Ini Kisah Pakcik To'ki

~Ini Kuih Tako.Nama glamour Kuih To'ki~

Heh.Pagi-pagi lagi i dah mensidai gambar makanan di dalam belog.Ini taktik untuk mengghairahkan nafsu makan namanya.Semoga puasa hari ini tidak terjejas.Kuih ini bernama Tako.Nama macam nak tiru penyanyi To'ki.Kulitnya putih macam kulit i.Ok,itu tipu.Sebab i hitam..serius i hitam manis.Dah-dah..ni masuk part annoyink...

Itu introduction.Tak perlu di perkenalkan lagi.Kita masuk kepada karangan isi yang pertama.Okeh.I berlagak seperti cikgu BM sekarang sedangkan kalau i ajar,pasti akidah students i sebab BM i pun tunggang lenggang....

I bukanlah penggemar makanan. ( Ececeh..tetiba ).I tak reti la nak demand nak makan Mee Goreng Mamak Sebelah Panggung pleaseeeeee...Putu Mayam Depan Kedai Gambar pleaseeee...Char Keow Tiau Buluh Kuning pleaseeee.Owh,itu nama glamour untuk makanan di tempat i.Rasanya memang terangkat.Family i yang datang dari jauh pun,sebelum balik mesti nak makan Pasembur.Beli la banyak2 bungkus.Macam esok tiada lagi untuk Pasembur.I memang suka pergi beli.Sebab tukang jual dia,jejaka mamak hensem.Serius hensem ala2 pelakon Arjun Gempal.Eh,Arjun Rampal.Tapi bukan setakat jejaka mamak saja hensem.Pasembur tu memang sedap la wa cakap sama lu.Sekarang i bertindak seperti Duta Jalan Jalan Cari Makan.Kalau korang datang ke tempat i,mesti i belanja Pasembur Sebelah Panggung SEBUNGKUS nak buktikan ni fakta bukan auta....

Ok,back to the point.I nak cerita pasal Kuih To'ki.Eh,Kuih Tako.Bukan Pasembur Sebelah Panggung.I tak suka makan Pasembur.Sifat peribadi i,i jarang untuk craving-craving ni.Maybe usia kandungan belum mencecah 0 hari.Jadi i macam tiada nafsu sangat terhadap makanan.

Tetapi...

Sejak 19 hari kita berpuasa nih,i sangat-sangat lah craving terhadap Kuih Tako.Sampai i rasa,hidup i tidak sempurna tanpa To'ki.Eh,Tako.Tiap-tiap hari,after balik sekolah,i sanggup untuk menyesakkan diri di Bazar Ramadhan yang sesak semata mata nak beli Kuih To'ki yang berharga 2 ringgit.I sanggup nak pusing-pusing satu pekan semata mata nak cari parking demi kasihku terhadap To'ki.Kalau dah 7 kali i pusing,i nekad,i nak kutip je 7 biji batu di tepi jalan,baling je kat mana-mana kereta yang sedang parking.Tapi setakat ni..i tawaf pekan tak pernah lagi sampai 7 kali.Tapi kalau suatu hari kejadian ini berlaku,memang i buat.Ok,ini amaran buat pengunjung bazar yang berkereta!

Kuih ni rasa dia manis- manis juga.So,tiap hari i isytihar kan i berbuka puasa dengan kuih ni dulu berbanding kurma.Owh,kira ok la.Sebab rasa dia manis kan.Kan berbuka puasa dengan benda manis tu sunat.Maka di benarkan juga membuka puasa dengan Kuih Tako dulu berbanding kurma.Ini fatwa i reka.Kalau salah korang jangan ikut sebab i tak nak jadi Nenek Pin,nanti i duduk di langit nanti...

Time awal awal berpuasa dulu,i beli kuih ni seringgit dapat 3 je.Tiap ari i beli Kuih To'ki seringgit.Pergi bazar pun semata mata Kuih To'ki seringgit.Sampai pakcik jual Kuih To'ki tiap hari tanya kat i "Beli seringgit je? "..i mesti jawab " Takut tak habis "..sebab kat rumah i,i sorang je yang nak makan kuih ni..Sampai lama-lama pakcik tu tak tanya dah soalan kat i,tapi time i beli dia asyik cakap "Takut tak habis ye..." Eh,pakcik ni...Hahaha.

Namun sejak akhir-akhir ni,i dah mula meng'up'kan mata ganjaran terhadap pakcik ni.I dah tak beli Kuih To'ki 3 seringgit.tapi i upkan kepada 7 dua ringgit sebab i perasan sejak akhir -akhir ni,ayah n kak ngah dah mula menyebuk nyebuk untuk makan sama kuih ni.Kalau i beli 3 mana cukup!Tak puas seh...

Sekarang,bila i datang ke warung pakcik jual Kuih To'ki.Dari jauh lagi i nampak pakcik tu sengih-sengih.Mesti dia cakap dalam hati "Yes,berjaya aku goda budak ni beli kuih 2 ringgit ".Tapi i tak kesahlah sebab kuih ni memang sedap dan i suka.Kalau la jejaka hensem jual Pasembur tu anak teruna pakcik jual Kuih To'ki,mesti i akan cakap hari ni jugak kat pakcik jual Kuih To'ki......"Boleh saya jadi menantu?"

Entry ini tiada penutup.Sekian.

Comments

maiyah said…
salam adik, pagi2 dah cite pasal makan :D
Melz said…
woh..kuih tako..sedap tuh!
hahaha
. : faymomo : . said…
aci, pasemboq 3!
entry ini bikin i nangis tergedik2 bahu nak balik rumah.
farah said…
i pantang tgk gambar makanan.

haha
Liz said…
uik..kuih ape tu..i tak pnah jumpe pon
iLhAm_bEcKs said…
hahaha,,
hnye krane kuih..
sudah bley jd mnntu?
haisyooo
gilak!
muahahaha
LUVLYDIYANA said…
kak maiyah :
biasala..baru lepas bersahur
LUVLYDIYANA said…
melz :
betul betul betul..memang sedap!
LUVLYDIYANA said…
fay :
nanti akak wat entry ttg kampung halaman tercinta mesti ko nak nangis sebakul..hihi..
LUVLYDIYANA said…
farah :
i pantang jumpa kuih ni..hihi
LUVLYDIYANA said…
liz :
tak glamour kuih ni..tapi sedap..
LUVLYDIYANA said…
ilham :
leh belaja wat kuih pastu..hihi
Firdaus said…
suka takoyaki x?
kuih tako yg berasal dr jepun.. haha..

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar