Cita Cita Hagemaru

Sebelum saya jadi penganggur sementara dulu, i pernah bercita cita nak buat macam-macam.Tapi satu pun tak tercapai.Last last tersadai dekat rumah.Sampai sekarang masih tersadai.

Sebelum i habis belaja, i pernah bercita cita nak kerja kat International School.Sebab nak jadi global la sangat.Sampai kerja pun nak dekat international.Haha.Perangai pelik ni takkan di layan.Sebab mak banyak suruh i stay dengan dia lepas tamat pengajian di UKM. Bila i request kat mak, mak cakap

'Tak payah la kerja ,meh balik duduk dengan mak. Nanti posting tak tahu dapat mana plak'

Takpe mak.Takpe mak. Dah tau dah.Dah tau.

Jadi i batalkan niat walaupun i dah banyak beli The Star sebagai tiket ke Hollywood. Sehingga kini i kerja saja di bawah kerajaan Malaysia setelah impian nak jadi pekerja Alice Smith School terbatal.Kalau tak mesti i dah siap berkenal kenalan dengan suami Maya Karin.Ntah ntah dia dah syook kat i. Leh jadi scandal Maya Karin ni.Haha.Jangan layan....

Bila i duduk kat rumah, i rasa hari hari yang mendatang bagaikan tiada apa, i mula berpikir secara hagemaru. I bercita cita pulak nak jadi Sukarelawan NGO.Tapi i pun tau mak mesti tak bagi anak dara dia berkhidmat luar kawasan. Sebab tu posting sekarang pun i kat hometown. Ini semua berkat doa ibu. Mak cakap

'Dari jadi sukarelawan, meh jadi sukarelawan mak, banyak kerja nak bagi'

Hati mula surprise kerja keras apa ntah yang mak nak bagi. Tapi i sampai sekarang tiap hari asyik kena kemas rumah ja, i dah rasa tak mencabar langsung dah nih. Mula i nak terpikir cita cita pelik hagemaru sekali lagi.HaHaHaGeMaRu!

Comments

maiyah said…
jd sukerelawan mak dpt pahala :D
Fatt Chin Choy said…
kena banyak berjalan ni br jumpa ramai org... mana tau jumpa bakal suami sekali

hehe
LUVLYDIYANA said…
Ah Fatt
Sampai sekarang aku tak jumpa.

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar