Wednesday, November 4, 2009

Assistant At Home

Pesanan : Ini bukan entry PLAGIAT....HAHAHA..

2 hari ni i rasa dunia blog kecoh!Gara-gara entry cedok mencedok,cilok mencilok CHIKA's blog.Penulisan blog pun orang nak hackers sekarang.Tapi memang idea murahan betol si justmehoneyamr tuh. Nasib baik i tak buat. I tak....

Hati sekarang tengah rindu secara banyak nya dekat adik adik. Bila umur sudah dewasa ini { sangat suka nak sebut dewasa sekarang.Macam dewasa lah sangat! } , adik ramai pun rumah sudah tidak seumpama fun fair. Adik - adik balik berjemaah beramai ramai pun masing tak kecoh macam fun fair.Tidak seperti time i umur belasan tahun dulu. Rumah sangat lah kecoh macam di langgar garuda. Tiap ari kalau tak i yang perang mulut dengan Kak Ngah, mesti abang ngan adik ee ngan nak buat action kame dua orang.Nape anak lelaki kuat bergusti time kecik2 huh?.Takpun Fatin ngan Dik Lin buat kecoh memanjang.Budak kecik dua orang nih!

Tapi bila semua sudah remaja.Kakak sulung pun masih remaja.I rasa ada adik 5 orang pun macam i anak tunggal.Semua sekarang duduk asrama tinggal i ngan Fatin je kat rumah tiap hari.Nasib baik ada Fatin.Boleh juga i kawan dengan dia,ajar main Farmville.Paksa adik i jadi neighbour.Paksa adik suruh beli goreng pisang kat depan taman. Paksa Fatin suruh teman i pergi Taiping kalau i nak.Nasib baik ada Fatin. Bila adik adik i nak balik,hati bergendang gendut tali kecapi gembira. Ramai adik sangatlah beruntung kerana aktiviti gotong royong dapat diterapkan dalam aktiviti kekeluargaan. { ini ayat macam skema :P }

Kak Ngah :
Kak Ngah adalah adik i yang digunakan { ini macam barang } untuk aktiviti masak memasak,kemas mengemas.Kalau Kak Ngah takde,semua i kena buat sorang.Boleh bikin penat.Dahla rumah sangat panjang.Assistant lain macam tak fungsi sangat.Sebab tu Kak Ngah assistant terbaik dalam aktiviti suri rumah tangga nih.Heh.Kalau nak perang mulut pun syook dengan Kak Ngah.Ni dah lama Kak Ngah tak balik,rase tak fun pulak hari hari yang mendatang takde aktiviti nak debat sekampung!

Abang :
Kegunaan abang adalah untuk pergi ke market pada tiap hari.Sebab part nak pergi market i paling tak suka sebab market busuk.Sebab tu kalau mak ajak i g market,i malas nak teman tapi kadang-kadang i ikut juga sebab kesian mak dah ajak banyak kali tapi i asyik tolak je.Kalau ada abang sangat lah best.Tak payah nak keluar rumah pun tak pe.Cakap kat abang je nak beli apa.Abang mesti rajin pergi beli.Sampai time raya hari tu, i demand kat abang nak suruh beli macam-macam.Jap nak suruh beli ais.Jap nak suruh beli kicap.Abang tak banyak songeh sangat pun nak tolong.

Tapi sekarang hati abang dah di curi.Dah terjerat dengan cinta monyet.Minggu lepas mak i pergi Majlis Graduasi dia dekat MRSM.Abang introduce gadis pencuri hati dekat mak.Sabtu ni mak cakap nak pergi lawat abang lagi.Nak bawa abang keluar makan bersama dengan gadis pencuri hati abang.Mak ajak i ikut.Minggu ni boleh jadi sesi orientasi bersama gadis pencuri hati abang.Agagagaga :P

Abang Ee :
Abang ee i tak boleh mintak tolong dengan secara BANYAKnya.Sebab adik ee banyak songeh.Kalau dah buat kerja banyak2 tu,mula la tak nak buat.Tiap minggu balik asrama,mesti bawa balik baju berbakul bakul,last -last i yang basuh. Sampai lama - lama i emo sebab macam dah amik alih kerja makcik dobi dekat asrama dia. I suruh dia basuh sendiri.Tapi adik ee sangat suka buat lawak.Kalau sembang dengan adik ee, tak gelak guling guling, itu macam bukan acara wajib dalam keluarga je. Sekarang lepas PMR ni,adik ee terus balik duduk rumah. I takde la sunyi sangat tinggal dengan Fatin je.Kerja adik ee ni macam tak banyak je kat rumah.Patut kuat tido!

Dik Lin
Ini adalah golongan kanak-kanak di rumah.Setakat nak suruh angkat barang bagi meringankan beban bley la.Eh,baru perasan.Dik Lin dah lama tak call!Patut rindu....

Fatin
Ni peneman paling setia.I kemana mana sekarang banyak bawa Fatin.Sampaikan dengan kawan-kawan i pun dia dah join sekarang.Fatin sangat pandai amik hati.Petang tadi i balik sekolah, Fatin tolong potong buah epal untuk i.Sweet kan cinta adik beradek nih.

Lagi 2 minggu lagi assistant2 i nak balik.Kak Ngah tak tahu la bila nak balik.Tengok pada cuti katanya.Tapi tahun ni abang SPM.Still tak penuh gak umah.Cuti sekolah tinggal i,adik ee,dik lin n fatin je kat rumah.Happenin la sikit.Happy happy day!

No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI