Pahala Puasa Ku Zero

I keluar berjalan jalan lagi hari ini.Sangat syurga i rasa bila tidak kerja sampai i rasa nak request cuti sekolah dilanjutkan selama seminggu.Tolonglah Muhyidin!

Hari ini i bercadang untuk shopping raya.Pada mulanya takde dalam plan pun nak shoping raya hari ni,tapi bila i tengok semalam saiz baju kurung yang bersaiz paling small dah makin habis,i naik risaulah pulak bila i buat shopping last minutes nanti takde saiz yang sesuai buat i.So,i rasa i perlu perlu perlu dan sangat perlu untuk shopping raya hari ni...

Jadi i pun mengajak Zai untuk teman i shopping bersama sama hari ni.Adik i , Fatin pun nak ikut i juga last minutes,i kesian so i ajaklah dia sekali...

Setibanya kami di Taiping Sentral, i dengan semangat nya pergi mencari baju raya yang di idamkan.Pada masa yang sama,i berniat juga nak beli baju raya untuk mak n ayah i sebagai tanda ingatan pertama kali beli baju raya untuk mak n ayah sebagai gadis yang bekerja.Sambil i mencari baju raya di Taiping Sentral , i ader dengar bunyi bising2 di kawasan center court.Tapi DJ yang bercakap berbahasa cina.I tak paham so i buat tak heranlah.....

Bila i turun dari escalator, i mengusha ke pentas utama kawasan center court untuk membusy bodykan diri apa yang kecoh2 sangat dekat Taiping Sentral ni.Bila i usha ke pentas utama,i tengok ada penari cina tengah seronok menari dengan pakaian punya la seksi sampai serius i cakap i nampak die punya underwaterworld yang berwarna kuning.Iskk...tak senonoh betul di bulan puasa macam ni...

I ingat persembahan tu berakhir di situ saja.Tapi di sambung pulak dengan persembahan dari group yang lain dengan berpakaian seksi juga,hanya menutup bahagian atas dan berskirt..so bahagian pusat tu terdedah la. I tengok keadaan sekeliling dan i terpandang seorang lelaki melayu yang leka sungguh tengok persembahan tu sampai mulut dia ternganga.Ini betul i tak tipu....Ah,malu ah kau orang melayu di bulan puasa macam ni...

Dalam hati i macam marah juga sebab tak menghormati bulan puasa.Tunjuk persembahan yang seksi2 dan menggiurkan macam ni.Dah la i terrrrtengok kejap tadi..memang kene deduct la pahala puasa i.... ( jika i berpuasa.. )

Bila i dah penat cari baju raya tapi tak jumpa2 pun di Taiping Sentral,i pergi merayap sebentar ke Tesco....

I ingat hanya di Taiping Sentral saja yang ada free show.Tapi rupanya di tesco pun ada free show tak berjemput juga i tengok.Ada sepasang couple melayu berjalan depan i,mulanya main berpegangan tangan.Setelah puas berpagangan tangan,then dah malarat sampai nak peluk2 pinggang adegan manja anis menjadi saksi.

I rasa puasa,jika i berpuasa hari ini,pahala puasa i tinggal zero bila tengok aksi menyeksakan dan menggiurkan di siang hari.Sampai meleleh air liur cik abang nak usha penari separa bogel di bulan puasa ni.Astagfirullahalazim...

Owh,esok i baru nak start berpuasa setelah 10 hari tak puasa.Ini i cakap betul.I harap i tak ada lagi menyaksikan tarian separa bogel supaya puasa dan aksi manja manjaan supaya pahala puasa i tidak tinggal zero.I tak mahulah!!

Comments

salam...

ye la kan cikgu anis...

bulan puase pon diorg ni wat x senonoh...

bulan2 lain ape lagi lah...
huhu...

Ni la peranan cikgu...
hehe...

Mendidik anak2 bangsa...
menjadi insan yg berguna...
Liz said…
lamenye cutiiii
Monkey D Luffy said…
hmmm

raya nanti blh ler bertemu kat taiping sentral kan
queenlyana said…
owww cikgu eh dia.
Best2.. cikgu Anis.
HEHEHE

Ni baru de masa nak datang intai blog you.
Keep in touch yeh..!
LUVLYDIYANA said…
wandy : mencabar oo nak mendidik tu..
liz : i cuti dr start 1st puasa..
kapten : ok je...
lyana : ok..still keep in touch..i ske belog u..hihi

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar