Sunday, September 13, 2009

Hati Yang Di Kocok Kocok

Peristiwa hari ni betul-betul membuatkan hati i dikocok-kocok.I tidak sangka sama sekali hari ni hari ni autobots twins calar,calar dan calar lagi!!

Kes pertama, autobots twins mendapat kecederaan time i bawa kereta g Kajang.Time tu salah kereta proton yang parking juga.Eh,bukan.Salah i.Salah i sebab tak reti parking ditempat yang sesak ditambah dengan gangguan hujan lebat,last2..autobots twins jadi mangsa.

Kes yang kedua, berlaku di rumah sewa i sendiri di Kajang,bila autobot twins i dihentam oleh seekor kancil kecil tidak bertanduk secara tidak sengaja oleh housemate i pada satu malam.Ini bukan setakat calar,remuk kemek memek terus badan autobots twins sampai i pun jadi shame-shame nak bawa pergi kuliah pada masa itu...

Tetapi dua kes ni dah berjaya di setelkan oleh pegawai polis Anis yang bertindak tegas pada masa itu tapi cool cool walaupun hati i ni memang di kocok kocok tengok autobots twins yang remuk kemek memek tu. I dengan hati yang tidak tenang nya pergi mencari bengkel kereta di pekan Bangi lama dan kedua dua kes di atas berjaya di selesaikan.Lepas tu,i dah rasa proud kembali dengan autobots twins.Sampai parking pun i suke buat bersepah sepah je.Ok,ni salah i...

Kali ini memang salah i.Tadi , i tempatkan autobots twins sebentar bersebelahan dengan benteng sementara i membeli belah di kedai Pak Cik To'ki.Bila i nak balik, i masuk gear 1 n suddenly i stuck!!Wa..autobots twins dah melekat kat benteng sebab i parking dekat sgt!!

I dah mula cuak-cuak.Orang ramai dah mula usha-usha i yang tersangkut.I dah gelabah dan i tau bila i gelabah i tak boleh bertindak dengan waras.Haha.I dah tau,i memang tak boleh nak keluarkan kereta tu tapi orang yg lalu hanya usha-usha, tunjuk-tunjuk kat kereta i yang tersangkut dan orangnya juga yang tersangkut dalam tu.Sampai i pun naik malu. T________T

Akhirnya,i rasa bantuan kecemasan memang diperlukan.Dari i terus mencuba untuk mengeluarkan kereta yang tersangkut, i tau ,itu hanya burukkan keadaan. I pun cepat2 buka tingkap kereta n panggil segerombolan mamat muda yang kebetulan lalu sebelah kereta i..~weet*weet~..i cakap..'tolong..saya dah tak reti nak keluarkan kereta ni'...

Berkat usaha mamat muda , kereta i berjaya di keluarkan dan menjadi tarikan. Siap ada makcik berdiri sebelah kereta i cakap 'ini cikgu kan..habis la esok bawa kereta calar pegi sekolah'..serius..i malu dan i taknak tengok sekali pun kesan calar tu sampaila i balik rumah. saya sedih yang teramat..... :(

Esok,i nak bangun awal..i nak cuci autobots twins n i nak polish calar tu sampai hilang..agak2..boleh ke tak??

~Kisah Dahulu...dah hilang~



~Kisah Sekarang.....harap hilang~

11 comments:

maiyah said...

salam adik.. kene bagi mamat muda gule gule :D

13may said...

oh! mesti tido mlm tak lena dok pikir tentang autobots...

btw, selamat hari raya :)

Ynn. said...

haha gengster ah u T___________T tp i tadapat tahan nk gelak tau HAHAHAHAHA

okay dh padahal i kesian dgn autobots twins u sbb owner die mcm ni meh la bg i, tatau la ape jd terus HAHAHAHA

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
bukan setakat gula-gula..no fon pun tak mintak..hahaha

LUVLYDIYANA said...

13 may :
bukan setakat tido..pagi ni pun pikir lagi..huaaaaa

LUVLYDIYANA said...

Ynn..
i rasa memang patut i bawa kereta yang kecik je..kalau yang besar..habis ranap kereta i rasa..hehe

farah said...

eyh,

jangan ganas2 sgt dear,

nanti abis rosak semuanya.

haha.

Amir Fauzi Ramlee said...

Biasa la tu, lagi disayang, lagi banyak halnye.. buat biasa jerk.. uhuhuhu..

LUVLYDIYANA said...

farah
thanks dear..tak ganas..tapi tak reti!hehe

LUVLYDIYANA said...

amir :
tula.kalau tengok part jgn calar tu..mesti sedey.. T_________T

Liz said...

huhu..bole ilang ke parut begitu skali? mmg dasat..nasib ade budak2 muda tu..kalo takde..duduk la situ smpai malam

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI