Friday, July 10, 2009

Ini Semalam Punya Cerita

Pada hari ini...i telah mengadakan satu pertandingan fashion show di sekolah.Ok REJECT.Itu sebenarnya impian tak jadi.Dah siap buat paper work semangat dengan cogankata yang berbunyi 'Beauty And Pride' yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan bagi menunjukkan semangat One Malaysia..tapi masih di reject sebab tidak bagus untuk kehidupan students...eekkk...i hampa...students juga harus tahu erti kecantikan bukan.musykil.musykil.musykil.I rasa itu lebih baik dari i suruh my students bergaya ala JLO @ Tyra Banks..haha..mesti la lagi di reject.ish...kick my aasshhhhhhhhh....REJECT....

Dengan semangat yang tabah lagi membara..i teruskan semangat berkobar kobar sambil memegang bendera sekolah..Owh..dramatik sungguh..macam filem Sarjan Hassan pulak i rasa..ok..i nak cerita i semangat disini.So,i involve pulak untuk jadi 'teacher in charge' bagi program bulan Bahasa di sekolah.

Apakah itu program bulan Bahasa?Bulan bahasa merupakan satu program yang diadakan pada bulan ini iaitu bulan Rejab ( lebih afdal..islamic sikit ).Bulan ini bukanlah seperti bulan seribu bulan.Tetapi hanya diadakan pada satu bulan sahaja.Kalau seribu bulan nak buat bulan bahasa.Confirm esok surat resign sepanjang 4 muka surat i hantar kat bilik pengetua bertulis mogok lapar taknak ajar Bahasa Melayu lagi.I'm mathematics teacher dan juga IRISH..yang bermata hazel berbulu mata lentik....i cannot speak malay..mana bley ajar Bahasa Malayyyyyu..tapi biasala..isu kekurangan guru,guru IRISH tetap juga diperlukan.Argh..tak habis habis i nak cite pasal mata hazel kan.Nyampah.Tak..tak..I suke ulang-ulang cakap kalau benda tu i suke.I suka bermata hazel.So..layan kan je la....heh..

Guru- guru yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar bahasa.Apa sahaja bahasa yang diajar di sekolah..boleh join..bahasa tamil..english..malay..chinese german..france..russian..kadazan ..dayak dan juga murut..asalkan mengajar bahasa.Tapi disebabkan sekolah i bukan International School yang mempunyai kepelbagaian pelajar..maka hanya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sahaja terlibat.Semua guru yang terlibat telah di agihkan kepada bahagian masing-masing dan i terlibat dengan program 'Peribahasa'.

Seperti semangat nya seorang guru muda yang yoyo oooo.Begitulah juga semangat nya students i.I ingat tiada sambutan.Rupanya bagai pisang goreng mak limah yang di jual panas-panas.Terasa seperti Lisa Surihani harini bila students ramai datang menyerbu bagaikan wartawan berasak asak sambil berkata

' Cikgu,nak masuk pertandingan'

Takpe..cikgu tak kecewa dengan layanan sedemikian.I paham kehendak pelajar masa kini.Yang amat mementingkan pembelajaran dari hiburan.Uceh.Tidak seperti i dahulu..suke membuat koleksi majalah Remaja hingga sanggup sorok belakang locker dari membuat koleksi Buku Latihan Zoom Biologi terbitan Sasbadi cetakan Kedua.Ahhh..tak suke bio yang biol....Sampai sekarang i tak suke dan juga doctor.Lebih spesifik..Saya Benci Doktor Laki yang MIANG.isk..ader adegan emosi air mata plak di sini.Dah..dah..lap balik.

Menyedari sambutan yang begitu hangat,i pun dengan pantas membuka kaunter pertandingan dengan menyediakan kotak yang berisi peribahasa dan peserta perlulah mengambil kertas peribahasa di dalam kotak dan memberikan maksudnya.Pemenang akan di kira berdasarkan seberapa banyak maksud peribahasa yang di jawab dan pelajar yang tidak dapat memberikan maksud peribahasa yang betul akan di reject secara lemah lembut dari pertandingan.Sebab i tak menjalankan pemerintahan diktator,bagi pelajar yang kecundang dalam pertandingan,i akan memberi kata-kata hikmah A Samad Said..'Cuba Lagi Ok'..well....

Meng'handle'kan pertandingan ni buatkan i rasa boring di hati disaat pertandingan dijalankan ..bila nak tunggu sorang2 students jawab n bagi maksud peribahasa,itu adalah sangat yang paling menguji kesabaran.Owh..ader ciri-ciri tak ikhlas sikit kat sini sebab i pikir i tak semayang lagi time tu dan i suka bersembahyang asar sebelum pulang ke rumah.Sebab kalau balik rumah baru semayang..lewat sangat.i akan rasa pahala tak banyak semayang hujung waktu..Dah la semua jawapan kebanyakan peserta yang masuk itu betul.So terpaksa la seorang students pun jawab lebih kurang 5 minit.Sampai i sendiri yang tak larat.Then berkata.'Take a break..ya'.........

Pukul 6.30 kaunter pertandingan di tutup.I rasa lega sebab i dah boleh balik.Namun panas kusangka hingga kepetang rupanya datang students lagi.Berlari lari datang memanggil i dari jauh.

'Cikgu..tunggu..kami nak masuk'

Dan i pun menjawab

'Ala...cikgu dah tutup kaunter dah.Sekarang pukul berapa? ( pura-pura tanya)
'Pukul 6.30 cikgu'

'Mmm..takpela..ader lagi 5 minit..kite boleh buat' ( kesian....)


Maka pertandingan pun diteruskan dengan penambahan 4 orang peserta lagi dari kelas Peralihan.Dan kehadiran 4 orang peserta yang terakhir ini benar benar mencuit hati i buatkan i rasa nak teruskan lagi pertandingan ini tapi hanya untuk students kelas Peralihan saja.yang lain...NO Entry!!Dah tak larat nak tunggu... :(

Tibalah saat peserta pertama mengambil peribahasa di dalam kotak
'Ok,apa peribahasa yang kamu dapat?'
'Cubit Paha Kanan,Paha Kiri Terasa Juga'
'Mmm..apa maksud nya?'
'Manusia ada dua belah tangan.Tangan kanan dan tangan kiri cikgu'
'Ala...salah la jawapan kamu..Cuba Lagi Ok.Panggil kawan kamu lagi sorang' ( Dalam hati i dah tergelak sikit tapi control.. T_________T )

Peserta Kedua
'Bacakan apa peribahasa kamu dapat?'
'Nasi Sama Di Tanak, Kerak Di Makan Seorang'
'Bagi tau saya apa maksud die?'
'Makan bersama sama keluarga cikgu'
'Salah la..cuba lagi ok...' ( Dalam hati i dah tergelak sikit sikit )

Peserta Ketiga
'Apa peribahasa yang kamu dapat..sila baca?'
'Nasi Sudah Menjadi Bubur'
'Apa maksudnye?'
'Makan nasi bersama bubur cikgu' ( Time ni i dalam hati dah gelak banyak )

Peserta Keempat
'Bacakan peribahasa kamu..'
'Hanya Jauhari Mengenal Manikam'
'Apa maksudnya?'
'Johan dan Manickam berkawan baik.Mereka tinggal bersama sama'

Bila sampai peserta last.Sumpah i dah tak bley control.I tak cakap pun cuba lagi..i cakap..

'Jom la kita balik..dah lewat'

Tapi i gelak...HAHAHA. :P

2 comments:

LazyGenius said...

uh..uh..uh..aku pun suke ayat last tu..panadai dia bagi sama perkatan jauhari = johan, manikam = manickam..n ending yg bagus sbb diorang berkawan baik..maklumlah..one malaysia..

yOnnA said...

omg! HAHAHHA> sumpah lawak ah budak2 ni. boleh bantai je maksud peribahasa tu!

PHD IS A LONELY JOURNEY