Friday, September 4, 2009

Mencari Yang Hakiki

Mode : Jiwang-jiwang ( sila baca dengan penuh kecintaan )
Back ground song : Nur Kasih - Yassin

Setiap minggu i tak sabar menantikan hari Jumaat.I sekarang sangat addicted dengan Nur Kasih.I dah jadi followers tiap minggu.Sampai i tak pergi terawikh hari ni.Astagfirullahhalazim...
Minggu ni I makin jatuh cinta dengan Remy Ishak.I rasa malam ni i tidur mimpi Remy Ishak lah.Owh..Remy..i love you!!Ini tak agak-agak.Tapi i tak kesahlah!I memang dah fall in love ni....

I rasa bahagia dengan penuh kecintaan yang mendalam jika i di tempat Nur.Di kasihi dan di miliki oleh seorang lelaki yang hidup berlandaskan islam.I sangat suka lah dengan perubahan Adam sekarang.Bisa mengimamkan i di dalam solat.Jika dia suami i,itu memang i bahagia lah....

Ditambah dengan muka yang hensem,lagi la bisa menggugurkan jantung i.Adess..dah nak gugur ni.Tolong sambut.I rasa i dah jatuh cinta dengan Adam la.Eh,Adam plak...tadi Remy.Kenapa ramai sangat yang perlu jatuh cinta ni??Haha

Tadi,tiba-tiba i emotional sikit.Tiba-tiba i jadi emosi bila i tengok kasih sayang mak adam dengan nur.I dah cakap,mesti i bahagia bila i dikurniakan bakal ibu mertua yang penuh kasih sayang dengan i.Ini juga i nak wish untuk future.. :)

Tapi i juga macam kesian dekat Aidil.Cinta tidak berbalas.Memendam perasaan terhadap Nur.Susah-susah sangat,masukkanlah watak i di akhir cerita.Jadi isteri Aidil pun kira oklah.Tapi i nak pakai nama Sofia.Tak nak la Anis.Haha....

Jap..jap..i nak tulis surat cinta jap lah.I kan dalam mode jiwang-jiwang sekarang.Untuk bakal suami.Siapa2 jela.I tak de calon lagi.Tapi sekarang i wish Adam...HaHa...

Adamku...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benar aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku punya kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, Adam..pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,sering tergelincir dek ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku..
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.

Adamku,
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca. Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa buat bekal ke jalan Allah. Ingatkanlah aku untuk tunduk,hormat dan patuh padamu setiap waktu... Tolonglah aku Adam agar aku tidak buntu,bantulah aku agar aku tidak buntu. Selamatkan lah aku dari api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Bawalah aku ke jalan Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku bias menjadi srikandi solehah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus Siti Khadijah,sezuhud dan sepatuh Rabia’tul Adawiyah,sekuat iman Sumayyah,seikhlas dan semurni hati Halimas Saadiah,serta segagah dan seteguh Nailah al Farasyiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Semoga aku mampu menjadi hiasan terindah dalam hidupmu Adam,kerana seindah hiasan adalah wanita solehah

I jiwang kan .. Tiba-tiba i rasa malulah buat entry jiwang-jiwang macam ni...~dah blushing-blushing ni~ .


6 comments:

ikanriang said...

salam, saje je bejalan2.
gamba yg ade dlm entry ni menarik, sbb sy pun nga addicted ngan nur kasih.
sekarang baru tgk smpi ep3.

so sy tak bace entri awk ni habis2an.
sbb sy sdg benci remi ishak itu.
bile awk kate awk suke gile die, sy dpt agak ape yg berlaku dlm ep yg paling latest!
nanti bile sy dpt kejar latest ep sy bace balik entri ni ok! =D

selamat berpuasa!

maiyah said...

salam adik.. akak pun suka tgk cite nih, tapi tak bleh nak jiwang2 lagi.. dah takde rasa jiwang :(

LUVLYDIYANA said...

ikan riang :
bagus2 awak tak ske remy ishak..kurang saingan..haha

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
insyaAllah perasaan tu akan datang..aminnn

einna said...

anis...i juz love ur love letter...how wonderful words..aku nk blaja mengayat ngn ko la...=)

LUVLYDIYANA said...

haha..mari2..nak bukak kelas nih!

PHD IS A LONELY JOURNEY