Small Gathering

~its me~

Seperti puasa tahun lepas,tahun ni my schoolmates ada organize Majlis Berbuka Puasa.Dis year,buat kat Ipoh.Tahun lepas dah buat kat Taiping..so dis year giliran warga Ipoh plak jadi organizer.I kadang2 rasa bertuah mempunyai sahabat yang tidak lost contact sehingga kini.I rasa melayang layang lah.Rasa best....

Ikut plan awal,kami mahu berkumpul bersama-sama di Masjid negeri pada pukul 6.30.Tapi ikut plan akhir,pukul 6.30 i masih berada di Taiping tengah menjadi CrazyTaxi pick up Romong, Faiz n Acik sampai i pun naik crazy bila tengok jam tinggal beberapa minit nak berbuka puasa.Ini semua Facebook dadah punya pasal lah.Kalau i tak main facebook,mesti i cepat...Kalau i tak jadi pengomen unggul di facebook,mesti i dah cepat..Kalau i tak explore game farmville kat facebook,mesti i dah cepat..err..errr..sebenarnya..Kalau i tak lembab,mesti i dah cepat.Kah Kah Kah.Gelakkan dia!.I sebenarnya memang ada problem timing!Salah i bukan facebook.Ok..i ngaku sekarang sebelum facebook tutup account i akibat murka.Pandai2 nak tuduh facebook ya....

Selepas bersolat amik berkat di Masjid Negeri,perut i mula terasa berdendang berdentum sampai i paksa2 my frens suruh cepat bergerak ke restoran sebelum i menjadi emo akibat lapar.I kalau lapar i tak bley bercakap,i malas bercakap dan takkan bercakap.Owh,itu mogok namanya.Sebab I lapar tak kira!!

Credit to organizer tahun ni,acap n ema sebab tidak membiarkan perut i lapar to the fullest.Lega bila perut yang lapar tidak dibiarkan lama2 sebab makanan sudah siap terhidang bila kami sampai di restoran......

Next agenda yang takde dalam tentatif tapi memang akan di buat kalau gather ramai2 adalah main bowling.Rase fun juga sebab i dah lama tak main.Tapi name pun main bowling,bukannya lawan bowling..so i tak rasa stress pun bila bola i menuju ke longkang tapi bukan itu yang i harapkan.I harap,bola i menjadi yang panggil unggul sekali.Bisa menjadi bola striker tapi i tak tahu apa kelemahan bila cubaan i asyik tak menjadi.Ok2..i mengaku lagi sekali..i memang lemah bermain bowling tapi skill i makin meningkat.Jika dulu point i macam cendol,tapi sekarang point i sudah macam cincau bila i dah dapat skor lebih 50.Tu pun i dah rasa terror.I proud dengan diri sendiri.Haha...

Secara peribadi...

I suka perhimpunan khas bersama rakan-rakan sebegini.Sebab bak kata Puteri..'muda hanya sekali,yang penting kita enjoy!'..Ntah apatah kaitan kat sini i tak tau..tapi lebih kurang itula maksud i.Kita kena enjoy bersama rakan sebelum status bertukar menjadi double.I tak sukalah sebab dah ramai nak jadi double sekarang ketika i masih lagi single.Eh,apsal tetiba emo ni?ok..kita stop sekarang!. T__________T

~antara yang hadir~



Comments

LUVLYDIYANA said…
alo..dah buat..organize la majlis berbuka yang lain plak...nanti leh join.. :)
Salam...

Bestnye...

nanti nak wat gak lah dgn mmbr2 lama...

Cikgu anis... Bla nak blanje sy plak...
hehe..

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar