Saturday, September 26, 2009

Lima Hari Tanpa Henti

Saya rasa mood raya saya semakin susut selepas 5 hari secara berturut i membanting tulang memerah keringat untuk berhari raya dan ku korbankan diri semata mata hari raya.Ok,ayat ni memang nampak i gigih sekali berhari raya.Tapi i rasa,tiap tahun i memang gigih pun berhari raya sampai seminggu direct dengan aktiviti raya pun ada.Itu kisah tahun lepas...i memang berhari raya selama seminggu direct.

Tahun ni i rasa, ( i rasa lagi......dan rasanya sungguh finger lickin good bak kata kfc..owh..ini memang mengarut ntah apa ntah ) aktiviti raya i dikurang sikit dari tahun lepas.I memang dah kurangkan tapi masih dan masih sampai raya 5 direct non stop tanpa henti..ni pun i tak paham kenapa macam ni ntah.Sebab tu i memang suka raya..i likeeeeee.. :)

~ HARI RAYA PERTAMA...raya 1st i memang busy la macam semua aktiviti nak buat hari raya 1st.Macam tiada hari untuk esok.Tapi perkara wajib mesti nak ziarah kubur atok dan salam duit raya ini macam tak bley terlepas lah kalau raya 1st...

~ HARI RAYA KEDUA...g balik kampung ayah kat kedah.Wat tawaf dari satu umah ke satu umah sedara sampai leh pusing 1 pekan Kulim I rasa sebab semua sedara i banyak kat Kulim.Banyak sangat pergi rumah sedara sampai perut i pun bunyi kruk krek kruk krek n adik siap sakit-sakit perut lagi sampai penat berenti banyak kali dekat stesen minyak.Owh,adik..ko memang meninggalkan kenangan sungguh la..Tapi i suka gak aktiviti lawatan kekeluargaan ni sebab macam sedara yang lama tak jumpa pun bley jumpa time hari raya.Itu i suka......

~HARI RAYA KETIGA...awal-awal lagi kawan sekolah i dah plan-plan nak datang beraya kat rumah dan awal-awal pagi lagi i semangat nya buat mee kari kaw kaw untuk kawan-kawan i nak datang.Tapi hari ni bukan setakat kawan i nak datang rumah,kawan adik i,pakcik i pun nakdatang..so masak memang dah macam open house secara tak rasmi dah la i rasa.dari pukul 10,Rahimi datang ngn kawan die beraya rumah i.Thanks Rahimi.Then sambung kawan adik i..Then sambung pakcik i datang.Then sambung inaz,farah,kemal,shira,shima,ema,romong n biron datang raya.Sampai jiran sebelah rumah buat open house pun i tak sempat pergi sebab dah terbongkang.......Thanks kawan-kawan.. :)

~HARI RAYA KEEMPAT...hari ni my family buat kenduri arwah tok.Ni memang acara wajib di buat time hari raya sejak atok meninggal 2 tahun yang lalu. Macam di kira hari keluarga la jugak sebab time ni akan semua dari yang berpangkat cucu sampai la ke tok..akan datang rumah...Petang tu plak,i g raya rumah laa dengan obet n thanks laa spageti memang sedap!!

~HARI RAYA KELIMA..hari ni Yanti bersama suami datang kerumah i awal pagi lagi.dah lama tak jumpa Yanti,i rasa sejam dia datang rumah i pun tak cukup lagi nak gosip.Tahun ni Yanti datang berdua..next year akan datang bertiga dengan anak yang coming soon. Hari ni juga i pergi beraya ke rumah zai n shima,kawan kerjaan.Alhamdulillah ada gak peluang i nak g beraya rumah kawan terdekat.. :)

Hari Raya memang busy tapi i likeee..Tahun ni tak buat konvoi raya ke Ipoh @ Bota @ Teluk Intan yang sepatutnya i buat hari ni dengan Ema,Anne,Romong n Elina..sebab plan cancel last minutes...

Kepada Anne..sorry sangat cancel..nanti balik Ipoh roger je..jangan nak tunggu raya tahun depan sangat..Deepavali ada cuti lagi..kita akan jumpa lagi...

Kepada Moon..aku terharu ko amik cuti banyak tahun ni tapi kita still tak jumpa.Plan kelam kabut memang cam tak sedia set 1,2,3....jangan mogok tahun depan nak amik cuti sikit..selamat pulang ke Sabah esok..take care.. :)

Kepada Ema..raya tahun ni kejap je..plan banyak terganggu..nanti kita jumpa gossiping lagi.. :)

Kepada Ineh..terima kasih bersusah payah datang kerumah dari Teluk Intan nun disana walaupun jem bagai...

Kepada adik beradek,sedara mara dan kawan-kawan..yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memeriahkan acara hari raya tahun ni..terima kasih.Semoga ukhwah fillah terjalin selamanya...

Eh..i dah rasa entry kali ni macam bertukar kepada entry Salam Perantau edisi Anugerah Baju Raya Popular..I dah habis bagi ucapan.

Sekian.

Sunday, September 20, 2009

Event Hari Raya Pertama

Penat Penat Penat tapi best..........
hari ini hari raya yang pertama...seperti biasa adegan kunjung mengunjung di buat pada hari ni. I awal-awal pagi lagi dah ready nak pergi kubur atok.Agenda wajib yang di buat sejak atuk meninggal 3 tahun yang lalu.Then kitaorang balik rumah dan buat acara salam bersalaman..ni yg i tak tahan sangat nih..sob sob sob.Sedih bila part salam2 ngan mak n ayah mintak maaf , tetiba time minta maaf i teringat kadang-kadang mak ajak i keluar pergi pekan tapi i malas. I tau mak kecik hati sebab dia kena keluar sorang-sorang. Sebab tetiba i teringat, mak ajak makan sama-sama tapi i taknak sebab i nak main facebook, i tau mak kecik hati sebab makan sorang-sorang. I tau..i tau..i tau..tapi i buat..sebab itu i rasa sedih lah bila part salam-salam tadi. Saya insan kerdil... T_________T

Seperti biasa raya tahun ni i buat konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah rendah.Ni tak pernah miss buat setiap tahun n tahun ni maybe tahun ni tahun last i dapat buat macam ni sebelum kawan-kawan i bergelar cik puan cik puan.Konvoi raya tahun ni meriah sikit sebab kitaorang g banyak rumah n planning cantik tak kelam kabut macam tahun lepas.......

Hari ni memang busybee banyak!!! Memang ramai orang datang rumah i arini...Sampai petang pun tak habis-habis lagi orang datang rumah i...Mostly kawan adik-adik i n sedara yang dekat...

Esok kami balik kampung @ Kedah...hoyaaaaa!!!

Wednesday, September 16, 2009

Melankolik 1993

To All blogger...pon pon..posmen datang bagi kad raya..sila baca!!

Hai,awak apa khabar?Saya Khabar baik.Raya ni tahun ni awak ada baju berapa pasang?Saya ada baju warna oren dengan hijau.Raya tahun ni awak buat kuih raya tak?Saya buat dua jenis kuih raya je.Nanti datangla ke rumah untuk raya.Boleh kita kutip duit raya sama-sama.Ok,sampai sini.Bye!

Pecah Kaca Pecah Dam,
Sudah Baca Harap Simpan


Dari
Anis Diyana Binti Halim
Kelas 2 Ikhlas
1993

Pelayan Request Tegar

Malam ini i seharian dengan gigih nya meng'approve'kan segala request yang ada di FaceBook.I memang seorang yang lambat sikit nak meng'approve'kan segala requests melainkan Friend Request.Jari i sekarang pun dah lenguh meng'klik'kan semua request yang i tengok hampir 200 kesemua nya...

Kepada semua peng'request' , terima kasih bagi baju raya lip lap lip lap, kuih raya nyum nyum sedap, kad raya besar-besar...confirm raya sakan lah i tahun ni sekiranya i cakap..NAK YANG REAL PUNYA..save budget plak tu kalau semua yang dapat ni jadi real...facebook ni memang mengancamlah!!

Kepada peng'request' FarmVille, Barn Buddy, Restaurant City......i tak approve sebab mood i nak main game sebegitu tak timbul lagi walaupun pernah la pada suatu hari, i g explore jap farmville....tapi i still tak berminat pada aktiviti yang memerlukan kegigihan yang mendalam ni..

Ini request dari mira...tag tag tag tag.. i nak buat sekarang sebagai seorang Pelayan Request Tegar malam ini...

01. Bekas kekasih saya adalah :
coit!!soalan ni tak nak jawab boleh....dah cakap..Dr Miang

02. Saya sedang mendengar :
Bunyi Tv


03. Mungkin saya patut:
Makan supaya lebih gemuk


04. Saya suka :
kacau Langeskumar..student saya

05. Sahabat-sahabat baik saya :

sahabat di waktu susah dan senang saya..

06. Saya tak paham :

Kenapa saya apply Biasiswa KPM dulu????

07. Saya kehilangan :
Gincu LOREAL !!!

08. Ramai yang berkata :
saya cikgu...haha

09. Makna nama saya :
Anis - Yang Mesra ~weet*weet~
Diyana - Agama ~aminnn~

10. Cinta itu adalah :
membahgiakan jika adanya kejujuran

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang :
Meraba....Haha...saya musykil dengan ayat di suatu tempat tu...

12. Saya akan cuba :
menjadi yang terbaik dari sebelum ini..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sampai bila-bila..

14. Telefon bimbit saya :
Sony Erikson K 800i

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya pikir apa yang perlu di selesaikan hari ni...

16. Saya paling meluat apabila :
Dia kutuk saya tapi last2 dia buat jugak....

17. Pesta/Parti adalah :
best tapi buang masa..banyak buruk dari baiknya..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
tenggiling..ni tokwan jumpa time kecik...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sebelum habis belaja

20. Hari ini :
saya nak buat kuih raya!

21. Malam ini saya akan :
tidur awal..tapi sekarang pun saya tak tido lagi..

22. Esok pula saya akan :
pergi sekolah ada Majlis Tadarus

23. Saya betul-betul inginkan :
iphone 3gs..ngan SLR..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya rasa kulit saya kusam..need treatment!!

.25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli-belah

26. Makanan Barat atau Jepun :
barat

27. Bilik yang terang atau gelap :
gelap

28. Makanan segera adalah :
benda yang jarang makan

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
Kak Ngah nak online ke malam ni??

30. Tag ini datang dari :
http://writetomira.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Bumi Perak bergolak lagi.HaHa.First entry sudah buat ayat tak nak kalah.Ok.Begini ceritanya...
Kawasan kediaman i bedentam dentum bunyi mercun semalam.Gara-gara projek i ngan paksu n acu untuk main mercun belakang rumah.Siyes memang best.

Sebelum itu,sedikit fakta tentang acu n paksu
Acu dan paksu merupakan sepasang merpati dua sejoli yang telah berkahwin sejak 5 tahun yang lalu tapi masih belum dikurniakan rezeki baby.Tambahan sikit,kalau ada siapa yang tahu cara nak dapatkan anak selain kaedah 18SX,sila bagitau i.Sebab i kesian kat acu n paksu,dah macam2 cara diaorang guna tapi masih tidak berjaya.

I dan acu memang berkawan baik sejak kecil.Main sampan,mandi parit,tangkap pepatung,kejar kambing,tangkap ikan dan banyak lagi lah perkara-perkara yang kampung girl buat , i buat secara jemaah dengan acu n acik di kampung.Owh..acik pun mak sedara i.Kami suka geng ber3 time kecil.Kehidupan sangat fun tak payah nak cakap lah.Sampai i rasa , bermain play doh sangat lah tidak menarik dan memboringkan ketika itu......

So,paham-paham sendiri la macam mana rapat nya i n acu walaupun acu dah berkahwin,masih lagi melakukan aktiviti-aktiviti secara bersama.

Kembali kepada cerita.~TING!!~
Semalam acu n paksu datang umah i untuk berbuka bersama.After berbuka, i terus bergegas ke tusyen dan masih lagi tidak mengetahui tentatif program yang telah dirancangkan pada malam ini....

Setibanya di rumah, i dah nampak mercun atas meja.Tapi ni macam mercun baru i tak pernah main lagi sebelum ni.Mercun terhebat pernah main sebelum ini adalah mercun bola.Itupun adik i yang baling sebab i memang penakut nak baling tapi suka la nak join dua kaki orang main mercun untuk memeriahkan keadaan.TANPA ANIS PASTILAH TIDAK MERIAH...hakhakhak

Bila semua dah ready,paksu yang memainkan peranan sebagai hero dan i.acu n kak ngah memainkan peranan sebagai penonton memulakan aktiviti masing-masing.Memang best ah i cakap bila tengok mercun yang style ala merdeka tu meletup.Cantik sangat corak dia,tapi gambar i tak sempat nak snap banyak sebab terkejut sikit tiap kali mercun tu bunyi....

Paksu kata,malam ni hanya testing...nanti malam raya,banyak lagi yang akan dipertontonkan buat penonton setia macam i.Tak sabar nak tunggu malam raya.Pasti fun juga nanti.I nak main bunga api dan mercun pop je....erkkkkkkkk?????


~ini cantik~



~ini pun cantik~









Sunday, September 13, 2009

Hati Yang Di Kocok Kocok

Peristiwa hari ni betul-betul membuatkan hati i dikocok-kocok.I tidak sangka sama sekali hari ni hari ni autobots twins calar,calar dan calar lagi!!

Kes pertama, autobots twins mendapat kecederaan time i bawa kereta g Kajang.Time tu salah kereta proton yang parking juga.Eh,bukan.Salah i.Salah i sebab tak reti parking ditempat yang sesak ditambah dengan gangguan hujan lebat,last2..autobots twins jadi mangsa.

Kes yang kedua, berlaku di rumah sewa i sendiri di Kajang,bila autobot twins i dihentam oleh seekor kancil kecil tidak bertanduk secara tidak sengaja oleh housemate i pada satu malam.Ini bukan setakat calar,remuk kemek memek terus badan autobots twins sampai i pun jadi shame-shame nak bawa pergi kuliah pada masa itu...

Tetapi dua kes ni dah berjaya di setelkan oleh pegawai polis Anis yang bertindak tegas pada masa itu tapi cool cool walaupun hati i ni memang di kocok kocok tengok autobots twins yang remuk kemek memek tu. I dengan hati yang tidak tenang nya pergi mencari bengkel kereta di pekan Bangi lama dan kedua dua kes di atas berjaya di selesaikan.Lepas tu,i dah rasa proud kembali dengan autobots twins.Sampai parking pun i suke buat bersepah sepah je.Ok,ni salah i...

Kali ini memang salah i.Tadi , i tempatkan autobots twins sebentar bersebelahan dengan benteng sementara i membeli belah di kedai Pak Cik To'ki.Bila i nak balik, i masuk gear 1 n suddenly i stuck!!Wa..autobots twins dah melekat kat benteng sebab i parking dekat sgt!!

I dah mula cuak-cuak.Orang ramai dah mula usha-usha i yang tersangkut.I dah gelabah dan i tau bila i gelabah i tak boleh bertindak dengan waras.Haha.I dah tau,i memang tak boleh nak keluarkan kereta tu tapi orang yg lalu hanya usha-usha, tunjuk-tunjuk kat kereta i yang tersangkut dan orangnya juga yang tersangkut dalam tu.Sampai i pun naik malu. T________T

Akhirnya,i rasa bantuan kecemasan memang diperlukan.Dari i terus mencuba untuk mengeluarkan kereta yang tersangkut, i tau ,itu hanya burukkan keadaan. I pun cepat2 buka tingkap kereta n panggil segerombolan mamat muda yang kebetulan lalu sebelah kereta i..~weet*weet~..i cakap..'tolong..saya dah tak reti nak keluarkan kereta ni'...

Berkat usaha mamat muda , kereta i berjaya di keluarkan dan menjadi tarikan. Siap ada makcik berdiri sebelah kereta i cakap 'ini cikgu kan..habis la esok bawa kereta calar pegi sekolah'..serius..i malu dan i taknak tengok sekali pun kesan calar tu sampaila i balik rumah. saya sedih yang teramat..... :(

Esok,i nak bangun awal..i nak cuci autobots twins n i nak polish calar tu sampai hilang..agak2..boleh ke tak??

~Kisah Dahulu...dah hilang~



~Kisah Sekarang.....harap hilang~

Saturday, September 12, 2009

Bila Iron Chef Kena Sampuk

I hari ini semangat betul mau main masak-masak.Umpama iron chef terkena sampuk.Dia dah lupa bahawasanya dia tu hebat, masih nak masak over-over lagi.HAHAHA.Ini tak lawak.


Niat i pada petang hari ini,pada mula nya nak masak Masak Lemak Ketam dan pada malam nya nak buat Biskut Short Bread.I dah semangat betul keluar pekan nak cari bahan-bahan,tapi perempuan semangat betul ini,memang semangat sampai dadih pun dia beli, agar-agar pun dia beli, laici pun dia beli. Memang macam nak buat kenduri lah!

Hasilnya.....

Ini Masak Lemak Ketam. Ini i masak memang secara niat. I memang niat untuk memasak ketam buat pertama kali sehingga di tengah jalan i hampir berputus asa untuk membuang kulit ketam. Berkat dorongan mak setelah anak dara mula emo emo..i berjaya juga.Yes.Yes.yes.



Ini masakan tanpa niat.I takde niat pun nak buat Puding Laici pada hari ini.Tapi bila i tengok agar-agar sexy sangat terjual di kedai sampai i pun tergoda nak beli, i pun buat lah masakan tanpa niat ini.Skill untuk membuat Puding Laici tak payah di sangkal lagi.Ok,ayat ni macam riak.Tapi sebenarnya, i memang suka masak agar2, puding dan juga kek.Sebab senang.Walaupun rupanya buruk tidak terangsang langsung untuk makan, tapi bila i makan tadi, bagaikan di suntik dadah puding ini, i terasa nak makan lagi lagi dan lagi....

Ini lagi satu masakan tanpa niat.Memang i takde motif langsung nak buat agar-agar merah ni.Pada mulanya, i berniat untuk membuat agar-agar pandan.Tapi di sebabkan i malas nak keluar rumah amik pandan di laman, i hentam sajalah....Agar-agar ini takde siapa lagi nak makan.....




Ini dadih.Ini i taknak cerita panjang.Ini pun i masak juga arini tanpa niat. I masak sebab i rasa 'sedap ni makan dadih sambil tengok tv '.....



I benda terakhir yang i buat lepas tu i surrender dah tak nak masak.Sampai Biskut Short Bread yang i niatkan nak buat pun i dah rasa tak feel dah nak buat sebab i tengok peti ais i hari ni dah penuh di sumbat dengan benda benda ni...

Masak dengan penuh bernafsu memang macam ni.Sampai i pun tak tahu, i masak banyak-banyak ni,siapa yang nak makan? Kat rumah dah la tinggal i,adik fatin mak n ayah je.Nasib baik benda-benda ni boleh makan esok dan esok dan esok lagi...

Harapan i sekarang, harap semua benda ni habis dan tidak membazir.Kalau tak,mungkin Iron Chef kena sampuk ini sedikit sentap sebab makanan dia tak laku...

Thursday, September 10, 2009

Jangan Sedih Hari Ini

Hari ini , i berbuka dalam keadaan tertekan.I depress gile ah bila i gi bazar tadi, i tengok takde pun pakcik To'ki sengih-sengih dekat i hari ni. I sentap.Kenapa pakcik To'ki tak meniaga hari ni.I dah pusing bazar sebanyak 2 kali, takut-takut pakcik To'ki berubah tempat.Tapi siyes, pakcik To'ki memang tak ada hari ni. Tapak warung dia,digantikan dengan orang minta sedekah takde tangan,tadi i tengok. I try tanya dekat students i yang kebetulan lalu depan warung tu. I tanya..." Ada tak nampak pakcik jual kuih tako yang warna putih balut ngan pandan "...tapi students i cakap.... " Ntah la cikgu,tak nampak pun,pakcik jual murtabak adala...". Ok, sekarang students i nak promote pakcik Murtabak plak.Tapi i tetap TAK NAK!!


****************************

Hari ini, i berbuka puasa di masjid sempena Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk PMR dan SPM anjuran pihak sekolah.Sekali selama 23 tahun okeiii.Ni 1st time i buka kat masjid.Pada mula nya i memang tak mau pergi.Tapi bila pikir, apa salah nya. I pun join walaupun time nak pergi hati i berat,sebab i hampa tak dapat berbuka dengan Kuih Tako dengan Cendawan Goreng yang ayah buat.

Selepas Solat Terawih, i dengan tergesa - gesanya balik ke rumah sebab mengharapkan Cendawan Goreng ada lagi.Nasib baik ada lagi, i rasa lega sikit.Takde la i nak craving terhadap 2 jenis makanan hari ni.

*****************************
Sebenarnya entry ini i tujukan buat Pakcik To'ki.Memang betul kata Zai petang tadi , kenapa i tak mintak je no fon Pakcik To'ki.Boleh dia buat delivary tuk i tiap hari kat rumah tanpa i perlu bersusah payah nak tawaf pekan. Tapi sekarang, Pakcik To'ki dah takde, macam mana i nak mintak no fon, bertukar resepi dan minta delivary?How?How?How?. I dah try usha warung2 lain yang jual kuih,serius takde sorang pun yang jual Kuih Tako melainkan Pak Cik To'ki.
Kepada Pakcik To'ki,saya dengan ikhlas hati nya berharap anda membuka warung pada esok hati. Ini harapan bukan amaran.....
Yang Ikhlas,
Anis Peminat To'ki....phewittttt :)

Wednesday, September 9, 2009

Ini Kisah Pakcik To'ki

~Ini Kuih Tako.Nama glamour Kuih To'ki~

Heh.Pagi-pagi lagi i dah mensidai gambar makanan di dalam belog.Ini taktik untuk mengghairahkan nafsu makan namanya.Semoga puasa hari ini tidak terjejas.Kuih ini bernama Tako.Nama macam nak tiru penyanyi To'ki.Kulitnya putih macam kulit i.Ok,itu tipu.Sebab i hitam..serius i hitam manis.Dah-dah..ni masuk part annoyink...

Itu introduction.Tak perlu di perkenalkan lagi.Kita masuk kepada karangan isi yang pertama.Okeh.I berlagak seperti cikgu BM sekarang sedangkan kalau i ajar,pasti akidah students i sebab BM i pun tunggang lenggang....

I bukanlah penggemar makanan. ( Ececeh..tetiba ).I tak reti la nak demand nak makan Mee Goreng Mamak Sebelah Panggung pleaseeeeee...Putu Mayam Depan Kedai Gambar pleaseeee...Char Keow Tiau Buluh Kuning pleaseeee.Owh,itu nama glamour untuk makanan di tempat i.Rasanya memang terangkat.Family i yang datang dari jauh pun,sebelum balik mesti nak makan Pasembur.Beli la banyak2 bungkus.Macam esok tiada lagi untuk Pasembur.I memang suka pergi beli.Sebab tukang jual dia,jejaka mamak hensem.Serius hensem ala2 pelakon Arjun Gempal.Eh,Arjun Rampal.Tapi bukan setakat jejaka mamak saja hensem.Pasembur tu memang sedap la wa cakap sama lu.Sekarang i bertindak seperti Duta Jalan Jalan Cari Makan.Kalau korang datang ke tempat i,mesti i belanja Pasembur Sebelah Panggung SEBUNGKUS nak buktikan ni fakta bukan auta....

Ok,back to the point.I nak cerita pasal Kuih To'ki.Eh,Kuih Tako.Bukan Pasembur Sebelah Panggung.I tak suka makan Pasembur.Sifat peribadi i,i jarang untuk craving-craving ni.Maybe usia kandungan belum mencecah 0 hari.Jadi i macam tiada nafsu sangat terhadap makanan.

Tetapi...

Sejak 19 hari kita berpuasa nih,i sangat-sangat lah craving terhadap Kuih Tako.Sampai i rasa,hidup i tidak sempurna tanpa To'ki.Eh,Tako.Tiap-tiap hari,after balik sekolah,i sanggup untuk menyesakkan diri di Bazar Ramadhan yang sesak semata mata nak beli Kuih To'ki yang berharga 2 ringgit.I sanggup nak pusing-pusing satu pekan semata mata nak cari parking demi kasihku terhadap To'ki.Kalau dah 7 kali i pusing,i nekad,i nak kutip je 7 biji batu di tepi jalan,baling je kat mana-mana kereta yang sedang parking.Tapi setakat ni..i tawaf pekan tak pernah lagi sampai 7 kali.Tapi kalau suatu hari kejadian ini berlaku,memang i buat.Ok,ini amaran buat pengunjung bazar yang berkereta!

Kuih ni rasa dia manis- manis juga.So,tiap hari i isytihar kan i berbuka puasa dengan kuih ni dulu berbanding kurma.Owh,kira ok la.Sebab rasa dia manis kan.Kan berbuka puasa dengan benda manis tu sunat.Maka di benarkan juga membuka puasa dengan Kuih Tako dulu berbanding kurma.Ini fatwa i reka.Kalau salah korang jangan ikut sebab i tak nak jadi Nenek Pin,nanti i duduk di langit nanti...

Time awal awal berpuasa dulu,i beli kuih ni seringgit dapat 3 je.Tiap ari i beli Kuih To'ki seringgit.Pergi bazar pun semata mata Kuih To'ki seringgit.Sampai pakcik jual Kuih To'ki tiap hari tanya kat i "Beli seringgit je? "..i mesti jawab " Takut tak habis "..sebab kat rumah i,i sorang je yang nak makan kuih ni..Sampai lama-lama pakcik tu tak tanya dah soalan kat i,tapi time i beli dia asyik cakap "Takut tak habis ye..." Eh,pakcik ni...Hahaha.

Namun sejak akhir-akhir ni,i dah mula meng'up'kan mata ganjaran terhadap pakcik ni.I dah tak beli Kuih To'ki 3 seringgit.tapi i upkan kepada 7 dua ringgit sebab i perasan sejak akhir -akhir ni,ayah n kak ngah dah mula menyebuk nyebuk untuk makan sama kuih ni.Kalau i beli 3 mana cukup!Tak puas seh...

Sekarang,bila i datang ke warung pakcik jual Kuih To'ki.Dari jauh lagi i nampak pakcik tu sengih-sengih.Mesti dia cakap dalam hati "Yes,berjaya aku goda budak ni beli kuih 2 ringgit ".Tapi i tak kesahlah sebab kuih ni memang sedap dan i suka.Kalau la jejaka hensem jual Pasembur tu anak teruna pakcik jual Kuih To'ki,mesti i akan cakap hari ni jugak kat pakcik jual Kuih To'ki......"Boleh saya jadi menantu?"

Entry ini tiada penutup.Sekian.

Tuesday, September 8, 2009

Entry Suspen Dot

~besday i , tiga haribulan november.ini publisiti.i tak nak cakap lebih..~weet*weet~

I sedang mengira hari sekarang...... Tik Tok Tik Tok

Menunggu Disember datang...

I ada satu impian yang di impikan..dan i harap akan di capai Disember ini

I ada satu mimpi,yang di mimpikan...dan i harap akan di capai Disember ini...

I sedang menghitung hari sekarang...

Tik Tok Tik Tok

Oh Disember..cepat lah kau datang!!Dah tak sabar menanti ni....

~amaran penulis : ada rasa suspen tak dengan entry ni.Kalau takde,tolong buat-buat ada...i paksa ni.Hahahaha ~

Monday, September 7, 2009

Belog Ini Cacat Ke?

~kenapa hensem n cantik sangat ni??~

I adalah seorang blogger yang baru berusia setahun jagung setengah.Ok,ini ayat mukadimah.I rasa macam ayat nak buat karangan je.So baik kita straight to the point. T_______T

Sejak menjadi wanita bekerjaya , pakai heels selalu, berbaju kurung dan berkebaya selalu, ( macam over ) i jarang dah nak update blog.Sehari nak buat entry punya la banyak bagai,itu i dah jarang buat.Kadang-kadang takde entry pun dalam sehari.Kalau u oll,nak tengok i punya entry panjang-panjang sampai baca pun tiada nafas,tunggulah di hari cuti.Kalau u oll,nak tengok entry i dalam sehari ber'entry'-'entry'.Tunggu la time cuti.Sebab konfem i akan buat sebab i memang free. :)

I rasa blog i tidak sempurna lah.Sebab blog i..

Tiada Labels Pada Blog
Sebenarnya i memang malas nak labelling blog ni.Sebab kadang2 perasaan i macam2.Kadang i rasa sedih tapi lepas tu i dah bley happy gelak sakan.Sebab tu i rasa labelling macam tak sesuai untuk i yang kadang2 suka buat entry double meaning nih.Owh,macam ada unsur2 saving di sini. :)

Tiada Hiburan Pada Blog
Sejak i bertukar dari My Heart kepada When The Girl Talks,i dah takde niat nak letak hiburan berunsur kerohanian jiwa ( Alhamdulillah di bulan yang barakah ini,i sangat ingat Allah )..eh..i takde niat nak letak kan lagu rock dangdut ataupun pop yeah yeah dalam blog ni macam nak tunjuk i tengah rasa fun sangat.Jika di My Heart,i suka letak lagu.Siap main tukar2 lagi secara bulanan, Sebab dulu i jiwang.Ekk..bukan sekarang pun sama ke?Hahaha.Kepada pengunjung, ( eceh..sekarang i buat belog i macam mini market pula )..harap maaf dengan ketiadaan lagu hari raya di belog i sempena raya yang bakal menjelang ( erkk..ada yang requst ke?takde-takde ).Kejadian ini amat penulis kesali. T________T

Alang-alang menyeluk pekasam,biar la i cerita sikit.Kenapa i berpindah randah macam nomad dari My Heart ke When The Girl Talks... ( padahal baru setahun jagung setengah memblogging tapi dah nak eksen pindah2 )

1. Sebab itu belog cinta.I wujudkan belog itu atas dasar kecintaan i.Tapi setelah Dr Miang berubah hati pada Dr Gatal Kurap Di Badan,i rasa belog itu harus ditutup atas dasar keemosian yang tinggi.

2. Sebab i mahu membina kehidupan atas hati dan perasaan i sendiri.Sebab i tak nak kehidupan lama mempengaruhi i lagi.Sebab itu i rasa menukar belog seolah bertukar ke kehidupan yang baru dan itu i berjaya buat...

3. I buat belog baru atas desakan ( ayat ni macam over ) k,i tukar.I buat belog baru atas saranan my best n good fren TYA.Dulu i depress sket setelah cinta i selama 8 tahun jatuh ke tangan Dr Gatal Kurap Di Badan, sampai i memang tak nak pedulikan belog langsung. Tapi saranan kawan terbaik berkata, menulis belog dapat menghilangkan depress,i try lah buat n it works!!Kepada girl-girl yang depress,tiru macam saya...Sedikit sisipan.Terima kasih kawanku TYA

4. Sebab i sangat mencintai kehidupan single ladies dan sudah lama meninggalkan kehidupan double heart yang lalu.Sebab i sudah meninggal,eh bukan i yang meninggal.Sebab My Heart i sudah istihar meninggal,jadi i taknak ingat dah tentang kehidupan yang lalu dan i'm totally happy bersama sama blogger sekarang sebab i dah mula rasa ianya lebih menggembirakan dari kehidupan i yang dulu.( eceh..sekarang i puji blogger pulak. T____T )

I rasa i dah buat entry double meaning sekarang.Sebab itu labels di dalam belog i amatlah tidak di galakkan.Ini bukan cacat,tapi i have my own reasons untuk belog i.Our Blog Is Our Right!!!Eh,tiba-tiba entry di akhiri dengan semangat sampai tanda seru pun i letak sampai 3!HAHA







Sunday, September 6, 2009

Keguguran

~menuju ke destinasi..yeay..yeay : siti nurhaliza berkata ~

Petang tadi i mengalami keguguran jantung.Tolong sambut.Jantung i da gugur.T______T.Ini gara cerita Final Destination 4,sumpah bikin jantung sakit ja i tengok cerita ni.

Cerita sakit jantung ni memang menarik.I dah tengok Final Destination 1 and 2,i rasa Final Destination 1 lagi buat jantung i gugur.Siap i kutip-kutip balik jantung yang dah terjatuh.Memang sangat terkejut lah.Sampai i mandi pun ingat Final Destination 1 lagi,i takut tiba-tiba malang tak de bau datang kat i time mandi.Cis,hantu sungguh!

Tapi bila i tengok Final Destination 4 ni,i taklah takut sangat.Tak heran pun.Eh,kenapa i berlagak sangat ni.Hahaha.Riak!Cuma i sakit jantung dalam cinema jela.Mati dalam keadaan ngeri.Siapa yang tak takut,tiba-tiba tengah bercakap,mata tersembul keluar.Siapa yang tak takut,tiba-tiba tengah basuh kereta kat workshop,air bley keluar banyak2 sampai nak lemas.Siapa yang tak takut,tiba-tiba tengah lepak kat cafe,lori datang hentam.Mati plak,siap hancur 1 badan.Perghhh..memang gugur lah jantung macam ni.

Tapi cerita ni tak datangkan kesan efek yang banyak sangat dekat i macam Final Destination 1.Sebab tu i cakap,i tak heran pun.Balik rumah i masih boleh mandi lama-lama lagi.Takde takut2 pun.Wah,tu memang best lah.I memang suka mandi.Eh,tetiba plak...

Eh,ada 1 benda yang i suka dalam cerita ni.I suka style rambut Lori,heroin dalam cerita ni.Macam cunlah.I nak tiru style rambut macam ni,tapi rambut i dah pendek sekarang sebab demam hari tu,i potong pendek rambut i.Ok,simpan niat,simpan rambut,simpan duit, nak rambut macam Lori.

I memang suka tengok benda2 yang cantik.Perempuan cantik pun i suka tengok.Mesti dalam hati nak cakap..cantik nya dieee.I suka lah.Bestnya jadi perempuan cantik.Semua orang nak tengok termasuk Anis Diyana pun teringin nak tengok.Rambut cantik pun i suka nak tengok.Apa-apa jela,asalkan cantik.I memang suka nak tengok.Lelaki cantik pun i suka tengok.Haha.Ini macam pelik-pelik.Tapi lelaki cantik pun i suka tengok juga.Asalkan jangan aww awww.Itu i gelilah!

Adess..i rasa macam hari ni semua nak gugur jela.Tengok cerita thriller,jantung nak gugur.Tengok gadis cun dalam cerita,hati pun nak gugur......Keguguran kah i?HaHa

Eh,nasihat terakhir.I rasa cerita ni tak bley tengok di bulan puasa..sebab banyak sangat pompuan pakai bikini n seksi-seksi.Leleh oo...Habis pahala puasa i tinggal separuh.Final Destination 4 punya pasal la ni!Eceh,tetiba....

**********************

Iklan Jap.....


~ini Lori Milligan.Heroin cerita ni.Rambut dia cantik.Dia pun cantik macam pontianak teran sembelit.Ini Facebook cakap~

~di bawah ini Anis Diyana.Dia tak cantik.Tapi dia bukan pontianak.Dah stop.Keluar sekarang!!Haha~

Saturday, September 5, 2009

An Evening With Gadis-Gadis

Petang tadi i selamat berbuka puasa bersama gadis-gadis.I suka lah guna perkataan gadis-gadis macam ni. Rasa macam eserehe....

I dah lama tak keluar dengan kawan-kawan sekerja i.Sekali sekala bila macam ni i rasa fun juga walaupun i rasa sedikit penat di akhir acara bila berjalan secara over di bulan penuh barakah ni.Tapi i still rasa fun...sampai i rasa dah lembik2 tak larat nak jalan pun ada.Mencabar sungguhla keluar time perut lapar ni!

Acara yang bakal menjadi acara tahunan ini,di adakan di Jusco Perda.Yeah,i tahu.Kalau tahun ni dah start berbuka bersama-sama,maka tahun depan pun akan berbuka bersama-sama jika cikgu-cikgu ni masih lagi bergelar gadis-gadis.

Kami berbuka di Johnny's Restaurant sebab i dah craving sangat dengan steamboat untuk seminggu yang lalu.Time i buka puasa dengan kawan2 sekolah rendah i last week,kami ada juga order steamboat.Tapi sumpah tak sedap.I rasa menyesallah!

I rasa ini majlis berbuka puasa i yang terakhir bersama rakan-rakan untuk tahun ini.Thanks to all my frens dari primary school ke secondary school sampaila ke workmates yang sentiasa meng'fun'kan hidup ini..Kawan tu bestkan!


Entry ini kelihatan penat sebab i tengah penat sekarang.Layan gambar jela!

~ini gadis-gadis...eh apsal gambar steambot ni???~


~ini steamboat....ah apsal gambar gadis-gadis ni??~


~ini kak bani ..eh..apsal gambar keow tiau sup ni?~



~ini anis..eh apsal gambar tom yam ni??~



~ini niza..eh..apsal gambar nasi ni??~


~ini zai..eh apsal gambar nasi ayam ni?~


















Friday, September 4, 2009

Today Is Saturday

Yeay!Hari ni hari Sabtu.Cuti!!!!!!.I dah plan macam-macam nak buat hari ni..


  • I bley tidur puas2 tapi apsal lepas sahur sampai sekarang i tak tidur2 lagi nih..OK..akan buat lepas ni!
  • I nak cuci baju kerja...sejak hari Selasa tak basuh ni....
  • I nak cuci autobots twins....dah 2 minggu tak basuh ni.Jangan hujan sudah hari ni.Kalau tak i memang tak nak buatlah!
  • I nak cuci toilet...ini memang i suke buat...Ntah ape2 ntah kerja yang aku suka buat nih...
  • I nak berbuka puasa dengan gadis-gadis di Jusco Perda hari ni...
  • I nak makan hari ni..opsss puasa

********************

Sehingga jam PC i menunjukkan pukul 1.45 sekarang,i dah berjaya buat

  • I dah tidur pukul 9 pagi tadi bangun semula pukul 10.Cis..i rasa tak puas langsung pun...
  • I dah berjaya mengambil alih tugas makcik dobi...
  • I tak jadi cuci autobots twins...ayah i dah cuci semalam.Mungkin dia dah rasa sakit mata tengok autobots banyak sopak di dada.Cis,tak seksi sungguh!!
  • I tak bersiap siap lagi nak pergi Jusco Perda.Hari ini i ada majlis berbuka puasa yang dinamakan An Evening With Gadis-Gadis.Wah,retro sungguh nama acara ni!!Petang ini i keluar dengan bakal model-model NUR ruangan pendidik corner edisi Jun 2010.Sudah lama tidak keluar secara berjemaah macam ni.I rasa fun sikit tapi apsal i tak siap2 lagi ni??.
  • I tak makan-makan lagi sampai sekarang.I dah mula rasa lapar nih.....

Ok..i mau siap..will update dis belog later..

Mencari Yang Hakiki

Mode : Jiwang-jiwang ( sila baca dengan penuh kecintaan )
Back ground song : Nur Kasih - Yassin

Setiap minggu i tak sabar menantikan hari Jumaat.I sekarang sangat addicted dengan Nur Kasih.I dah jadi followers tiap minggu.Sampai i tak pergi terawikh hari ni.Astagfirullahhalazim...
Minggu ni I makin jatuh cinta dengan Remy Ishak.I rasa malam ni i tidur mimpi Remy Ishak lah.Owh..Remy..i love you!!Ini tak agak-agak.Tapi i tak kesahlah!I memang dah fall in love ni....

I rasa bahagia dengan penuh kecintaan yang mendalam jika i di tempat Nur.Di kasihi dan di miliki oleh seorang lelaki yang hidup berlandaskan islam.I sangat suka lah dengan perubahan Adam sekarang.Bisa mengimamkan i di dalam solat.Jika dia suami i,itu memang i bahagia lah....

Ditambah dengan muka yang hensem,lagi la bisa menggugurkan jantung i.Adess..dah nak gugur ni.Tolong sambut.I rasa i dah jatuh cinta dengan Adam la.Eh,Adam plak...tadi Remy.Kenapa ramai sangat yang perlu jatuh cinta ni??Haha

Tadi,tiba-tiba i emotional sikit.Tiba-tiba i jadi emosi bila i tengok kasih sayang mak adam dengan nur.I dah cakap,mesti i bahagia bila i dikurniakan bakal ibu mertua yang penuh kasih sayang dengan i.Ini juga i nak wish untuk future.. :)

Tapi i juga macam kesian dekat Aidil.Cinta tidak berbalas.Memendam perasaan terhadap Nur.Susah-susah sangat,masukkanlah watak i di akhir cerita.Jadi isteri Aidil pun kira oklah.Tapi i nak pakai nama Sofia.Tak nak la Anis.Haha....

Jap..jap..i nak tulis surat cinta jap lah.I kan dalam mode jiwang-jiwang sekarang.Untuk bakal suami.Siapa2 jela.I tak de calon lagi.Tapi sekarang i wish Adam...HaHa...

Adamku...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benar aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku punya kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, Adam..pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,sering tergelincir dek ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku..
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.

Adamku,
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca. Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa buat bekal ke jalan Allah. Ingatkanlah aku untuk tunduk,hormat dan patuh padamu setiap waktu... Tolonglah aku Adam agar aku tidak buntu,bantulah aku agar aku tidak buntu. Selamatkan lah aku dari api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Bawalah aku ke jalan Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku bias menjadi srikandi solehah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus Siti Khadijah,sezuhud dan sepatuh Rabia’tul Adawiyah,sekuat iman Sumayyah,seikhlas dan semurni hati Halimas Saadiah,serta segagah dan seteguh Nailah al Farasyiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Semoga aku mampu menjadi hiasan terindah dalam hidupmu Adam,kerana seindah hiasan adalah wanita solehah

I jiwang kan .. Tiba-tiba i rasa malulah buat entry jiwang-jiwang macam ni...~dah blushing-blushing ni~ .


Thursday, September 3, 2009

My Name Is Anis Diyana II


~ini mak comel2..mak cakap dia gemuk tapi comel juga ( tiba2 mak di tepi menyampuk cakap..bukan gemuk..tapi berisilah!!slim world..sila amik mak jadi duta! )~

I sangat bersyukur mendapat ibu yang comel-comel.Melahirkan bayi-bayi yang comel dan membesar menjadi gadis-gadis yang comel.Itu i rasa bersyukur walaupun kamu kamu dan kamu rasa annoyink.HaHa.....

I juga rasa bersyukur di berikan nama yang comel.Anis Diyana....

Dulu, ketika di sekolah rendah, i sangat tidak suka dengan nama i sendiri.Serius!Sebab nama i bermula dengan nama A.Kalau ada adegan cucuk BCG, check gigi , ujian PAFA , ujian lisan,mesti i yang kena dulu dalam kelas.Sampai i penah menyumpah nyumpah dalam hati,kenapa la mak i bagi nama i bermula dengan huruf A dan i memang bertekad ketika kecil kalau i ada anak,i akan letak nama bermula dengan huruf Z supaya anak i tak senasib dengan i nanti.Ini macam tak boleh blah, kecil2 lagi dah berangan nak ada anak.Tapi i memang nekad sangat takkan memperjudikan nasib anak dengan meletakkan nama bermula huruf A ketika itu....

Tapi bila i tanya dekat mak,kenapa letak nama i Anis Diyana.Mak cakap,dulu time i lahir,Puteri Diana tengah glamour.Sebab mak i syook habis kat Puteri Diana,sebab tu mak i nak letak jugak nama anak sulung dengan Diana.Nasib baik time tu mak i minat Puteri Diana, kalau mak i minat Dian Sastrowardoyo time tu,mesti nama i jadi Anis Dian Sastrowardoyo.Owh..tidak!tidak!tidak.Dan i wish sekarang,kenapa Angelina Jolie tak berniat nak jadi artis time i lahir dulu,kalau tak mesti i request dah kat mak i time mak i nak letak nama i dulu,letak nama Angelina Jolie.Dengan nama samaran Angeli.Ini memang geli geli.

Sekarang,i dah rasa proud dengan nama sendiri.Tak kesah lah dengan Angelina Jolie,sebab nampak macam geli-geli sikit.Nanti orang tak nak kawan ngan i sebab bibir i tak seksi.

I ada 1 nama idaman.I suka nama Sofia.Sejak kecil i impikan nama i ada letak Sofia.Sampai i pernah nak request kat mak nama i di changekan kepada Sofia.Tapi mak cakap itu muktamad.I rasa sangat sedihlah time tu.Sampai sekarang i tetap dengan keputusan i.I sangat sukalah dengan nama Sofia.Sebab i rasa Sofia tu orangnya putih..tapi i kuning2,sebab i rasa Sofia tu orangnya lemah lembut...tapi i ..gelak pun dah tak ayu dah.Sebab i rasa sofia itu cantik....tapi i rasa i ni tidaklah can..mmm..ini tak mahu komenlah!HaHaHa.I tetap nak letak nama Sofia.Ini memang confirm!

Hey Shepia...
Malam ini ku takkan datang..
Ku cuba berpaling sayang..
Dari cintamu...

Walau bagaimanapun,i masih masih dan masih mencintai Anis Diyana.Thanks to my parents nama kan i dengan Anis Diyana.Tidak Noto Noto atau pun Geli Geli.Ini mesti buat i malu nanti.....Isk..Isk..Isk..

Wednesday, September 2, 2009

My Name Is Anis Diyana 1

~gugu gaga sasha~

Tadi i baca kosmo.Pembacaan ilmiah di pagi hari.Sasha Saidin bekas anggota kumpulan Elite dah berjaya menimang cahayamata.Tahniah!Anak pasti putih macam mak.Eh..eh..bapaknya putih juga gituww.Mesti anaknya bisa putih putih jugaa.Apsal tetiba i nak ngomong indon nih..

Sebenarnya i tidak tertarik langsung dengan anak Sasha.Haha.Sebab i tidak pernah sekelumit jantung pisang sekali minat dekat sasha.Tapi i rasa pelik-pelik lah dengan nama anak dia.Adam Arya Senna Salyo Notosoemarsono.Perghh..gila kau!

I rasa pelik-pelik lah dengan nama pelik-pelik.Tak tahu nak panggil mana 1.I rasa yang paling best panggil noto.Sebab ala2 kedengaran macam naruto.Itu macam fun.Tunjuklah macam hero sket.T________T

Noto oh noto..selamat lahir ke dunia!Jadi anak yang baik2 ya!

Tuesday, September 1, 2009

Entry laju-laju

~ini anis diyana..eh..bukan bukan..ini megan fox~



Semalam i update belog tapi streamyx buat hal.I taktahulah kenapa lembab sangat streamyx malam tadi.Mengalahkan siput belaan mak dara!

Entry ni i nak tulis laju-laju.Serap kuasa ultra superman jap sebab i dah nak g sekolah kejap lagi tapi still nak mengbelog kan diri.Belog itu menariklah!

Kejadian histeria dekat sekolah berulang lagi semalam.Sekarang baru i tau,hantu pun bekerja di bulan puasa.Bila hantu nak minta mc ni?Sebab i pun dah tak larat nak layan karenah students yang histeria dekat sekolah ni.Macam mental retarded pun ada i tengok.Cian.....

Students pun makin mengganas sekarang.Semalam sampai siap pecahkan kereta pengetua.Nasib baik kereta pengetua berketurunan masterpiece.So,bila students naik panjat2 kereta tu macam main dekat playground,masih tak kemek2 lagi i tengok.

Hari ini i rasa i kena jauhkan kereta i dari kawasan students.Bahaya.I taknak autobot twins i menjadi mangsa keadaan.Nanti megan fox sedey nangis2.Ok,anis dah nak start annoyink.Dah..soh..soh..g jauh-jauh...

Owh hantu...bila kau nak sakit?Amik lah mc di bulan puasa.Itu je i nak cakap..kan ni entry laju laju...

PHD IS A LONELY JOURNEY