2 in 1

Hari ni sangat panas. Sampai saya rasa tekak saya dah sakit. Dah la beberapa hari ni saya asyik minum ais. Air kosong saya tak minum pun saya rasa. Bila dah tekak rasa sakit ni, baru la mula terhegeh hegeh nak ulang dapur banyak kali nak cari air masak. Tekak tengah terasa perit sekarang...

Banyak sangat cerita maw di ceritakan. Tapi banyak simpan dalam hati. Dah 2, 3 hari ni saya kerja keluar berfoya foya ja. Hari ni baru maw keperap di rumah. Menghabiskan sisa-sisa cuti sekkolah yang tinggal lagi 7 hari. Cuti sekolah memang heaven la!!

Sekarang saya maw cerita manyak kisah yang terjadi kat saya 2, 3 hari ni...

KISAH 1 : AKU DAH JADI TUNANGAN ORANG

Owh.itu bukan saya kata.Itu adalah ayat yang bley bes fren saya, Simaa cakap sebab dia sudah jadi tunangan orang hari Sabtu 19/12 hari tu. Bertuah la badan kalau saya dah bertunang.Tade angin tade ribut,takkan tiba -tiba maw bertunang.Tema hari pertunangan : kaler biru. Saya teman dia dari start pegi make up, sampai time menyarung cincin. Kalau saya yang di sarung cincin time tu, mesti saya dah beremosi dalam gembira . Syook gak tengok orang tunang nih. Selalu asyik datang kenduri kawin ja kan. Bley la saya amik experience sket walaupun saya tataw maw tunang tu bila. Memang sesat betul la jodoh saya ni. Jalan mana ntah yang dia lalu, sampai tak jumpa saya ni. Takkan saya maw phewiit phewitt sama jodoh. Isk, malu la. Saya kan perempuan yang pemalu. HAHAHAHA. Geli pulak bercakap macam ni.

Cadang nya hari Sabtu ni gak nak pergi kenduri kahwin Dilah, tapi sebabkan Romong pun tak g, Ema pun dah g, dah plan ngn Elina tapi saya cancel saat akhir sebab takut tak sempat nak g. So, tak jadi la nak g kenduri kahwin Dilah hari tu. Sempat jadi pengapit penunang ja.

KISAH 2 : JEJAK KASIH

Semalam saya pergi kenduri Faizah.Kawan sekolah rendah saya. Dah 10 tahun tak jumpa.Sejak habis darjah 6, saya mana penah jumpa dah. Sebab lepas habis darjah 6, saya dah masuk asrama..dah banyak kawan-kawan sekolah rendah yang saya tak jumpa melainkan Siti n Simaa. Tu macam tiap tahun ja jumpa. Especially time raya mesti buat konvoi raya sama-sama. Tade keja. Urm..nanti Simaa dah kawin..mesti ta bley dah kan nak konvoi sama-sama. Agak-agak raya tahun depan sempat tak lagi? Isk..tetiba beremosi! Plan awalnya nak pegi dengan Simaa n Siti. Tapi last-last saya n Siti saja yang pegi berdua sebab kebetulan tunang Simaa kereta dia rosak semalam ta bley nak balik. Takpela..berdua itu lebih baik.Hehe.

Petang pulak, saya pergi jumpa Aida. Aida ni kawan sekolah menengah saya dulu. Dia kerja dekat Juru Auto City sekarang. Kira dah hampir 5 tahun saya tak jumpa dia. Last jumpa dia time saya dekat KMPP dulu. Dia ada datang melawat saya dekat KMPP.Dah setahun saya posting dekat umah, tapi tak jumpa jumpa lagi Aida. Padahal, rumah saya dengan Juru tu, bukan jauh sangat. Dalam setengah jam la. Sebab Aida ni keja shift. Time weekends nak jumpa, dia keja. Weekdays dia cuti, saya pulak keja. So macam macam hal yang buat tak bley nak jumpa. sampai setahun dah kat umah ni. Baru la dapat jumpa Aida semalam.


Actually, macam tak plan pun nak jumpa. Tapi hari Jumaat hari tu, Anne call katanya dia ada tournament futsal dekat Safira di Seberang Jaya. Dia ajak saya n Aida jumpa sama. So, saya pun pegila sebab bukan senang kan maw jumpa. Kang Aida kecik hati lak, saya dah lama dekat sini, dengan dia pun saya tak jumpa jumpa lagi. Tamaw la macam tu...

So, saya pun pegila amik Aida dekat Juru, then kitaorg g jumpa Anne n lepaking sambil bergosiping sama sama dengan Anne dekat Safira. Time saya datang tu, tournament tak habis lagi. Sempat la nak tengok 2 game n 2 kumpulan cheer ladies bertanding. Bising dengan budak laki sorak sorak. Saya tak suka sangat nak duduk situ lama lama.Sebab ramai laki nak kena himpit himpit. Paham paham jela kalau laki tengok bola kan.Emo sangat!

Lepas bergosiping dengan Anne dekat Safira, saya pegi Sunway Carnival Mall. Sebelah Safira je. Sebab maw bersolat dan maw memakan. Lapar arr. So, lepas solat Asar, kitorang g cari makanan dekat Noodle Station. Dah habis makan, sambung pulak g semayang Maghrib. Lepas je semayang Maghrib, bila time kuar surau tu, ayah dah call suruh balik. SEbab semalam saya bawa adik saya sekali, Fatin. Ayah mesti tak bagi kalau balik lewat lewat sangat. Tapi sebelum balik, sempat lagi nak tengok pameran kereta. Tapi tak lama pun, sebab takut nanti sampai rumah lambat, mula nak rasa takut dengan ayah.

Hari ni saya dok umah saya.Maw basuh kereta. Esok maw berfoya foya lagi. Kereta dah berkulat kulat tu, Bagi dia rehat jap sehari.





Comments

zara said…
cehhh ingatkn die yg bertunang......
maiyah said…
sakit lagi tekak ke.. gi klinik tau ;)
zuwairiaiman said…
tu la suspen bace.. i support your blog.. keep up the suspension
LUVLYDIYANA said…
zara : suspen sket baru besh..hehe..
LUVLYDIYANA said…
kak maiyah :
aah..still sakit..thanks tau!
LUVLYDIYANA said…
zuwairi :
thanks so much!

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar