Saturday, October 24, 2009

Pergelutan

I nak cerita satu cerita,yang terjadi kat i hari Khamis sebelum cuti Deepavali aritu...

Sebelum tu...

'Student sekarang memang berani!! "

Siyes memang berani....Sampai dengan i pun macam nak ajak fight. T______T

Actually,hari Khamis last week,sebelum i masuk kelas 1 Berlian untuk ajar Mate, ada sorang cikgu cakap kat i,nama dia Puan Deva { Puan Deva ni agak garang n semua students takut gak la kat die ala2 guru disiplin }

Puan Deva : Anis , after dis 5.30 ( time tu lagi 5 min nak masuk kelas ) is ur class in 1 B rite.Macam ni, ada students datang dekat i tadi, dia cakap, Zulfaqar ada bawa handset, siap tengok video dalam kelas sambil cover2 dgn songkok. So, nanti time u mengajar, u tolong amik handset tu . Dat students said,handset tu ada dalam poket seluar die. U masuk kelas mengajar je macam biasa then kalau dia tak perasan,baru u amik handset tu. Sebab kalau i yang dtg buat spotcheck tiba2, dia akan sorok. So, u nanti masuk kelas amik handset die.

I sentap sket bila Puan Deva pesan macam tu.I sentap bukan sebab taknak amik handset Zulfaqar tu, tapi bila i terdgr nama student tu, dia adalah student yg panas baran dan sangat malas dan dia adalah student yg paling i tak suka { Astagfirullah..tapi btol tak suka!!! }. Bayangkan, kalau i suruh tulis, dia takkan tulis. Paling bagus pun dia tulis hari, tarikh n arahan. Kalau i suruh2 banyak kali, dia macam memberontak nak hempas2 buku.Ok,hati cikgu mana yang tak geram macam tu. I ni pun berperasaan ok! Tapi tiap kali dia buat macam tu takpe, i sabar. Tapi bila Puan Deva pesan macam tu, i sentap sket sebab takut dia buat sesuatu kat i sebab dia ni panas baran sket. Sebab tu i cakap kat Puan Deva balik...

I : Ok, tapi i risau sikit sebab Zulfaqar ni panas baran. I takut kalau dia buat apa2 dengan i.Tapi,kalau ada peluang nak amik handset tu, i amik la nanti...


Bila i masuk kelas 1 Berlian...

Zulfaqar ni masuk lambat dari i ke kelas. Time dia masuk kelas, i nampak dia tgh masukkan handset tu ke dlm poket belakang belah kanan. So, mmg i dapat aim la poket belah mana dia letak handset.

I pun mengajar la macam biasa.Time i suruh students salin latihan , i saja jalan2 dekat dengan Zulfaqar tu buat konon-konon i nak tgk latihan dia buat n suddenly dia bangun untuk pindah tempat.Mungkin tak selesa bila i datang dekat. Then , bila dia bangun, terus i masukkan tgn dlm poket dia, snatch handset die yg dalam poket tu...

Dan bila i amik handset tu dari poket dia, dia terus pegang tgn i n picit tgn i untuk lepaskan handset tu...sakit ok..i sakit.Bayangkan la budak lelaki picit tgn i yang bertulang ni je.Kalau byk isi tak pe gak. Hati i pun time tu sakit.Bila dia buat macam tu kat i.Sakit!Time die tgh picit tgn i tu, tiba-tiba terdengar suara Cikgu Manap { cikgu disiplin } kat kelas sebelah n terus i cakap..

' Zulfaqar, baik kamu lepas tgn cikgu sebelum cikgu panggil Cikgu Manap'

Hati dah menggelegak time tu......lepas i cakap macam tu, baru dia lepaskan tgn i...tapi macam still tak puas hati, dia cakap..

' Saya tak kacau cikgu,cikgu tak payah la sebok2 nak kacau saya!!'...Sambil hempas-hempas kerusi.

Sangat kurang ajar kan.....

Then, lepas i hbs kelas pukul 6.30, dia datang dekat i,..

' Cikgu,saya nak balik handset saya'......

Sebab hati i pun tengah panas time tu, sebab dia bersikap kurang ajar dgn i tadi,so macam no consideration la. Actually sebelum ni i ada je rampas handset budak, tapi sebabkan dia dtg dekat i dgn secara baik, i pun treat dia dgn baik dan nasihat dgn baik. Tapi bila i dah diseksa macam tu.siapa yang nak layan baik kan....hati i panas ok!

'Kalau kamu nak handset,kena bawa mak ayah kamu dtg jumpa penyelia petang.Ini peraturan.'

I macam taknak cakap banyak sebab hati i betul2 sakit. I ada 2 orang adik lelaki.Tapi tak pernah langsung nak mencederakan i. So, i pun nak keluar la dari kelas. Bila i cakap macam tu, dia tak puas hati. Then terus tutup pintu kelas tak bagi i keluar.....

' Baik cikgu bagi handset saya!! '

Bila dia wat i macam tu, hati i lagi panas.Sangat geram ok.Nasib baik time tu ada students lagi tak keluar dlm kelas. Kalau tak i rasa maybe dia dah kurung i dalam kelas tu....

Terasa diancam, i cepat2 keluar kelas pergi kat kereta. N bila i nak tutup pintu kereta, bley plak si Zulfaqar ni tahan pintu kereta i...sampai nak terkopak.Kebetulan plak time tu takde cikgu.Sebab kalau sesi petang cikgu bukan ramai sangat pun...

'Zulfaqar,kalau patah pintu kereta cikgu ni.kamu ganti ye.Kamu nak handset,nanti kamu mintak kat penyelia petang.Saya nak pergi bilik dia ni....kita setel sana'

Nasib baik dia nak lepaskan pintu kereta tu.Terus i tutup pintu kereta, i pergi bilik penyelia petang....Sebenarnya cuak gak takut die tumbuk i, tapi cover sebab tu terus cepat2 blah!

Giler ah budak sekarang...mmg kurang ajar! Hati i memang panas time tu.Kalau dia dtg dekat i dengan cara baik, i boleh gak nak lembut hati bagi balik handset dia. Tapi dah sangat kurang ajar...i terus tak mau bagi langsung sebab geram bila dia boleh nak picit tgn i dengan sakit nya....

Dis week, i takut gak kalau2 sumthing happen kat i. Mak pesan, jangan jalan sorang2 kat sekolah, takut dia tiba-tiba dendam dtg pukul ke. Tiba-tiba cuak bila mak pesan macam tu. Tapi Alhamdulillah sekarang takde apa2 yang berlaku....masih selamat.

Sebab tu , time Puan Deva tu pesan kat i suruh rampas handset Zulfaqar ni, i berat hati siit sebab dia ni panas baran. Kalau i biar je, students i sekarang makin hari makin naik lemak sikit. I tau je ramai yg bawa handset, n kalau di cek sorang2 handset tu, i tau je mesti ada video blue dlm tu.

Kalau i dah cerita ni, mesti ada plak nak bagi komen annoyink kata

'Skema lah kau..handset students pun nak rampas'

Tapi sebelum bagi komen annoyink macam tu, i nak tanya kat korang....

Kalau korang sebagai cikgu, tahu ada students bawa handset dan dikhuatiri ada unsur lucah dalam handset,korang nak terus biar bagi students tu tgk blue atau rampas?

Ok..sekarang sila tengok blue...haha..eh..bukan..sekarang sila buat pilihan....

Semoga students saya berubah menjadi students yang baik-baik...dan lulus exam..Ameenn..

10 comments:

s.c.h.u.l.t said...

klo i dah bagi lempang dua tiga das tamo sedas! :P

sungguh kurang asam dat ZF. hishh hisshh (sound efek marah)

Anonymous said...

mungkin ada hikmah sebaliknya.dlu,masa kita skolah dlu pun..kita bukan baik sgt.kdg2,terbiadap jg dgn cekgu...tp,budak2 skrg mmg sgt dasyat...

LUVLYDIYANA said...

schult :
lagipu i ske marah die sbb tak buat keje....so, i rasa mmg die tak ske i langsung totally!!

LUVLYDIYANA said...

Any ;
itu bukan hikmah.hikmah adalah sesuatu yang kita dapat kebaikan darinya, dan dari kisah ni, i rasa takde pun kebaikan yang terselit,kesakitan je ada...

cuma kalau kita muhasabah,mmg kita akan terpikir kan segala keburukan yang kita buat kat cikgu...tapi adakah sampai nak mencederakan macam zulfaqar buat nih.kalau setakat ponteng kelas, turun lambat prep, itu adalah kenakalan biasa bagi remaja.sbb time umur belasan thn ni kan remaja tgh melalui fasa mencari identiti sebenar

maiyah said...

tgk ler bebudak skrg :(

liana said...

aiyooooooooo giler geram dengan si budak Zul tu. I dulu ketua asrama (sangat garang ok..!) hahahaha masa tu, ada beberapa kerat je student yg mampu ada handset. Pastu waden asrama lak amanahkan I supaya banteras handset2 student. Dalam pada tu, ada jugak dua tiga orang kawan baik yang baik punya bawak handset. Perghh serba salah dibuatnya. Kadang2 I terpaksa pejam mata gak. Tak taulah kalau i yang jadi cikgu. Sebab i ni garang dan kuat gertak orangnya. Habis budak2 takut. HAHAHA
tapi, masalah moral betul lah student sekarang neh. ish ish

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
btol..berani gila..

LUVLYDIYANA said...

liana dan queen { HAHAHA }

mmg bermasala sket.i pun dulu prefect.kalau kwn bawa majalah ke,i senyap je.tapi sekali tu ada prefect lain repot kata i pun terlibat sekali.dgn i sekali kena.cis cus cas....

Amir Fauzi Ramlee said...

Rasanye kalau pun nak amik henset dia, x perlu kot masukkan tangan dalam poket dia.. Tak Betul tu..
Lagi-lagi dia panas baran, budak baru nak naik tuh, kena gunakan cara yang betul untuk tackle..
Apa pun, selamat berjaya mendidik anak-anak murid yang brutal2!! Ahahaha..

LUVLYDIYANA said...

amir...
habis tu apa yang perlu i buat?masukkan tgn ke mana?

PHD IS A LONELY JOURNEY