Wednesday, August 5, 2009

Aku BAHAGIA dan TAMAK

~gambar tiada kaitan~

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".

Alhamdulillah,i baru saja selesai bersahur untuk berpuasa sunat nisfu syaaban.I bahagia.T_____T.Eh,tetiba plak.Ok,Ok.I bahagia berpuasa di rumah sebab i pasti akan bersahur dengan makanan-makanan yang menyelerakan sumpah best sekali.I bahagia berpuasa di rumah sebab i pasti akan makan secara berjemaah bersama keluarga.I bahagia berpuasa di rumah sebab i tak payah nak bangun awal nak prepare makanan.I bahagia berpuasa di rumah sebab i pasti akan bersahur dengan nasi.I bahagia.Eh,ini bahagia sebab kerja mudah or malas?Owh,i kurang pasti.HAHA.Tapi yang pasti nya,pada zaman dahulu kala,di zaman students duduk umah bujang indah sekali,i kadang2 bangun secara bersiri bersama housemate untuk berpuasa.Itu pun kalau masing-masing terjaga sebab most of my housemate tak bersahur tapi makan sebelum tido.Kadang2 i pun tak sahur juz bangun untuk minum sebab i rasa sumpah tak best sahur sorang2 dan macam thriller ah bangun n masak sorang2 awal pagi untuk makan sorang2.Ah,tak best.Sebab itu i suka berpuasa di rumah sebab feel itu lain.Feel itu best.Takde rase keciciran sangat.....Macam looser ah makan sahur sorang2.Tak best.

I rasa best sekarang.I rasa best sebab i ada family yang best.Walaupun kadang-kadang i tak suka bila abang dan dik ee balik tapi suka main gitar,main game n main kereta control tak baca buku sebab diorang nak PMR n SPM tahun ni sumpah i tak suka sebab i tak nak diaorang tak dapat result berwarna warni tidak membanggakan ibu dan bapa yang penat bekerja.I kesian kalau result exam keluar tapi keputusan mendukacitakan.dan ALHAMDULILLAH...itu masih belum berlaku pada keluarga i sehingga KINI dan harap berkekalan.AMIN.

I rasa family i best sebab mak i memang memahami.I boleh keluar rumah tanpa roadblock.Dan I boleh keluar rumah tanpa syarat mahu pulang sebelum maghrib atau matahari terbenam sebab i tau aktiviti i mesti kadang2 berakhir paling lewat pukul 9 atau pukul 10 malam.Jadi i tidak rasa terganggu dan terkongkong dengan family i.I rasa best.Dan i pulak sehingga KINI masih tidak menyalah gunakan kebebasan yang di beri.Hanya sekadar berlibur bersama rakan takde la kau sampai tahap nak curi-curi g clubbing mentang-mentang mak kau sempoy.Ah tidak.Nauzubillah.Sebab tu i rasa best.

I tahu cara didikan mak.Mak bila time i kecil2 seperti bayi.Memang akan pampered 100% sampai kalau kau nak g asrama pun mak i takkan benarkan balik secara jemaah bersama rakan sebab mak i kata takut tak sampai.Tapi bila dah besar panjang,tinggi lampai,dan pandai menilai,baru mak i akan bagi green light pada banyak perkara.Yes..yes..i suka.Perlu aplikasi kepada anak kelak..Pasti anak bahagia macam i bahagia jugak.Ececececeh.

I memang rasa best sekarang.Sebab i rasa best sampai tak terupdate entry berminggu minggu.Padahal semua tahu itu alasan palsu.HAHA.I tak update bukan sebab i looser kering idea sangat tak boleh update blog.I nak buat 7 entry semalam pun bley kan.Mesti nak cakap i riak tak boleh blah lantak engkaulah.I tak update sebab i sentiasa update blog blogger2 yang lain.Kalau yang tulis panjang ala karangan bertaraf SPM lagi lama masa i amik untuk baca satu blog.Tu baru satu..belum lagi blog2 lain sebab 1 malam i baca berblog blog.

'Kera di hutan disusukan,blog sendiri di abaikan'

Itu rahsia nya....I mungkin dah bertukar status sekarang dari blogger kepada silent reader tapi sekarang i nak dua-dua status gile ah tamak.Senang i menyusukan kera dan blog sekali.HAHA

Ades..ader binatang masuk telinga.#$%$@!.....Stop here.Nanti malam i tulis lagi sebab i kan tamak pegang title dua-dua.TAMAK.Eh..kan dah cakap.. :)

4 comments:

MIRA said...

bpe kli mau ckp i bahagia daaa

Azwandy Bin Muhamad said...

salam..

Selamat berpuasa ye cikgu anis...

LUVLYDIYANA said...

mira : tu nak tunjuk aku betol2 bahagia la..

wandy : selamat berpuasa..posa tak?

Azwandy Bin Muhamad said...

puase... puase setengah ari je... Sebab kelas dr pagi sampai tghari... Full.. huhu...

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI