Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009

Welkam 2010.Lagi beberapa minit maw samapi pukul 12. Mostly blogger menulis azam di blog , dan saya ada juga azam maw di tulis. Eh..macam tiru ja. :P. Saya tiada azam setinggi gunung sangat tahun ni. Saya takut kalau semua azam yang saya buat, semua ta dapat, semua impian yang saya hajat, ta dapat, nanti saya mula give up terasa nak down to earth saja. Sebab kebelakangan ni banyak snagat dah benda yang saya nak tapi tak dapat. Tuhan sedang menguji saya ni. Kuat Anis kuat!.

Tahun 2009 bukanlah tahun yang TERBAIK buat saya. Tahun ni banyak banyak sangat benda benda yang meratah hati. Tahun yang saya rasa banyak sangat perubahan drastik zoom zoom dalam hidup saya. Banyak sangat peristiwa upside down dalam hidup saya. Sampai saya tamaw sangat lah nak ingat.Nanti hati ni mula nak emo bawa diri sorang diri.

Untuk tahun ni, saya hanya berazam untuk menjadi Anis Diyana yang lebih baik dari tahun 2009. Baik dari segi sahsiah nya, agamanya, akhlaknya, hatinya, budinya, perasaan nya, pekerjaan nya, kehidupannya, kewangan nya. Overall, maw yang baik baik saya buat saya di tahun 2010. Semoga saya menjadi lebih baik. Semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga saya bertemu pasangan yang baik..Eh!tu pun nak masuk list..... Amin...Amin...Aminna!!

" Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu....."


GOOD BYE 2009 .......GOOD BYE!!

Tuesday, December 29, 2009

Tugasan 2010

Kehidupan perguruan baru saja bermula. Lepas dah cuti 5 minggu. Lepas saya dah tak amik kesah langsung pasal sekolah selama 5 minggu. Lepas saya asyik berbesfren saja dengan FB selama 5 minggu, sekarang saya kena berpisah sementara secara aman dengan FB..owh!

Semalam saya dah start bermeeting. Awalkan. Kalo saya tanya sekolah lain, kebanyakan nya meeting start 30/12..tapi sekolah saya 28/12 dah start.Pulak tu meeting dirct 4 hari berturut turut. Meeting semua guru, meeting kurikulum, meeting Hal Ehwal Murid, meeting Kokurikulum. Saya pulak ke 4-4 meeting terlibat. Kena la datang 4-4 hari berturut turut. Memang malas. Dah la meeting cakap benda yang sama je macam dalam meeting semua guru. Then benda ni pun akan di cakap semula dalam Meeting dengan Ketua Panitia nanti. Memang malas ah nak g semua meeting ting ting tong ni.

Tahun ni saya dapat jawatan baru kat sekolah . Penyelaras Tingkatan 1. Actually risau gak nak handle tugas ni. Sebab saya kena pantau 5 kelas tingkatan 1 di bawah jagaan saya dan 5 orang guru kelas tingkatan 1 di bawah saya. Dah arr form 1. Banyak keja sket. Bukak sekolah nanti, seboklah tu ramai nak tukar sekolah asrama lah, nak pindah sekolah lah, nak tukar kelas la, nak agihkan rumah sukan lah...nanti pertengahan tahun sibuk dengan exam lah,,pastu akhir tahun pulak sibuk nak in charge kemasukan pelajar form 1 baru tahun 2011. Takut. Takut tak dapat jalan kan tugas dengan baik. Saya ni kalo buat keja ta betul..nanti mula rasa stress... :(

Tahun ni saya puas hati sebab saya banyak kena ajar Mathematics. Tahun lepas, saya ajar 2 kelas je. Tak best. Tahun ni naik pangkat sket..haha.Dah bley ajar banyak kelas. Saya ajar Mathematics 4 kelas. Saya suka ajar Mathematics. Senang. Suruh students kira je kan.

Tapi tahun ni ada satu subjek baru yg saya kena ajar. Saya kena ajar Geografi Tingkatan 2. Sudah lama ni tinggal Geografi. Nasib baik ajar 1 kelas je. Tapi still nak kena study balik peta peta Malaysia. Saya dah tak ingat dah nama nama pulau, tasik, sungai, lembah kat Malaysia ni. Eh! kalau Geografi PMR still belaja tentang Asia dan Malaysia kan. Tak cek lagi syllabus ni. Saya baru baca tentang Longitud dan Latitud tadi.......

Tahun ni saya jadi cikgu Kelab Pantun. Ni macam tetiba je. Dah la saya tak reti maw berpantun. Lagi hebat, pantun sekolah saya tiap tahun gi Peringkat Kebangsaan. Cuak weeeeeehhhhhhhhhhhhhhh. Saya taw ada Kak Pah. Cikgu Pantun gak. Tapi mesti saya kena banyak tolong dia kan. Sebab saya 2 orang je yang jadi Cikgu Pantun. Korang, sebenarnya saya cuak seh. Sebab dulu cikgu pantun sekolah, cikgu senior. Tapi sekarang dia dah pindah. Sebab tu ganti dengan Cik Seri Anis Diyana ni sighhhhh...

Argh..esok kena meeting lagi. Ngantuknya...Esok meeting Kokurikulm. Saya kan cikgu Pantun. Kena la pegi.....


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan....

Jawab weh jawab!!!

Monday, December 28, 2009

Induksi

Tadi cek portal JPN Perak..nama saya dah tersenarai untuk Kursus Induksi Tahun depan untuk ambilan yang ke 4....tengah cek tadi ternampak sekali nama Mahirah Binti Amir..kawan seUKM saya dulu. Dia pun sama kena g induksi pada ambilan ke 4. So nanti, bila saya g induksi,saya dah ada kawan dah. Best arr sket sebab dah ada kawan yang saya kenal... :)


~klik untuk melihat nama saya secara besaran ~

So, kepada cikgu baru yang belum induksi lagi, korang bley cek kat website ni untuk tahu korang ambilan ke berapa.....


Eh..ni untuk cikgu yang berkhidmat di Perak bumi kecintaan saja. Kat negeri lagi, korang cek la dekat Portal Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing k..

"Teacher nurture a seeds today, so they might blossom into the flowers of tomorrow"

8.30

Banyak nya benda menarik nak tengok pukul 8.30...

Nak tengok berita.....Sekarang da jarang baca paper.Kalau tak tengok berita macam tataw isu terkini Guan Eng pulak.

Nak tengok boys over flower..cite yang macam meteor garden. Suka weh Meteor Garden. Cite ni femes time saya form 5 dulu. Sangat addict dengan F4 sampai pegi Ipoh Parade pegi cari poster f4. Kira die hard fan ah ni...Cerita ni start pukul 8.30 dekat 8tv

Nak tengok Oprah Winfrey Show..saya suka layan Oprah. Talk show dia best. Tapi tengok issue jugak la.Dulu suka layan time pagi-pagi. Tapi sekarang suka layan time malam-malam sebab kadang-kadang time pagi tak sempat pun maw tengok tv.

Nak tengok Cucu Betong....MALIKA!!..kadang kadang tak sempat nak tengok petang. Nanti time buka sekolah nanti, konfem arr kena layan time malam je Cucu Betong ni. Wallamak.....

Banyaknya nak layan cite time 8.30...rasa macam maw memasang 4 tv serentak je ..tu pun kalau ada 4 tv kat rumah ni,..heh!..macam mana nak agihkan tv ni???eh bukan..macam mana nak dapatkan plasma nih....sighhh...

Improve Your Relationship With Al-Quran

“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”.
[Surah 25: 30]

Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before you touch it, check your heart.
The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.

2. Do your Wudu' (ablution).
Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.

3. Read at least 5 minutes everyday.
Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!

4. Make sure you understand what you’ve read.
Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.

5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.
In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.

6. Don’t just read; listen too.
There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.

7. Make Dua (supplication).
Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.


p/s : saya kopi pes dari i luv islam dot kom :)

Sunday, December 27, 2009

Cuti Dah Habis

Tup tap tik tok tik tok ding dong bell..esok saya dah kena pegi meeting PERTAMA bagi sesi persekolahan 2010. Eh!sudah 5 minggu saya bergelar manusia bebas tanpa kerja, esok sudah kena kerja balik. Bersedia atau tidak, bolos saja hari esok.....

Kerja cikgu ni yang paling best. Cuti hujung tahun yang BANYAK. sampai saya dah terasa saya dah menjalin satu hubungan yang kuat dengan muka buku sepanjang cuti ni. Nasib baik saya sampai tak terkena badi muka buku sampai muka pun maw berubah jadi buku kan. Baru nampak muka cikgu. Muka yang berwajah buku. Nasib baik kuasa Olay bisa menentang segalanya. Saya pakai Olay Total Effects taw. Sejak pakai Olay 3 minggu yang lalu, saya terasa kulit wajah semakin cerah dan berseri. Terima kasih Ole Oleh..eh! terima kasih Olay. Cess..dah macam duta Olay pulak saya sekarang dan juga merepek kerepek kentang.

Cuti 5 minggu saya habiskan dengan berfoya foya. Sampai saya kadang-kadang terasa 'Eh.lama pulak cuti...macam dah kerap berfoya foya ni :P '...Tapi bukan selalu maw berfoya foya macam ni. Nanti kalau sudah kahwin, bila Encik suami berkata..' Wahai isteri tersayang, duduk lah di rumah time cuti sekolah ni supaya anda tidak terkena sunburn....habis rugi pelaburan kita terhadap lotion bayi johnson n johnson yang berbau wangi tu'.... Makanya saya TAKKAN okei keluar rumah berfoya foya even nak tengok lelaki yang hensem lalu maw menphewwit pheewit pun takkan di buat lagi JIKA saya sudah bersuami kelak.Eceh! Sebab itu masa bujang harus digunakan dengan sebaiknya bukan?

Sekarang kita buat overall aktiviti saya time cuti hari tu......

1 Dis 2009 ~ saya pergi berzumba zumba menengok Natrah. Natrah sangat best, sangat kagum dan sangat menarik. Dan dah tertunai pun hajat maw tengok teater kan. Ini macam impian jadi kenyataan. Kan saya sudah cerita hari tu yang saya maw sangat tengok teater tapi hajat tak jadi jadi dalam entry ni. Lepas ni saya nak letak agenda melihat teater di Sydney Opera House pula bersama suami sebagai aktiviti mesra mesraan. Sebab Istana Budaya saya dah pegi......kita pegi tempat lain pulak ya suami sayang!
Ni gambar dalam IB......[ gambar atas ]


Ni gambar dekat The Spaghetti Farm MidValley. 2 dis hari tu, saya, Niza ngan Zai bercadang nak tengok Twilight The New Moon kat Mid. Tapi bila sampai pun, sekali que punya panjang..sampai turn kitaorang tiket yang tinggal hanya pukul 7. Yang oetang semua dah habis.Sebab kitaorang pun malas balik malam, so cancel plan nak tengok wayang change to plan jalan jalan mencari makanan yang takde kat Penang. Sebab Penang kitaorang selalu pegi kan. Jumpa The Spaghetti Farm. Ini macam takde dekat Penang, so kitaorang menikmati Spaghetti yang saya rasa biasa je rasa dia. Sedap lagi spaghetti yang saya masak kot. Eh!


Ini post terbaik dekat Popeyes the Sailorman..Toot..toot!..lepas makan dekat The Spaghetti Farm, kitaorang mencuba untuk makan di sini pulak. Time ni perut terasa full tapi still maw makan jugak. Kalau bahagian perut ni besar macam tong , maw saja mencuba untuk makan benda lain lagi. Frust tak dapat tengok wayang, dapat makan pun kira ok wutt!

Cuti sekolah tahun ni..saya paling sebuk dengan kenduri kahwin..jemputan wallah punya la banyak.Sampai perut pun dah terasa penuh dengan nasi minyak!

1st saya pegi kenduri kahwin umah Ainoor. Tapi ni tak dapat snap gambar sebab kamera tak bawak, handset cybershoot pun bateri dah nazak. So saya simpan segala gambar semua dalam hati.. :)

2nd..g kenduri kahwin umah Megat dekat Bota Bota Bota!..


Gambar banner yang di dalam nya terdapat gambar pengantin....

3rd saya pergi kenduri kahwin Efa..kawan sekolah rendah..

Phewwit phewwit..saja maw letak gambar ni sebab part ni paling saya suka. Suka! suka! suka. Cess..syook sendiri saja. :(. Ini Efa dan Hafiz...diaorang bercinta dari sekolah tak silap. Sekarang sudah sampai ke jinjing pelamin..Alhamdulillah..semoga bahagia sampai syorga taw!

Kenduri kahwin yang termiss nak pegi..

1) Kenduri Aini-Omar

2) Kenduri Adilah

3) Kenduri Juliza

Sowi my dear frens..insha Allah kalo sudah perut kembung nanti, kita buat baby shower ya...!

Cuti ni 2 orang my best fren sudah join group Penunang. Tahun depan plan maw kahwin. Owh..my best fren..layan gambar jap..


~Nor Ajlaa Abdul Rahman~

~Nor Najatul Simaa Mokhtaruddin~

Alhamdulillah, sudah selamat semuanya...anis memang cun habis ah..eh silap..anda berdua memang cun habis ah! hahahaha.. :P

Last beraktiviti, travel ke KL bersama Tya 3 hari. 1st g amik result PMR Dira adik Tya dulu dekat Tengku Kurshiah College n CONGRATULATIONS again!! Alhamdullillah Dira dapat 8A dan adik saya, Adik Ee dapat 6A..Congrats my little bro! Tahniah!!

Akak tahu kamu pandai tapi malas maw baca buku. Eh, kamu tak baca buku pun kan. Bila kakak pesan suruh baca buku, kamu buat latihan 1 muka surat je. Pastu kamu tido. Kakak taw je taktik kamu tu. Sekarang g apply sekolah teknik la. Mak dah pesan pagi tadi suruh apply. Jangan lengah lengah. Tapi mak pesan, jangan aim untuk sekolah teknik. Mak doa anak -anak dia masuk MRSM. Biar semua masuk MRSM kecuali kakak dulu dah dapat tawaran pun tapi kakak tak g. Sebab maw sekolah agama. Tapi sekarang mak maw anak dia masuk MRSM. Sebab kan kamu cakap dekat mak kamu maw jadi Pilot. Kamu dah la hensem macam Remy Ishak. Sampai kawan Dik Lin pun minat dekat kamu tapi kamu buat dek je. Budget la tu. :P. Watever pun, bila kamu dah dapat mana mana asrama nanti, akak harap kamu tak malas maw semayang. Pandai bangun Subuh sendiri macam abang. Sebab kakak dah malas nak gerak kamu yang liat macam getah nak bangun Subuh pagi pagi. Siyes dah malas....Tapi kalau tak gerak, kang kamu mesti tuang Subuh ah.Isk! tak suka okei!

Lepas g amik result PMR, kitaorang lepaking di Pavillion . Esoknya g kenduri kahwin .Then esok esoknya lagi g attend Majlis Pertunangan Laa.

Eh...sudah pukul 1! Saya dah janji pada diri takkan tido lewat lagi. Sekarang saya maw sleep sleep like a baby...Owh..esok kena g meeting.....

p/s : credit to Niza , Megat n Efa atas sumbangan gambar.. :P



Friday, December 25, 2009

Aktiviti Hari Ini

Hari ni nak balik Perak balik..
Dah 2 hari ada kat KL..
G attend Laa bertunang..
Gambar nak upload esok..see ya!

Thursday, December 24, 2009

Roda Mood

Saya rasa MALAS maw menulis sekarang.............
Saya rasa MALAS maw berFB sekarang..............
Saya rasa MALAS dengan segala social networking sekarang.........


Tapi saya RAJIN makan sekarang....makin RAJIN!

Mood itu kadang-kadang macam roda!!

Wednesday, December 23, 2009

Husband For Christmas

Semalam iaitu bukan hari ini saya ke Ipoh untuk jumpa Tya. Sebenarnya planning dari minggu lepas nak jumpa, tapi banyak sangat benda yang nak di buat minggu lepas, last-last semua plan cancel. So semalam baru la plan jadi. Tu pun hampir gak nak cancel bila awal-awal pagi saya bangun, kepala penin berat gilak . Saya rasa maybe effect dari sakit tekak kot. Sekarang kan cuaca sangat lah panas membahang. Rasa maw tiap hari pakai shades dengan topi besar saja di rumah. Haha. Mengucap panjang la mak kalau saya buat macam tu. Dalam rumah pun nak over!

Sampai Jusco semalam pun dah tengahari, so terus kitaorang g Johnny nak lunch. Lagipun macam dah plan dengan Ema gak nak lunch sekali. Nasib baik Hospital Fatimah tempat Ema keja macam tak jauh sangat dari Jusco, boleh la berkejar kejaran jap nak lunch sama-sama. Tapi semalam kebetulan J-Card Day. Ya Hurabbi..parking semua full. Saya pun parking kat luar je sebab dah budget kat dalam full. Ema kuar opis dalam kul 12.45....dlam kul 1.30 baru dapat join kitaorag, lambat sebab parking punya pasal. Semua orang keja nak shopping ja. Dah macam semut hurung gula dah saya rasa. Shopping itu memang sweet macam candy kan. Opsss..for girls only....

Bila dah habis lunch, kitaorang berjalan jalan. Cadang nak tengok Avatar. Tapi tiket pun full. Sebab dah sesak sangat kat Jusco, n kitaorang pun macam tak tahan. Sebab status kitaorang sekarang adalah sebagai penyemak bukan pembeli. Tade maw beli apa pun. Saja memeriahkan suasana Jusco. Dari stay lama2 kat situ, kitaorang pun menukar plan untuk berwindow shopiing ala oldies g tengok tudung Ariani, Hajaba, baju kurung, selendang2 dekat Greentown. Bila dah petang, baru kitaorang ucapkan salam perpisahan, maaf zahir dan batin sebab masing masing pun dah nak caw cendol.

Semalam rasa sikit tak best. Sebab Ema bagitau dia dah dapat keja baru dekat Sungai Buloh. Maknanya..SAYA DAH KURANG KAWAN NAK BERFOYA FOYA LAGI LEPAS NI....Ema dah jauh. Romong dah selamat sambung study. Tya bulan satu nak fly balik Melbourne. Lepas Ema pindah Sungai Buloh nanti, dah kurang la saya maw berfoya foya di Ipoh nanti. Saya sedih ni...... :(

Hari ini iaitu bukan semalam, awal-awal pagi lagi saya dah rasa tak best. Hari ni 23/12..KALAU tak hari ni saya dah daftar sebagai student masterji. Tapi impian hanya tinggal impian. Saya dah sehabis daya berusaha, tapi Allah tak bagi lagi rezeki tu dekat saya. Maybe next time i will get it. Saya harap saya akan dapat juga. Suatu hari nanti. Siyes tak best. Hati dah terpikir macam-macam sekarang. Dulu bila orang tanya saya bila maw kahwin, saya akan jawab. Maw sambung study dulu. Sekarang nak smbung study pun tak jadi. Macam dah tak jadi plak kalau maw buat reason camtu. Sekarang saya maw berpikir reason lain. Dan saya rasa saya tak bley maw focus kan kehidupan kepada maw belajar , maw kerja macam tak bley blah saja. Perlu juga pikir soal kahwin. Kan kan.Orang dah asyik maw tanya ni. Bila nak kahwin? Bila nak kahwin ? Sampai rasa maw record saja jawapan ' Takde jodoh lagi'.......aduyai....

Malam ni saya nak wish Husband For Chrismas....santa oh santa...please make my wish come true!!! ....agagagagaga..

Sunday, December 20, 2009

2 in 1

Hari ni sangat panas. Sampai saya rasa tekak saya dah sakit. Dah la beberapa hari ni saya asyik minum ais. Air kosong saya tak minum pun saya rasa. Bila dah tekak rasa sakit ni, baru la mula terhegeh hegeh nak ulang dapur banyak kali nak cari air masak. Tekak tengah terasa perit sekarang...

Banyak sangat cerita maw di ceritakan. Tapi banyak simpan dalam hati. Dah 2, 3 hari ni saya kerja keluar berfoya foya ja. Hari ni baru maw keperap di rumah. Menghabiskan sisa-sisa cuti sekkolah yang tinggal lagi 7 hari. Cuti sekolah memang heaven la!!

Sekarang saya maw cerita manyak kisah yang terjadi kat saya 2, 3 hari ni...

KISAH 1 : AKU DAH JADI TUNANGAN ORANG

Owh.itu bukan saya kata.Itu adalah ayat yang bley bes fren saya, Simaa cakap sebab dia sudah jadi tunangan orang hari Sabtu 19/12 hari tu. Bertuah la badan kalau saya dah bertunang.Tade angin tade ribut,takkan tiba -tiba maw bertunang.Tema hari pertunangan : kaler biru. Saya teman dia dari start pegi make up, sampai time menyarung cincin. Kalau saya yang di sarung cincin time tu, mesti saya dah beremosi dalam gembira . Syook gak tengok orang tunang nih. Selalu asyik datang kenduri kawin ja kan. Bley la saya amik experience sket walaupun saya tataw maw tunang tu bila. Memang sesat betul la jodoh saya ni. Jalan mana ntah yang dia lalu, sampai tak jumpa saya ni. Takkan saya maw phewiit phewitt sama jodoh. Isk, malu la. Saya kan perempuan yang pemalu. HAHAHAHA. Geli pulak bercakap macam ni.

Cadang nya hari Sabtu ni gak nak pergi kenduri kahwin Dilah, tapi sebabkan Romong pun tak g, Ema pun dah g, dah plan ngn Elina tapi saya cancel saat akhir sebab takut tak sempat nak g. So, tak jadi la nak g kenduri kahwin Dilah hari tu. Sempat jadi pengapit penunang ja.

KISAH 2 : JEJAK KASIH

Semalam saya pergi kenduri Faizah.Kawan sekolah rendah saya. Dah 10 tahun tak jumpa.Sejak habis darjah 6, saya mana penah jumpa dah. Sebab lepas habis darjah 6, saya dah masuk asrama..dah banyak kawan-kawan sekolah rendah yang saya tak jumpa melainkan Siti n Simaa. Tu macam tiap tahun ja jumpa. Especially time raya mesti buat konvoi raya sama-sama. Tade keja. Urm..nanti Simaa dah kawin..mesti ta bley dah kan nak konvoi sama-sama. Agak-agak raya tahun depan sempat tak lagi? Isk..tetiba beremosi! Plan awalnya nak pegi dengan Simaa n Siti. Tapi last-last saya n Siti saja yang pegi berdua sebab kebetulan tunang Simaa kereta dia rosak semalam ta bley nak balik. Takpela..berdua itu lebih baik.Hehe.

Petang pulak, saya pergi jumpa Aida. Aida ni kawan sekolah menengah saya dulu. Dia kerja dekat Juru Auto City sekarang. Kira dah hampir 5 tahun saya tak jumpa dia. Last jumpa dia time saya dekat KMPP dulu. Dia ada datang melawat saya dekat KMPP.Dah setahun saya posting dekat umah, tapi tak jumpa jumpa lagi Aida. Padahal, rumah saya dengan Juru tu, bukan jauh sangat. Dalam setengah jam la. Sebab Aida ni keja shift. Time weekends nak jumpa, dia keja. Weekdays dia cuti, saya pulak keja. So macam macam hal yang buat tak bley nak jumpa. sampai setahun dah kat umah ni. Baru la dapat jumpa Aida semalam.


Actually, macam tak plan pun nak jumpa. Tapi hari Jumaat hari tu, Anne call katanya dia ada tournament futsal dekat Safira di Seberang Jaya. Dia ajak saya n Aida jumpa sama. So, saya pun pegila sebab bukan senang kan maw jumpa. Kang Aida kecik hati lak, saya dah lama dekat sini, dengan dia pun saya tak jumpa jumpa lagi. Tamaw la macam tu...

So, saya pun pegila amik Aida dekat Juru, then kitaorg g jumpa Anne n lepaking sambil bergosiping sama sama dengan Anne dekat Safira. Time saya datang tu, tournament tak habis lagi. Sempat la nak tengok 2 game n 2 kumpulan cheer ladies bertanding. Bising dengan budak laki sorak sorak. Saya tak suka sangat nak duduk situ lama lama.Sebab ramai laki nak kena himpit himpit. Paham paham jela kalau laki tengok bola kan.Emo sangat!

Lepas bergosiping dengan Anne dekat Safira, saya pegi Sunway Carnival Mall. Sebelah Safira je. Sebab maw bersolat dan maw memakan. Lapar arr. So, lepas solat Asar, kitorang g cari makanan dekat Noodle Station. Dah habis makan, sambung pulak g semayang Maghrib. Lepas je semayang Maghrib, bila time kuar surau tu, ayah dah call suruh balik. SEbab semalam saya bawa adik saya sekali, Fatin. Ayah mesti tak bagi kalau balik lewat lewat sangat. Tapi sebelum balik, sempat lagi nak tengok pameran kereta. Tapi tak lama pun, sebab takut nanti sampai rumah lambat, mula nak rasa takut dengan ayah.

Hari ni saya dok umah saya.Maw basuh kereta. Esok maw berfoya foya lagi. Kereta dah berkulat kulat tu, Bagi dia rehat jap sehari.





Saturday, December 19, 2009

Terapi Minda Di Queensbay.

WARNING : ENTRY INI AKAN MENJADI SUPER DUPER PANJANG. Sila betulkan punggung, tepuk tepuk bantal, regangkan otot sebelum baca :P

OK, itu saya sudah warning. Saya sudah bersemangat maw membuat esei umpama menadi contestant Pertandingan Mengarang Esei Blog Tahun 2009. Siapakah yang terPANJANG berjela jela dia menang.Owh, itu jangan googling. Sebab saya pun tataw ada ke tak pertandingan macam tu di dunia blog.Maksud nya : saya reka reka je.Jangan percaya.HAHAHAHAHAHAntam :P

Sejak hari Jumaat yang lalu, aktiviti hidup terasa begitu full.Penat tapi best. Hari Jumaat, saya pegi ke Queensbay dengan Kak Miza, Kak Bani n Zai. Ni semua cikgu okek. Jadi pada awalnya memang plan nak pergi bershopping untuk barang barang nak bukak sekolah. Bukan students je taw maw kasut baru, beg baru, baju baru bila bukak sekolah awal tahun. Cikgu pun macam beria juga nak berlumba lumba dengan stundents, siapa baju yang paling baru bukak sekolah nanti.

First kitaorang decide maw pegi Jusco Perda saja. Tapi setelah di goda oleh saya sambil di bantu oleh setan setan di telinga kiri, last last kitaorg bershopping juga di Queensbay. Saya suka shopping kat sana. Sebab situ banyak pilihan. Plus, sebab nak g MnG. Saya aim nak beli jeans, dah usha dah sejak dua tiga bulan yang lampau. Tapi time tu duit tengah robak robek, maka saya simpan saja dalam hati. T____T

Sampai di queensbay dah dalam pukul 12.30 macam tu, orang punya la ramai. Macam semut dapat gula! Sebab dah tengahari, perut pun dah krok krek krok krek, nanti feel nak shopping pun dah tade, so kitaorang decide g makan dulu kat Johhny's. Owh, itu favourite saya lagi!Lepas makan, kitaorang decide nak g solat dulu. Senang mendapat ketenangan jiwa, di jauhkan dari setan yang menggoda sewaktu shopping nanti, tapi bila dah on da way g surau tu, kitaorang masuk Jusco jap. Last-last tergoda di Jusco. Tengok handbag la, tengok perfume la,tengok baju la.Dari maw semayang pukul 1.30, terus terlajak sampai pukul 3. Astagfirullahala'zim!!salah siapa ni?salah setan kah?salah setan kah?isk..isk..isk..

Lepas semayang, perjalanan di teruskan lagi ke Body Shop. Body Shop pun ada sales sekarang. Eh, bukan setakat Body Shop, Aldo sales, Mng Sales, Padini Sales, Vincci sales, Esprit tak sales sangat. Guess pun sama. Masuk je la butik-butik yang tak high street sangat. Semuanya SALES secara gila gila memang gila!! Dan mata pun macam menulis nulis di kedua belah bola mata. SA - LE !O-O!! Sampai kan dekat Padini, saya bukan nampak baju dah. Tapi saya nampak orang je yang ramai. Sempat 5 minit je masuk. Pastu dah keluar sebab dah malas nak bersesak macam sardin. Dekat MnG pun sama. Ini lagi gilak gilak shoppin. Orang sangat lah macam ulat. Sampai penuh satu kedai. Kalau maw g fitting room pun, sampai kena beratur! Kalau seorang takpe juga..ni macam dah buat line kat dewan makan dah saya rasa. Sangat ramai okei. Sampai menghilangkan mood saya maw cari jeans. Yela, maw que pun saya rasa boleh amik maa sejam Lagipun, kitaorang kejar masa juga, ta bley balik lambat sebab Zai maw g KL malam tu. Train dia pukl 10.30. So, saya pendam lagi dalam hati maw beli jeans. Saya maw beli jeans MnG. Tapi sebab macam tamaw frust sangat, saya g beli t-shirt saja. Tu tak payah pegi fitting pun takpe, sebab saya pandai agak badan saya dengan baju jenis t-shirt ni. Kalau jeans, macam terasa gemuk sekarang. Saya maw jeans MnG warna kelabu itu. Sekarang macam kena simpan dalam hati lagi. T__T.

Setelah penat penat menawaf Queensbay, Eh..itu pun tak puas lagi. Banyak lagi tak survey!. Niat asal maw beli barang back to school dah jadi back to berfoya foya. Cadang maw beli fail la, buku rujukan la, heels la, last last buku rujukan satu apa pun tarak beli. Bila nak balik, baru teringat maw pegi Popular. Tapi sebab masa pun dah limit, nanti Zai terlepas train pulak, itu pun kena simpan dalam hati.Next time g popular, baru maw beli buku buku pen, maker, segala bagai. Isk! Cikgu!!!

Sebelum balik, kitaorang g makan Mc D dulu. Perut dah lapar krok krek krok krek harus di isi dengan makanan! Semua restaurant FULL.Dekat McD pun maw makan nasib baik ada meja free untuk gadis-gadis. Kalau tak, memang kitaorang dah tataw maw amkan apa, sebab macam takde seat yang kosong saja untuk setiap kedai. Masya Allah.

Time dekat queensbay juga, saya jumpa ramai sangat orang yang saya kenal. Macam boleh jadi pertemuan jejak kasihan di queensbay. 1st, time dekat Jusco, saya jumpa sepupu saya. Abang Mie. Tapi time ni dia dengan bini dia dekat bahagian wanita. Saya segan nak tegur.Kang malu pulak menegur sepupu lelaki di bahagian wanita. Nanti balik kampung, mesti jumpa jugak. Segan la saya. Saya tengok dari jauh ja dia di 'bahagian wanita' bersama sama isteri. Owh,ada juga suami macam sepupu saya kan. Itu sangat nice. Sebab jarang saya tengok lelaki maw memilih bersama sama isteri di bahagian wanita. Tapi ada!Iaitu Abang Mie sepupu saya.Hehehe.

Time solat zohor pun saya jumpa kawan lama saya lagi. Kawan sekali Fardhu Ain time sekolah rendah dulu. Dia pun sudah maw kahwin next year dan datang bersama tunang. Owh, nama nya Ain!

Time solat Asar, saya jumpa sedara saya juga. Fatin. Fatin ni sebaya saya. Dia juga berfoya foya bersama kawan dia. Semalam, Kak Iman Mohamad, kawan kepada kawan saya, Firdaus, kata nampak saya juga di surau time solat Asar. Owh, jika kita kenal kan, boleh kita bersilatur rahim di surau kan! Owh..memang jejak kasihan betul la dekat queensbay!Macam macam beli barang. Macam macam jumpa orang.

Time solat Maghrib,saya jumpa jiran saya.Jiran sebelah rumah. Pakcik Azhar. Dia pun bawa isteri dia berjalan jalan di queensbay. Tapi time solat, saya tak perasan la pulak isteri dia. Orang ramai sangat time solat Maghrrib, sampai tak bley perasan orang. Pakcik Azhar tu pun saya perasan di kat luar surau. Owh. tapi surau di queensbay besar. Saya suka. Macam surau dekat Jusco Mid Valley tu kecik, kalau maw semayang Maghrib, time peak hour kan, kena bersesak sesak.Sampai nak semayang pun terlanggar langgar bumper. Harap je mall besar. Yg surau kat parking kereta tu saya tak penah semayang dekat situ. Tataw la besar ke tak. Sebab selalunya kalau g mid val, saya suka semayang dekat Jusco.

Time solat isyak, saya jumpa mak, ayah n adik adik. Sebab saya bersolat di rumah.Huh..kalo isyak pun solat kat queensbay, memang macam nak berumah la tu kat queensbay.Lepas maghrib kami bergerak balik. Kaki pun dah merana kesakitan, badan pun da penat. Tapi best. Shoppin itu best kan. Kan best kalau sepanjang tahun cuti sekolah. Keja makan tido makan tido makan tido makan tido...DAPAT GAJI,DAPAT BONUS...sambung lagi tido makan tido makan tido makan tido makan..DAPAT GAJI,DAPAT BONUS....isk..memang syurga lah macam ni.Memang boleh buat terapi minda.Extendla lagi cuti sekolah..please please..saya maw bekerja dengan FaceBook saja! HAHAHAHA


~owh..penat pula menaip...rehat jap..nanti nak sambung cerita : AKU SUDAH JADI TUNANGAN ORANG.. ~




Wednesday, December 16, 2009

Sihat SEPENUHNYA

Hari ni saya di sahkan SIHAT sepenuhnya oleh Dr Uvarajah...Nice sangat doktor ni. Die doktor TERnice yang sepanjang saya buat medical check up. Muka pun sweet sweet gula kapas gitu. Cuma chubby sket. Tapi chubby yang kiut la...Dah la peramah.Tapi saya rasa die dah kahwin.Sebab dah nampak berusia sket kan.Takkan ta kahwin lagi.Owh..dah terlalut plak nak cerita pasal doktor chubby kiut.

Sebenarnya saya dah 3 kali pegi Hospital Taiping. 1st time saya pegi time 9/11 aritu.Saya pegi sebab sebelum ni tangan asyik shacking macam orang parkinson je. Tambah tambahan kalau penat sangat keja. Lagi kuat tangan nak shake. Kalau buat air milo tu,macam tak payah nak goncang pun takpe..dah jadi milo shake.Untung betul kalau buat bisnes di tengah panas. Plus, belakang saya selalu sakit. Saya syak maybe sebab postur duduk yang salah time online.Tapi yang menakutkan, ada cikgu sekolah saya tu..sekarang ni dia sakit spinal cord lepas bersalinkan anak. Dah tak bley berdiri lama. Angkat benda berat tak bley. Jalan pun kena slow motion je. Dia cakap, time zaman anak dara dulu, dia memang ada rasa tangan shaking, tapi just ignore je. Tataw pulak tu symptom2 nak sakit. Pulak tu die penah jatuh tapi just buat ignore je. Dan saya pun baru je lepas jatuh aritu time basuh kain. Jatuh terlentang ke belakang. Lepas saya jatuh tu tangan lagi kuat shake. Bila cikgu tu cerita symptom dia macam tu. Saya macam naik takut la plak.Tak maw la saya kalau saya berpenyakit.Cepat-cepat la g buat medical check up....

Bila saya jumpa doktor, doktor syak saya ada penyakit thyroid. Penyakit thyroid ini adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh kelenjar tiroid yang menghasilkan hormon tiroksin terlalu banyak. Akibatnya, badan akan mengalami penurunan berat yang melampau macam SAYA, tangan akan menggeletar macam SAYA, berdebar debar macam SAYA, mudah marah kadang kadang macam SAYA.Untuk info lebey, sila klik disini

So, untuk mengesahkan berpenyakit atau tak, saya kena di ambil darah.Eh,benci betul berkata berpenyakit. Saya harap saya TAKKAN sakit okek. Wahai sakit,pergilah engkau jauh jauh.Suhh Suhh. Ambil darah memang tak best. Dah la time ni nurse tu silap cucuk urat. 1st dia cucuk tangan belah kanan. Sangat sakit. Pastu dia cakap darah saya tak cukup. Dia nak cucuk tangan belah kiri. So , dua dua belah tangan la kena cucuk. Akibatnya, saya sehari tak ngajar, sebab bila dah sampai sekolah, tangan lemah, badan lemah memang serius longlai time hari tu. Rasa geram kat nurse tu pun ada. Sebab salah buat keja, last2 saya yang macam orang dah nak pengsan dah. Plak tu, tangan belah kanan, bengkak seminggu sampai mendatangkan ke'mood'yan selama seminggu. Heh!

Next appointment saya pada 9/12 aritu. Untuk taw result si thyroid. So, 9/12 aritu saya pun datang la balik ke Hospital Taiping untuk buat rawatan susulan. Berita baik : doktor cakap saya takde thyroid pun. Berita buruk : doktor cakap dia pun tataw saya sakit apa sebab maklumat blood test aritu tak lengkap. Tapi dia hanya syak badan saya kekurangan garam.So, saya kena amik darah SEKALI lagi. WUTTTTTTTTT???.Memang time ni saya emo sket sebab nak kena amik darah sekali lagi. Kalau amik darah tu best, saya rela. Ni sangat sakit. Tambahan plak, saya sebenarnya jenis yang pening bila tengok darah mengalir, jarum panjang-panjang. Patut saya ta bley jadi doktor. Kalau tak dah lama dah saya jadi Doktor Anis Diyana bukan Cikgu Anis Diyana. Sebab dulu cita-cita time darjah 5memang maw jadi doktor. Tapi bila masuk tingkatan 5, sudah sedar diri bahawa saya banyak kecewa dengan bio, maka saya kuburkan saja cita cita tu. Fizik juga yang best. Owh..mathematics paling best. Add math TERpaling best.Yes!Yes!Yes!Ok..macam da lari tajuk..back to the point...kembali ke alam thyroid.TING!

After a week, saya datang lagi sekali ke Hospital Taiping untuk taw result blood test untuk kedua kali nya. Dan hari ini doktor chubby kiut miut tu mengesahkan, saya SIHAT sepenuhnya.Thyroid pun tade, kandungan garam pun tade, symptom untuk kecederaan spinal pun tade. Lagipun tangan saya pun dah tak shaking dah sekarang. Belakang badan pun dah tak sakit.Dah macam2 ubat saya dapat, ubat kalsium la, ubat urat la...tapi satu pun tak makan.Sebab MALAS. Saya memang malas makan ubat. Tak suka! Huh! Doktor cakap, maybe tu sebab saya jatuh haritu.Trauma pada urat.Sebab tu tangan shaking.Erk trauma pulak???Macam-macam..takpela..apa yang penting.. KESIHATAN!




Tuesday, December 15, 2009

Penang : Saya Datang Lagi

Tadi saya ke Penang lagi.Sejak dah setahun duduk dengan parents ni, saya dah kerap sangat dah g penang. Sampai saya rasa sekarang ni jalan kat pulau tu macam dah terror dah saya explore....kalau maw jadi tourist guide secara sambilan pun saya rasa dah boleh dah macam ni.Kalau setakat maw g Bukit Bendera, Batu Feringghi, Taman Rama-Rama..itu macam senang saja. Haha.Gila lah aku riak!

Petang tadi pun saya menjadi tourist guide lagi.Dis time dengan Mahirah.Membuat sedikit urusan rasmi di Penang bersama..kemudian membawa diri di dalam MyViTo ke Gurney Plaza.Sebenarnya, dekat Penang ni, saya hanya ada dua tempat je yang suka untuk menshopping membuang wang. 1st saya suka shopping dekat queensbay. 2nd, saya suka shopping dekat Gurney Plaza. Terkini : Penang Times Square dah bukak. Macam best maw pegi. Tapi tunggu sampai kedai dah banyak bukak bagai nak rak..baru saya maw explore tempat tu.

Tadi pergi Gurney, macam membelah jiwa raga. Sales memang banyak. Syaitan asyik bisik-bisik hembus secara halus di telinga kiri..'belila..belila..'. Gila lah syaitan..kaw memang penggoda tegar!

Tunggu la queensbay...gaji masuk nanti saya maw g memborong di sana!

~ Mode swing : damn ..saya ngantuk! ~

Monday, December 14, 2009

Entry Awal Pagi...'Selamat Pagi'

Sekarang jam laptop saya sudah menunjukkan pukul 2.11 pagi hari Selasa, tapi mata saya masih tak ngantuk2 lagi padahal sejam yang lalu asyik menguap macam nak tertutup tutup dah bola mata. Saya kalau dah menguap banyak kali, boleh mendatangkan dua kemungkinan. Pertama, saya mungkin akan tidur tanpa sedar. Kedua : saya mungkin takkan boleh tidur dah sampai gelombang mengantuk kali kedua datang. Dan sekarang saya di serang gelombang symptom kemungkinan yang kedua.

Minggu lepas kehidupan macam tak menarik sangat. Banyak duduk kat rumah tak kemana. Hanya tingkatkan skill masak memasak yang memang macam cendol tapi saya tak reti buat cendol.Haha.Ini apatah.Sila lah abaikan.Tambahan pulak,mak takde 5 hari. So, saya dah bertindak sebagai chef kat rumah. Mood masak saya macam upside down. Kalau saya malas nak masak, saya masak simple bertaraf sardin dan sambal telur. Kalau dah rajin sangat, siap cukup 5 time makan maw masak. Sampai ke malam pun masih lagi beria ria maw buat donut last-last saya yang penat.Isk2...

Hari ini sudah 15/12...KALAU saya permohonan saya di terima hari tu...sekarang maybe saya dah sibuk2 untuk meng'regis' kan diri dekat Universiti Kehampaaan Malaysia tu.Cis..dulu bangga..sekarang dah hampa.Sekarang saya kena cuba nasib sekali lagi untuk next in take. Owh..kalau la hati ni tak tabah. Saya rasa saya dah tak nak apply dah. Sebab nak apply tu bukan keja mudah tambah tambah sambil sibuk bekerja sekarang. Kalau saya tade keja, duduk goyang kaki saja di rumah macam sekarang...apply 10 universiti pun saya sanggup. Bila saya pikir kan balik liku liku maw apply, rasa sedih pulak bila tak dapat. Sebab saya time nak apply, saya penah stuck di Jalan Duta sorang sorang sebab call lecturer tak dapat dapat. Saya penah stuck maw cari UKM KL, nasib baik time ni Biron teman. Takde la rasa blurr sangat.Saya kena berdepan dengan pengetua yang moody. Explain dekat dia berjela jela dengan ayat semanis kurma. Owh..bila pikir..memang kecewa dan macam letih nak apply dah. Tapi saya tak bley patah semangat. Go!Go!DieaGo Mendez! Selagi perjuangan belum selesai.....Never Give Up! Aja! Aja! Fighting...owh Uppa..i love u.. eceh..tetiba.. :P

Kepada yang tak henti henti nak cakap...'Buat apa la nak beria sangat apply master, tunggu je la lagi 2,3 tahun..nanti buat bley buat fulltime terus..lagipun dah ada keja tetap sekarang..nak apa lagi?'..Cakap lah anda sampai penat. Cakapla sampai mulut anda herot.Cakap la sampai lidah anda terkeluar. Saya tak kesah malah tidak heran.Sebab everything yang saya buat ada reason kenapa?kenapa? kenapa? sebab saya takkan melakukan sesuatu perkara yang sia sia. Segala yang saya buat semua ada reason.....'adakah perlu saya mensia sia kan waktu dengan menunggu JODOH JODOH JODOH sedangkan waktu itu boleh saya isikan dengan ILMU MUTU DAN BUDI?'...cogankata ini di taja oleh Universiti Kehampaaan Malaysia.Sekian,terima kasih. Owh...Dr Affendi!

Ok..entry saya pun dah habis..saya maw berangan la pulak sehingga mata terpejam.....mm..malam ni tiba tiba saya di serang satu perasaan aneh.hati dan perasaan ni bagaikan magic kan....owh david copperfield...bolehkan engkau jadikan hati ini menjadi bunga? supaya hati ini sentiasa indah , bahagia dan harum mewangi!!!






Friday, December 11, 2009

Saya Rasa............

MENGANTUK! dan maw tidur...

p/s : apsal rasa tak aktif sangat minggu ni..asyik layan FB je..dah BORINK

p/ss : nak kuar tapi mak dengan ayah takde sampai Ahad g Melaka..Kena jaga rumah :(

p/sss : maw handbag baru...nak!nak!nak!

p/ssss : isnin g penang! { ada kija }

p/ssss : selasa g jumpa doktor ! huh!

p/ssss : rabu TADE plan

p/sssss : khamis maw g Jusco shopping barang 'Back To School' { sape nak ikut? ditujukan buat Zai ..jomla..jomla... }

p/sssss : jumaat TADE plan

p/ssssss : sabtu maw pegi Simaa tunang. Dilah kahwin { ta konfem maw pegi...Romong maw g tak? Ema maw g tak ? }

p/sssssss : Ahad maw pegi.........{ rehsia :P } ...hehehe..


Yes! Yes! Yes!..minggu depan bz! SANGAT SUKA okei!.... :)

Wednesday, December 9, 2009

Ninja Raizo..Haip!!!


~ini adalah NINJA RAIZAH..isteri kepada NINJA RAIZO ~

Semalam saya pergi menonton Ninja Raizo a.k.a Ninja Assasin. Best!Saya rasa semua dalam cerita tu semua best. Action die best. Jalan cerita dia pun not bad laa. Body hero dia best.Cuma ada satu perasaan je saya terhadap Rain semalam. Saya rasa dia tak lah HOT sangat pun. Sebab sebelum ni saya rasa dia HOT. Sebab loving loving betul dia jadi Uppa. Mahu tapi malu. I loikeeeee!! Kalau kisah cinta saya NANTI macam uppa pun saya suka. Takde la maw manja manja sangat nanti saya gelios adiyous. Yang penting saya maw bunga. Eh..uppa pun kasi bunga kan. Banyak banyak bunga. Part tu best! Oh!Uppa..kau sungguh lovely!

Ok..saya dah TERberangan. Saya cakap kisah cinta NANTI. Bukan SEKARANG.

Owh..uppa.Mana la kau pegi yang sampai sesat sesat tak jumpa saya lagi. Bila kita nak start adegan phewit phewit nih?

Kali ni Rain belakon takde la adegan lovely sangat. Nak cari yang sweet sweet pun takde. Sebab ni kan action movie. Lain la kalau g tengok cerita 'Bulan Baru'...itu MUNGKIN banyak adegan yang sweet sweet. Saya cakap MUNGKIN sebab saya tak tengok pun lagi cerita tu. Kang kalau cakap BANYAK adegan sweet..tapi sebenarnya tak..nampak sangat saya sedang MENGKELENTONG readers secara nyata! Owh..anis jujur ok! Eceh tetiba!

Bestnya cuti sekolah. Hari ni saya nakbuat marathon movie. Dah banyak dah dvd kat rumah yang baru beli saya tak sempat nak tengok. Hari ni saya nak tengok! Tengok sampai lebam! Dah..saya dah tak nak online dah sehingga malam...... { cis! budget lama sangat la tu :P }


Tuesday, December 8, 2009

Tulisan Rewang Semalam dan Hari Ini

Semalam balik dari meeting kat sekolah membawa muka cekodok ke rumah. Bila saya dapat tau yang tahun depan kena ajar petang LAGI. Saya dah request dah kat pentadbir nak mintak ajar pagi tahun depan. Tapi bila pentadbir menimbang nimbang saya di PERLUkan di sesi petang, makan terletak lah saya di sesi petang.

Ah! malas nak pikir kan sangat pagi atau petang. Malam atau siang. Sama je sebenarnya, cuma pikiran saya banyak pikirkan yang positif bila mengajar pagi. Lagipun, pencarian rezeki itu kan seeloknya bermula di waktu pagi. Sebab tu saya nak ajar pagi.Huh!

Semalam saya bermain masak masak di dapur. Sebenarnya saya bukanlah tukang masak yang hebat sangat mengalahkan Chef Wan Si Mulut Banyak tu di dapur. Tapi tiap kali saya masak, saya memang dah rasa hebat dah. Mula nak tanya kat mak banyak kali...'sedap tak?'.'sedap tak?'.Kalau setakat maw tiru skill aksi campak-campak Chef Wan tu saya rasa saya dah hebat dah. Campak jela.Apa susah kan. Campak orang pun saya dah sangat hebat dah apatah lagi setakat maw campak bawang ke dalam kuali.HAHAHAHA.

Hari ni saya terjumpa kawan UKM saya dekat sekolah.Dia jaga SPM dekat sekolah saya. Sebelum ni saya tak perasan pun. Yela, dia dalam dewan , mana saya tau siapa-siapa yang jaga exam dalam dewan tu. Tapi hari ni saya jadi guru bertugas kat sekolah, sebab tu la baru tau. Tapi saya tak ingat dah nama dia. Nak tanya ' Eh.ko nama apa eh?' . Segan la plak.Kang die kecik hati plak saya tak tau nama dia.Dah la dia yang tegur saya dulu. Saya memang ada masalah sket nak ingat nama orang. Alamak.....

Hari ni saya banyak tido. Banyak gila. Malam nanti mesti saya berjaga sampai tengah malam.Tu takyah nak heran sangat la sebab saya memang suka BERJAGA macam kelawar pun kan. Mata oh! mata!

Sunday, December 6, 2009

Mereka Best Fren


~anis n simaa....FOREVER FREN....ini kawan baik saya.sejak saya tadika.die memang baik dan comel! ~


~anis n laa..FOREVER FREN..ini kawan baik saya..sejak hari kedua saya di UKM~


~more : anis n laa ~
~more : anis n laa ~

Kenapa saya letak gambar best fren?
sebab diaorang maw bertunang.

Kenapa perlu letak gambar best fren?
sebab saya rasa teringat happy hour saya dengan best fren

Kenapa nak letak gambar best fren?
sebab lepas ni saya rasa diaorang sibuk dengan life tunang-kahwin.

Kenapa ada gambar best fren?
sebab diaorang adalah best fren sampai bila bila!

Kenapa banyaknya gambar best fren?
sebab saya banyak kenangan dengan best fren

Kenapa ada dua orang gambar best fren?
sebab dua orang best fren saya sudah maw tunang.tiba tiba saya rasa saya tak mau lost my best fren.. :P




Saturday, December 5, 2009

Saya Dan Kereta

Bila memandu saya TAK SUKA bila........

  • drive belakang lori.dah la bawa lembab macam kura kura.kadang kadang ada yang bawa ting tong jap ke kanan jap ke kiri.serius rasa tak selamat.

  • orang bawa motor, rasa jalan tu macam jalan die punya.die ingat moto tu besar macam lori ka maw jalan kat tengah-tengah jalan raya.kadang kadang tu ada yang siap angkut segala barang atas moto.sangat merbahaya okei!saya tak suka....

  • kereta yang overtake saya nak masuk line tiba tiba.mm,ni selalu berlaku.konfem saya marah kalau ada kereta camni.

  • tak suka dengan kereta yang pakai lampu putih.mata saya silau sangat tinggi.bila malam tu nak drive memang failed sikit la.kalau wujud kereta lampu putih belakang kereta saya, konfem saya marah.sebab saya silau.semua kereta saya dah tak nampak dah.ganggu betul la!

  • kereta yang bawa sopan santun sangat kat highway.nak kata tengah test jpj pun bukan.isk!

  • bas ka, lori ka yang bawa laju-laju.siap ada yang belagak duduk dekat line 3 lagi.memang tak sayang nyawa betul!isk..takde sivik betul la.diaorang ni tak sekolah kot dulu.

  • kereta follow saya time saya drive sorang-sorang.bila suruh potong pun tak maw.mula saya nak pikir bukan-bukan.kata orang jahat ka follow.tapi last - last die masuk simpang.haha.pikir bukan bukan sangat!tapi serius cakap saya tak suka di follow time driving.....

Thursday, December 3, 2009

Walimatul Urus

Tengahari tadi posmen pon pon datang kasi surat. Jarang sangat pun surat kat rumah ni ditujukan buat Anis Diyana melainkan bil - bil. Ces! duit saja. Kalau pakai intenet sebulan free kan best. Kalau pakai telefon berbulan bulan free lagi best. Konfem saya call semua list kawan - kawan saya. Konfem saya balas semua sms kawan-kawan saya. Eh! tu belum konfem. Sebab saya memang malas nak sms. Serius malas.Ntah.Saya pun tataw kenapa.Tapi serius malas nak sms. Dulu sangap gila nak sms. Sampai lenguh lenguh tangan pun sanggup lagi dengan sms. Owh.sekarang dah jumpa kecintaan baru kot.FACEBOOK OH FACEBOOK!BLOGGING OH BLOGGING!

Time cuti sekolah ni, kalau surat yang sampai buat saya, kalau bukan bil, macam dah dapat agak, mesti Walimatul Urus a.k.a Jemputan Perkahwinan. Surat tadi mak ambil, mak pun tumpang baca gak. Tiba tiba mak cakap, 'Ramai nya kawan kakak dah kawin? '..Tiba tiba saya sentap. Sebab ayat mak macam double meaning je tuh. Huh!

Ala, kalau tanya kat semua orang. Semua orang maw kahwin. Siapa yang tak maw. Pernah tak korang g tanya kat orang kenapa tak kahwin? Die jawab die memang tak nak kahwin. Huh! Tu tak bernafsu la kot. Oppss..ayat cam ganas jahh. Tapi kita pun tak taw bila jodoh kita. Sabar je la.Akan ada je nanti. Tak yah kelam kabut sangat.

Saya tak suka orang selalu tanya kat saya.'Bila nak kahwin?'..'Bila nak kahwin?'..Huh! serius macam sycho soalan ni.Kalau la saya dah tau nak kahwin bila. Saya dah jawab. Saya kahwin tahun depan. Haritu ada kawan mak cakap kat mak 'Takpela, anak belaja pandai..kahwin lambat pun takpe'...Huh..tu lagi macam tak suka!Eh, bukan macam tapi TAK SUKA. Siapa maw kahwin lambat? Gilo!

Tapi saya paham je. Once kita dah habis belaja, dah kerja, next orang akan persoalkan bab bab kahwin ni. Sebab tu soalan yang orang tanya tu macam common things dalam kehidupan. Cuma kadang kadang saya rasa macam tak selesa dengan soalan soalan macam ni. So korang, lepas ni tak yah la tanya dah. Saya kan rajin update status di facebook. Kalau ada orang datang risik ka, pinang ka, saya dah bagitau dah. Tak yah tanya dah. Sebenarnya saya tak suka sangat orang banyak tanya melainkan saya yang bagitau. Sebab saya tau apa yang saya nak bagitau. Saya takkan bagitau benda yang saya takkan bagitau. Dalam life pun perlu ada secreto secreto kan. Haha.

Eh!entry ni macam bercampur baur dengan darjah keemosian yang tinggi. Saya cakap macam. Tapi TAK!

Congrats to all my fren yang dah nak kahwin

Saizatul Ainoor & Mohd Faizal { 5/12/2009 - Taiping }
Megat Mortaza & Pasangan { 5/12/2009 - Bota }
Aini Adnan & Pasangan { 6/12/2009 - Manjung }
Nadirah & Najmi { 13/12/2009 - Alor Setar }
Juliza & Fikri { 19/12/2009 - Lenggong }
Adila & Raja Aslam { 19/12/2009 - Taiping }

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!..insha Allah saya sampai.. :)



Benci Tapi Tahu

Sekarang saya paling tak suka lagu Marsha : Yang Terbaik. Serius tak suka..tambahan tengok part Marsha terguling guling angau tu pun saya dah tak suka. Tapi yang pelik, saya taw lagu ni. Siap hafal dekat part chorus tu....

Saya rasa saya ada sindrom Benci Tapi Tahu. Lagu yang saya paling benci tu la lagu yang saya hafal. Siap dalam toilet pun bleh ingat2 lagi. Tengah drive pun bley nyanyi lagu. Tapi benci. Cis!

Dulu time kat KMPP, saya tak suka lagu Bola Bola Api. Gedik nak mampus dengar lagu tu. Memang ketandusan idea betul komposer zaman sekarang. Sampai macam tade ayat lain maw buat lagu. Isk!

Lagu Yang Terbaik ni pun macam gedik. Sebab tu tak suka. Tapi jangan heran kalau saya g nyanyi lagu ni bila dengar suara Marsha Si Pokok Kelapak n kat radioi. Kan dah cakap Sindrom Benci Tapi Tahu. Part chorus paling taw. Tapi bila nyanyi banyak kali...teringat time clash dengan Dr Mieang je. Ces! Patut benci!


' Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku '




Call Me Please.....0133256095!!

Siapa kenal HAZIQ ni..tolong lah call!!...Tetiba je nak promote nombor kat blog ni...Tolong lah call..tolong lah call..tolong lah call HAZIQ....ces..sesuka hati ja maw tinggal no kat blog orang tak bagi salam! saya harus minta claim dekat HAZIQ ! HAZIQ..siapa kau ? Nak claim! Nak claim!

p/s : saya ada BANYAK cerita....tapi tengah sangkut dekat hati...ayoyo!!!

PHD IS A LONELY JOURNEY