tidak, bolos saja hari esok.....

Kerja cikgu ni yang paling best. Cuti hujung tahun yang BANYAK. sampai saya dah terasa saya dah menjalin satu hubungan yang kuat dengan muka buku sepanjang cuti ni. Nasib baik saya sampai tak terkena badi muka buku sampai muka pun maw berubah jadi buku kan. Baru nampak muka cikgu. Muka yang berwajah buku. Nasib baik kuasa Olay bisa menentang segalanya. Saya pakai Olay Total Effects taw. Sejak pakai Olay 3 minggu yang lalu, saya terasa kulit wajah semakin cerah dan berseri. Terima kasih Ole Oleh..eh! terima kasih Olay. Cess..dah macam duta Olay pulak saya sekarang dan juga merepek kerepek kentang.

Cuti 5 minggu saya habiskan dengan berfoya foya. Sampai saya kadang-kadang terasa 'Eh.lama pulak cuti...macam dah kerap berfoya foya ni :P '...Tapi bukan selalu maw berfoya foya macam ni. Nanti kalau sudah kahwin, bila Encik suami berkata..' Wahai isteri tersayang, duduk lah di rumah time cuti sekolah ni supaya anda tidak terkena sunburn....habis rugi pelaburan kita terhadap lotion bayi johnson n johnson yang berbau wangi tu'.... Makanya saya TAKKAN okei keluar rumah berfoya foya even nak tengok lelaki yang hensem lalu maw menphewwit pheewit pun takkan di buat lagi JIKA saya sudah bersuami kelak.Eceh! Sebab itu masa bujang harus digunakan dengan sebaiknya bukan?

Sekarang kita buat overall aktiviti saya time cuti hari tu......

1 Dis 2009 ~ saya pergi berzumba zumba menengok Natrah. Natrah sangat best, sangat kagum dan sangat menarik. Dan dah tertunai pun hajat maw tengok teater kan. Ini macam impian jadi kenyataan. Kan saya sudah cerita hari tu yang saya maw sangat tengok teater tapi hajat tak jadi jadi dalam entry ni. Lepas ni saya nak letak agenda melihat teater di Sydney Opera House pula bersama suami sebagai aktiviti mesra mesraan. Sebab Istana Budaya saya dah pegi......kita pegi tempat lain pulak ya suami sayang!
Ni gambar dalam IB......[ gambar atas ]


Ni gambar dekat The Spaghetti Farm MidValley. 2 dis hari tu, saya, Niza ngan Zai bercadang nak tengok Twilight The New Moon kat Mid. Tapi bila sampai pun, sekali que punya panjang..sampai turn kitaorang tiket yang tinggal hanya pukul 7. Yang oetang semua dah habis.Sebab kitaorang pun malas balik malam, so cancel plan nak tengok wayang change to plan jalan jalan mencari makanan yang takde kat Penang. Sebab Penang kitaorang selalu pegi kan. Jumpa The Spaghetti Farm. Ini macam takde dekat Penang, so kitaorang menikmati Spaghetti yang saya rasa biasa je rasa dia. Sedap lagi spaghetti yang saya masak kot. Eh!


Ini post terbaik dekat Popeyes the Sailorman..Toot..toot!..lepas makan dekat The Spaghetti Farm, kitaorang mencuba untuk makan di sini pulak. Time ni perut terasa full tapi still maw makan jugak. Kalau bahagian perut ni besar macam tong , maw saja mencuba untuk makan benda lain lagi. Frust tak dapat tengok wayang, dapat makan pun kira ok wutt!

Cuti sekolah tahun ni..saya paling sebuk dengan kenduri kahwin..jemputan wallah punya la banyak.Sampai perut pun dah terasa penuh dengan nasi minyak!

1st saya pegi kenduri kahwin umah Ainoor. Tapi ni tak dapat snap gambar sebab kamera tak bawak, handset cybershoot pun bateri dah nazak. So saya simpan segala gambar semua dalam hati.. :)

2nd..g kenduri kahwin umah Megat dekat Bota Bota Bota!..


Gambar banner yang di dalam nya terdapat gambar pengantin....

3rd saya pergi kenduri kahwin Efa..kawan sekolah rendah..

Phewwit phewwit..saja maw letak gambar ni sebab part ni paling saya suka. Suka! suka! suka. Cess..syook sendiri saja. :(. Ini Efa dan Hafiz...diaorang bercinta dari sekolah tak silap. Sekarang sudah sampai ke jinjing pelamin..Alhamdulillah..semoga bahagia sampai syorga taw!

Kenduri kahwin yang termiss nak pegi..

1) Kenduri Aini-Omar

2) Kenduri Adilah

3) Kenduri Juliza

Sowi my dear frens..insha Allah kalo sudah perut kembung nanti, kita buat baby shower ya...!

Cuti ni 2 orang my best fren sudah join group Penunang. Tahun depan plan maw kahwin. Owh..my best fren..layan gambar jap..


~Nor Ajlaa Abdul Rahman~

~Nor Najatul Simaa Mokhtaruddin~

Alhamdulillah, sudah selamat semuanya...anis memang cun habis ah..eh silap..anda berdua memang cun habis ah! hahahaha.. :P

Last beraktiviti, travel ke KL bersama Tya 3 hari. 1st g amik result PMR Dira adik Tya dulu dekat Tengku Kurshiah College n CONGRATULATIONS again!! Alhamdullillah Dira dapat 8A dan adik saya, Adik Ee dapat 6A..Congrats my little bro! Tahniah!!

Akak tahu kamu pandai tapi malas maw baca buku. Eh, kamu tak baca buku pun kan. Bila kakak pesan suruh baca buku, kamu buat latihan 1 muka surat je. Pastu kamu tido. Kakak taw je taktik kamu tu. Sekarang g apply sekolah teknik la. Mak dah pesan pagi tadi suruh apply. Jangan lengah lengah. Tapi mak pesan, jangan aim untuk sekolah teknik. Mak doa anak -anak dia masuk MRSM. Biar semua masuk MRSM kecuali kakak dulu dah dapat tawaran pun tapi kakak tak g. Sebab maw sekolah agama. Tapi sekarang mak maw anak dia masuk MRSM. Sebab kan kamu cakap dekat mak kamu maw jadi Pilot. Kamu dah la hensem macam Remy Ishak. Sampai kawan Dik Lin pun minat dekat kamu tapi kamu buat dek je. Budget la tu. :P. Watever pun, bila kamu dah dapat mana mana asrama nanti, akak harap kamu tak malas maw semayang. Pandai bangun Subuh sendiri macam abang. Sebab kakak dah malas nak gerak kamu yang liat macam getah nak bangun Subuh pagi pagi. Siyes dah malas....Tapi kalau tak gerak, kang kamu mesti tuang Subuh ah.Isk! tak suka okei!

Lepas g amik result PMR, kitaorang lepaking di Pavillion . Esoknya g kenduri kahwin .Then esok esoknya lagi g attend Majlis Pertunangan Laa.

Eh...sudah pukul 1! Saya dah janji pada diri takkan tido lewat lagi. Sekarang saya maw sleep sleep like a baby...Owh..esok kena g meeting.....

p/s : credit to Niza , Megat n Efa atas sumbangan gambar.. :P



No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI