Thursday, November 5, 2009

Masuk Kandang Kambing Kena Cakap Mbek Mbek

Petang hari ini { ayat critical sila skip } , sekolah i menjalani proses pendaftaran tingkatan 1 untuk sessi 2010. Sebab peranan i di sekolah adalah cikgu , so i pun terlibat sama dengan program ni.Semua cikgu sesi petang terlibat.Lagipun cikgu sesi petang ,kuantiti dia sikit.Sebab itu semua kena terlibat. Tambahan pulak ramai cikgu yang berkursus minggu ni.Haha.Dah, dah tak payah sangat nak explain kenapa semua kena melibatkan diri.Anis ni lah.Explainator. :P

Maka dengan itu { ayat critical lagi sila skip } , semua parents yang nak ada anak darjah 6, yang nak masuk ke tingkatan 1 kat sekolah i, datang la bawa anak - anak yang sungguh kemetot-kemetot untuk mendaftar. I jaga bahagian pertukaran sekolah. Tempat bertugas di kantin. Sekolah i ni , 1st masuk sekolah jumpa kantin. So i adalah muka interframe yang pertama untuk ibu bapa.TATATATAK boleh blah. :P

Berdasarkan buku program { ayat critical lagi sila skip }, pukul 2 petang, acara dah set set go kena mula dah. So, i sebelum pukul 2 tu, i dah ready la kat meja kaunter untuk bertugas sebagai gadis kaunter pertukaran dengan dibantu oleh 2 org students. Ikut program juga, bila datang sekolah, ibu bapa kena ke dewan dulu untuk sessi taklimat , kemudian baru pergi mendaftar , kemudian kalau ada nak buat pertukaran, barulah berjumpa dengan gadis kaunter pertukaran.

Ketika saya sedang { ayat critical lagi sila skip } , menyusun barang di atas meja, tiba tiba ada sorang mak students ni datang kat meja i. Kebetulan time tu Kak Sarihah ada kat tempat i bertugas tu, so i bagi dia sembang ngan Kak Sarihah je la. Kadang - kadang nak layan auntie auntie a.k.a makcik - makcik ni, i tak reti sangat. Tak 'business matching'.

Sedikit info : Kak Sarihah adalah seorang ustazah di sekolah i yang menghandle acara yang berprestij ini.Harap Maklum.

I tengok makcik ni.Dia pakai name tag.So, i dah budget dia ni cikgu. Tapi i rasa dia ni cikgu critical sket.Kerana ke'critical'an makcik ni, terus menjejaskan penulisan belog i untuk jadi critical.Isk Isk...

Dia sembang dengan Kak Sarihah.I curi curi dengar sebab i ada kat sebelah.Time tu ada jam pukul 1.50.I dengar Makcik berName Tag tu cakap...

'Bila program ni nak mula ni?Saya ni PK { penolong kanan }. Nanti ada meeting dengan pengetua'

Pergh...gila riak betul makcik nametag nih.Sabo makcik sabo.Name tag kau takkan tercabut kalau terlewat g meeting.Ko ada excuse bukan memonteng.Sekarang kan baru pukul 1.50.Anis melirik matanya melihat jam di tangan { ayat critical }

Then,bila tepat pukul 2, acara kat dewan tak start lagi. Sebab baru 1/4 parents yang datang. So, penolong kanan sekolah i tak mulakan la lagi program. Dengan rasa tak sabar nya, makcik nametag ni pergi jumpa penolong kanan i tanya bila nak start program nih.Dia ada meeting katanya.

Then penolong kanan i cakapla, kalau ada hal, bley tinggalkan anak, nanti cikgu - cikgu bley la bantu nak daftarkan anak dia nanti.Dia pergila meeting.Habis meeting nanti amik la balik anak dia.Sebab nampak macam mendesak sangat kan.

Tapi dia cakap,dia tak nak buat macam tu.Menyusahkan dia kena patah patah balik.What????

Tepat pukul 2.30,ikut buku program,dah start pendaftaran.Tapi sebab taklimat pun start lambat,kul 2.30 tak habis lagi la kan taklimat.Then Makcik Nametag ni jumpa pulak Kak Sarihah dia tanya

'Saya ni ada meeting ni.Bley tak saya nak daftar anak saya dulu?'

Sebab kan Makcik Nametag ni nilai kesabaran dia adalah rendah, so Kak Sarihah pun bagi la dia green lite untuk daftar dulu.Untuk cikgu cikgu di bahagian pendaftaran, diaorang tak jaga lagi di dalam kelas-kelas yang mendaftar tu sebab ikut dalam meeting, sampai habis taklimat, cikgu-cikgu seeloknya tak payah tunggu dalam kelas.Takut ada parents,bila nampak cikgu dah ready dalam kelas,terus nak g buat pendaftaran, tak nak g taklimat.So time tu memang takde la cikgu dalam kelas.Most of them duduk kat kantin @ dewan.

Bila Makcik Name Tag ni datang kelas, then dia tengok dalam kelas untuk anak dia mendaftar takdak orang,dia hot hot temper bangat.Siap kerahkan students gi panggil cikgu yang bertugas. Then, bila dia nampak ada sorang cikgu kat kelas sebelah kelas anak dia mendaftar, dia g sound cikgu tu, komplain yang cikgu yang jaga ni, dah pukul 2.30 tapi tak dok dalam kelas lagi.$@^#%@ betul la.....

Bila cikgu yang jaga kelas untuk anak dia mendaftar tu datang, dia siap sound lagi cikgu tu lagi sekali.Siap mention yang dia ni PK.Hey hey.Awak PK sekolah lain,so jangan la nak tunjuk kuasa sangat kat sekolah cn.Here is SMKAI territory.. :P

Bila datang ke bahagian gadis kaunter pertukaran, i pun dengan penuh mesra nya nak explain la kat dia macam mana apa dokumen yang perlu di sertakan.Lagipun dia kan pelanggan 1st, semangat gadis kaunter pertukaran ni nak kerja kuat lagi nih.Tapi belum sempat pun i nak mengeluarkan suara buluh perindu i { agagagaga.ini jangan caya.propaganda! } , dia dah cakap..

'Takpe,takpe,nanti saya settle sendiri dengan PPD { Pejabat Pendidikan Daerah } '

Pergh....belagak siyal....

Macam tu la manusia, kalau dah dapat jawatan sket, tak hebat mana pun, baru setakat PK, dah belagak nak tunjuk kuasa. Baru gaji tu dah up sket dah arsa riak.Dia ni tak tahu ke yang semua manusia ni sama je yang membezakan hanya iman dan taqwa?. Kan berbuat baik dengan orang tu lagi bagus.Mesti oarang lagi respect dia.Eceh.Ini dah macam entri muhasabah.

"The person who loves others will also be loved in return."

Quote ni saya memplagiat dari blog ni.I ngaku i ngaku.Far Rah : contohi i. { eh,tetiba.macam dia hadap sangat ngn blog i :p }

2 comments:

Framestone said...

salah la anis...
masuk kandang kambing kne bagi salam..kot2 ade org dlm kandnag tue... jgn ingt ade kambing je...

nie kes masuk kandang kambing... terus nk jd raja kambing la tue...

sian gadis kaunter pertukaran.. bru nk bersemanagt terus terluntur he..23x xpe2... usaha lagi di len kali

out of topic--> mne de plagiarism la... melainkan 100% bnbde ue org len yg punye... nie bro recycle bro buh bnde2 len jugak..so kuar sure len sikit hasilnya

www.broframestone.com

yOnnA said...

heh. nak ckp terus dengan PPD? pergh sumpah berlagak gila babeee! mau je i nak lempang. heh, tu belum pangkat atas2 lagi kot.

subhanallah.jgn lah jadi org cmtu,. pentingkan diri betul lah.

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI