Saturday, September 12, 2009

Bila Iron Chef Kena Sampuk

I hari ini semangat betul mau main masak-masak.Umpama iron chef terkena sampuk.Dia dah lupa bahawasanya dia tu hebat, masih nak masak over-over lagi.HAHAHA.Ini tak lawak.


Niat i pada petang hari ini,pada mula nya nak masak Masak Lemak Ketam dan pada malam nya nak buat Biskut Short Bread.I dah semangat betul keluar pekan nak cari bahan-bahan,tapi perempuan semangat betul ini,memang semangat sampai dadih pun dia beli, agar-agar pun dia beli, laici pun dia beli. Memang macam nak buat kenduri lah!

Hasilnya.....

Ini Masak Lemak Ketam. Ini i masak memang secara niat. I memang niat untuk memasak ketam buat pertama kali sehingga di tengah jalan i hampir berputus asa untuk membuang kulit ketam. Berkat dorongan mak setelah anak dara mula emo emo..i berjaya juga.Yes.Yes.yes.



Ini masakan tanpa niat.I takde niat pun nak buat Puding Laici pada hari ini.Tapi bila i tengok agar-agar sexy sangat terjual di kedai sampai i pun tergoda nak beli, i pun buat lah masakan tanpa niat ini.Skill untuk membuat Puding Laici tak payah di sangkal lagi.Ok,ayat ni macam riak.Tapi sebenarnya, i memang suka masak agar2, puding dan juga kek.Sebab senang.Walaupun rupanya buruk tidak terangsang langsung untuk makan, tapi bila i makan tadi, bagaikan di suntik dadah puding ini, i terasa nak makan lagi lagi dan lagi....

Ini lagi satu masakan tanpa niat.Memang i takde motif langsung nak buat agar-agar merah ni.Pada mulanya, i berniat untuk membuat agar-agar pandan.Tapi di sebabkan i malas nak keluar rumah amik pandan di laman, i hentam sajalah....Agar-agar ini takde siapa lagi nak makan.....




Ini dadih.Ini i taknak cerita panjang.Ini pun i masak juga arini tanpa niat. I masak sebab i rasa 'sedap ni makan dadih sambil tengok tv '.....



I benda terakhir yang i buat lepas tu i surrender dah tak nak masak.Sampai Biskut Short Bread yang i niatkan nak buat pun i dah rasa tak feel dah nak buat sebab i tengok peti ais i hari ni dah penuh di sumbat dengan benda benda ni...

Masak dengan penuh bernafsu memang macam ni.Sampai i pun tak tahu, i masak banyak-banyak ni,siapa yang nak makan? Kat rumah dah la tinggal i,adik fatin mak n ayah je.Nasib baik benda-benda ni boleh makan esok dan esok dan esok lagi...

Harapan i sekarang, harap semua benda ni habis dan tidak membazir.Kalau tak,mungkin Iron Chef kena sampuk ini sedikit sentap sebab makanan dia tak laku...

13 comments:

maiyah said...

salam adik, sedap nampak ketam tu, ulor2 ler kemari :D

maiyah said...

salam adik, akak tadi dah komen, agak nyer akak mimpi kot :D , ketam tu mengancam.. ulor2 er kit heheh

C's ienn said...

hahahaha...
ko nih mmg kne sampuk..
byk tul msk nyer...adoiila..nape xkasi je sket kt jiran2..
kot2 t ade yg berkenan nk wat menantu...hehehe

Liz said...

phewwit...gigih masak tu..bagus cik adik..i dok rumah berzaman2 ni pon hanya mampu masak megi, air dan nasik

farah said...

dadih.

sedapnya.

queenlyana said...

aiyakk, I tak leh tengok ah ketam tu.
I sangat terliur hokey..!
you nih.. suka ah letak makanan-makanan nih..

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
mimpi saya ke?hehe..meh nak tlg masakkan.. :)

LUVLYDIYANA said...
This comment has been removed by the author.
LUVLYDIYANA said...

intan :
nasib baik jiran aku anak die kecik2 lagi..hehe..kalau tak dah bertalam talam puding aku hantar setiap hari

LUVLYDIYANA said...

liz :
ni bukan gigih..ni namanya kena sampuk..hehe

LUVLYDIYANA said...

farah
sedap sedap sedap..tapi i buat mcm manis sket..T_______T

LUVLYDIYANA said...

lyana:
i saja nak goda puasa u time2 macam ni..hehe

Ynn. said...

fuhhhh T_____________T apasal mengancam sgt ni yummm? whahaha

i suka ketam tp i x suka cengkerang die ke apa tah nama dia sbb keras tsk T__________________T

PHD IS A LONELY JOURNEY