Info Yang Berminat Jadi Cikgu



Tup Tap Tup Tap. I dah hampir setahun jadi cikgu.10/ 11 nanti i akan sambut anniversary i sebagai seorang cikgu bagi tahun yang pertama.Aku cikgu weh, aku cikgu!!

Ramai yang tanya dekat i, i ni cikgu dari memang minat jadi cikgu ke?I dah story cerita ni kat entry time hari guru dulu.Macam mana i bley terjoin venture dalam arena cikgu cikgu.Memang minat ke? Tak tak tak. I tak minat pun pada mulanya. Tapi bila dah di pupuk pupuk, lama lama i minat. Btol.Btol. Sekarang i minat .Sebab apa yang minat, satu kepuasan bila korang tengok students korang pandai, satu kepuasan bila korang tgk apa yang korang ajar tu diaorg paham n satu kepuasan buat korang yang minat ni bila students tu praktikkan apa yang kita cakap. Sebab tu bila time hari guru, students suka buat sajak



'Guru, kau umpama lilin..membakar diri bagi menerangi kami..'



Memang engkau akan terkorban lah pun bila jadi cikgu, sebab cikgu ni menuntut satu pengorbanan yang besar tapi bila engkau minat,engkau takkan nyesal ok.



Sebenarnya untuk yang betul betul berminatjadi cikgu, ada beberapa cara untuk korang jadi cikgu.Sebelum i teruskan point ada,,ada 2 benda i nak cakap kat sini


1) Tips ni untuk yang betul betul minat jadi cikgu, tapi tak tahu pun macam mana cara untuk apply ke bidang perguruan.Bukan untuk penganggur yang takde keje, pastu saje cuba-cuba nasib nak jadi cikgu,Sebab golongan macam ni bahaya sket kalau ada kat bidang perguruan ni.Nanti lama-lama korang akan rasa terbeban sangat dengan kerja cikgu yang memang semakin membebankan ni dan mula rasa tak ikhlas nak mengajar dan efek nya pada students la.So,kalau tak minat jadi cikgu,Jangan JADI!I ulang.Jangan JADI!dan tak PAYAH cuba-cuba nak JADI. I warning ni!



2) I hanya bagi tips secara dasar.Apa yang i tahu sepanjang i jadi cikgu.Jika terkurang maklumat.Itu amat di sesali.



Laluan Perguruan



1) Lepas SPM,boleh minta jadi cikgu di maktab maktab.Ada juga menawarkan program pendidikan yang ada program berkembar dengan universiti luar negara.Jadi separuh tahun belajar di Malaysia,yang selebihnya belajar la kat luar negara yang sejuk kui kui tuh.Tajaan boleh dapat dari mara n kpm.Sekarang, i dgr cerita la,kalau yang dapat tajaan kpm {kementerian pelajaran malaysia }, balik nanti bley la jadi pensyarah kat mana mana kolej matrikulasi.Ni mcm best la,muda muda dah bergelar lecturer { itu impian saya }



2) Kalau lepas SPM apply nak jadi cikgu tak dapat, bley la apply lepas matrikulasi. I guna laluan ni untuk jadi cikgu.Lepas belaja setahun di matrik,korang apply la melalui UPU untuk jadi cikgu.I graduan Sarjana Muda Pendidikan Fizik/Mate dari Universiti Kecintaan Malaysia .Terbaik.Tapi kat USM,UM,UTM,UPM,UITM pun ada di tawarkan course pendidikan.Kalau apply UPU tu kan ada 7 pilihan.Kalau dah minat sgt nak jadi cikgu sampai tiap tiap malam ngingau nak mengajar, bley la isi ketujuh tujuh pilihan pada borang UPU online tu pendidikan ,pendidikan ,pendidikan. I cakap sebab dulu pun i buat macam ni.HAHAHA.Ops, lupa.UPSI pun menawarkan pendidikan.Nama pun Universiti Pendidikan.Of coz la tawarkan pendidikan kan. Then kat sini korang belaja la selama 4 tahun untuk jadi cikgu.Tu termasuk praktikal di sekolah la...



3) Kalau korang dah apply course lain kat u,tapi separuh jalan tiba tiba baru tersedar kecintaan korang adalah untuk mengajar sebab ikut sejarah mak ayah atuk nenek korang semua cikgu,korang jangan risau. Korang masih berpeluang lagi nak apply melalui DPLI atau pun KPLI.Ok,sekarang apa bezanya antara DPLI dan KPLI.



DPLI adalah satu program berkembar diantara universiti dan KPM.Jadi sesiapa yang amik DPLI,akan menjalani latihan perguruan di universiti2 yang menawarkan DPLI n of coz la Universiti Kecintaan Malaysia itu ada tawarkan program DPLI ni.Selepas setahun pengajian, korang akan di serapkan ke mana mana sekolah menengah yang mempunyai kekosongan guru di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak



KPLI adalah satu program berkembar di antara pihak maktab dan KPM.Jadi,sesiapa yang apply KPLI,diaorg akan jalani latihan perguruan di maktab maktab di seluruh negara macam kes Joaanna yang obesiti baru baru ni.Itu dia nak apply KPLI la, sbb tu dia belaja di maktab.Lepas setahun pengajian, korang akan di serapkan ke sekolah rendah yang mempunyai kekosongan guru.



So,beza yang nyata tentang KPLI n DPLI ni, KPLI untuk peminat yang nak mengajar sekolah rendah. DPLI untuk peminat yang nak mengajar sekolah menengah.



'Tepuk Dada Tanya Selera'.....yang mana lagi korang minat..



Extra Notes : sekarang banyak kekosongan cikgu BM,BI,sejarah n muzik.Cikgu sains dah ramai.So,kalau yg apply nak cikgu jadi cikgu sains/ mate tu..harapan agak tipis la sikit.harap maklum.



4) Cara lain untuk jadi cikgu, bagi graduan universiti, korang jugak bley apply melalui SABK { sekolah agama bantuan kerajaan}. Apakah SABK ni.SABK ni adalah sekolah agama yang dibantu oleh kerajaan dan selalunya nama sekolah ni akan bermula dengan Madrasah ; cnthnya Madrasah Lil Banat.Tu la contoh contoh Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Maksudnya, kalau korang apply melalui cara ni, korang akan mengajar kat mana mana SABK di Malaysia la nanti.Borang permohonan boleh didapati di sekolah sekolah SABK juga.Kalau korang dah apply dan berjaya di tawarkan jadi cikgu SABK,korang akan menjalani kursus dalam cuti ( KDC ) selama setahun.Maksudnya,bila dah ditawarkan mengajar di SABK,time cuti sekolah,korang kena masuk maktab untuk menjalani kursus perguruan dalam masa setahun.Kira takde cuti la time nih.Pengorbanan.Nak jadi cikgu kan. ;p



Owh,jangan salah sangka di sini.Kalau korang korang apply SABK ni, tak semestinya korang kena jadi ustazah ajar mengaji,Jangan miss concept kat sini. Korang ajar macam baisa je subjek subjek teras, bergantung kepada apa yang korang mintak dan dapat.Cuma mengajar di sekolah agama.Jangan takut.Jangan takut.Sebab kebanyakan dari kita,bila dgr nak kena mengajar sekolah nama,nama plak Madrasah, dah cuak-cuak tak nak apply.Tak payah takut.Sekolah dia sekolah biasa je cuma menekankan bab-bab keagamaan.Itu sebenarnya lebih bagus kan.



5) Cara lain korang boleh apply jadi guru J-Qaf.Ni memang betul2 jadi ustazah la.J-Qaf ni macam kpli, tapi lebih menjuruskan kepada pengajian al-quran dan tajwid ni sekolah sekolah rendah.Sebenarnya i tak pasti still ada ke tak lagi program J-Qaf ni sebab dulu program ni diperkenalkan time kepimpinan Pak Lah , Islam Hadhari dulu. Sekarang dah tukar PM, i pun dah tak dgr khabar sgt pasal j-Qaf ni.Kan sekarang dah 1 Malaysia.Tapi,sedikit info tentang J-Qaf,boleh apply melalui website KPM dan jika permohonan berjaya,akan di serapkan ke sekolah sekolah rendah dan akan menjalani KDC { Kursus Dalam Cuti } selama setahun macam cikgu SABK tadi.



6) Bley juga apply melalu MARA. Jadi cikgu di MRSM.Apply melalui website MARA.Then,bila korang dah di serapkan jadi cikgu MRSM,nanti MARA akan hantar la korang untuk menjalani kurus perguruan kat mana mana kolej mara.



Itu info serba sedikit macam mana korang yang berminat,nak apply jadi cikgu.Rajin rajin la bukak website KPM,untuk tgk borang application.....



Next tips,i bagi next post k...

Comments

Liz said…
entry utk cikgu yang tibe2 tanak jadik cikgu ade?hahahah
LUVLYDIYANA said…
ada ada ada..nanti i buat plak..tapi sekarang bagi laluan dulu untuk org yang nak
queenlyana said…
uihhh panjangnya entri. Sila jilidkan entri anda. Agagaga..
eh eh eh.. Kat UUM pun ada kos cikgu.. agagaga marah nanti ex-uum macam saya nih. HAHAH nak sebut semua jenuh lah kan.. kalau tak silap, hampir semua IPTA kat malaysia ni tawarkan bidang pendidikan kot. Tinggal layak dengan tak je. I dulu mintak jugak, tapi tak layak kot. Sebab tu I belajar tourism. Dan insyaAllah, nanti nak belajar lagi. Hahaha I tengah cakap kat diri sendiri: belajarlah sampai lunyai. Sekarng ni otak tak lunyai lagi. Baru guna sikit-sikit. Sebab tu tak berapa pandai.. hhihih
ahamimokhi said…
anis.........
menarik la post ko ni........
idea yg bagus......
saya nak jadi cikgu...
hehe...
maiyah said…
anak akak ayu kata nak jadi cikgu bila besar :)
oyenks said…
thanks for da info :)
sangat sangat sangat nak jadi cikgu but after 4years taking engineering courses br realize minat nak jd cikgu.. duhHh~` (nk jd cikgu nk jd cikgu!)
not to late i guess..
hihi
bilis said…
klu nk jadi pensyarah matrikulasi macam mana lak?
Anonymous said…
salam..nk tanyer..pe advantage kalo jd cikgu or lecturer?dan satu lg, kalo jd cikgu..starting gaji dlm bape eh??
MUHAMMAD TAUFIK said…
kalau dah terlajak n dah grad dlm bidang yg takde basic pendidikan.. pastu berminat nak jadi cikgu camne yer?
LUVLYDIYANA said…
Taufik : 1st boleh apply GSTT ( Guru Sanadaran Tidak Terlatih ) dekat Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) masing masing. 2nd boleh apply dekat web KPM kursus KPLI atau dekat web universti tertentu kursus DPLI.Tarikh application tak tahu lah...sebab sellau berubah,so rajin rajinkanlah tengok web tu. 3rd boleh apply jugak dekat KPM untuk amik KDC ( kursus dalam cuti )
princess said…
lepas graduate bachelor in accountancy nanti , insyaAllah nak apply jadi cikgu MRSM : )
Anonymous said…
mcm sy cena lak ...bru grate dip dlm engineering tp nk try apply cikgu sek men lah...
cena lak laluan dia...leh tlg x...thank
eiyra163 said…
Salam,sya era, lepasan spm ,skrg ni sya smbung blaja form 6, amik kelas seni,bm,geo dan pgajian am,sya amat minat nk jadi guru,dr kecik lg, ade x pluang sya nk jd guru lg?em lau tu nk kne brpe pointer stpm utk mohon ijazah pndidikan?
Anonymous said…
Hello....saya berminat menjadi cikgu dan saya memiliki diploma kejuruteraan awam...adakah ruang dan peluang untuk saya menjadi cikgu? Hope miss cute boleh bagi detail o lorong ke arah pendidikan ..:) thanks...

Pm: dannydaniel91@rocketmail.com

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar