Monday, July 27, 2009

Entry Yang Terlambat



I kira2..sudah hampir seminggu i biarkan blog dalam keadaan terabai.Dah banyak post i nak tulis,tapi asyik masuk dalam kotak draft je.I macam tergoda dan taksub layan comment2 di FB dan blog sampai ngantuk.Dan kadang2 penulisan blog terganggu bila kawan2 i menegur di YM walaupun i sudah invi tapi naluri kawan sgt kuat.Sebab itu i sayang kawan2 i.Dah2,tak payah nak touching2 kat sini.HAHA.Kesudahannya baru tulis sikit entry dah masuk draft.Hallamak...

I ada beberapa cerita yang i nak cerita dis week tapi tak jadi..cancellation.

1. Kawan Kahwin : I dapat berita lagi kawan i nak kahwin hujung tahun ni.Kawan i time UKM dulu.I dah lame tak contact die.Tgk2,dah nak kahwin.Laju macam bullet train btol perkembangan kawan2 i nih.Ntah2 ader yang dah jadi mak buyung tapi i tak tau.Lagi dasyat kalau i call cakap tengah menyusukan anak kembar.Heh.Dasyat gile perkembangan kawan2.Tapi naik ngeri bila yang kawin mostly sumenya best frens eva after.Waaa..tak nak tinggal sorang2.Baru i tau..tak best rupenya perasaan bila best fren kite kawin....

2. Calamine Lotion : I ader terjumpa satu penemuan terbaru buat para-para gadis.Mm,mak gadis kalau terlibat dengan masalah ni nak cuba jugak pun i sarankan.Sangat sesuai tak kira samada mengandung ataupun tidak.Ok,begini kisah penemuannya...2 bulan yang lalu,i menghadapi masalah jerawat dengki yang mula menular di bahagian pipi.Kenapa i cakap jerawat dengki..sebab sebelum ni muka i tidak di hinggapi sebarang jerawat tapi sejak i tukar produk pencuci muka murahan kepada Face Shop,muka mula menunjukkan tanda2 jerawat itu hodoh sekali i benci!I pun berusahala kembali kepada pencuci muka senduduk putih yang hanya terdapat di pasaran Bagan Serai.So,jangan tanya kat mana nak dapatkan pencuci muka tak glamour tapi berkualiti ni sebab die tak terdapat di pasaran Mydin ataupun Giant sekalipun.Tiada.Di ulangi.Tiada.Sebab dulu i penah kehabisan stock pencuci muka senduduk putih berkualiti,sampai bangi pusing kajang tak puas hati turun jalan TAR semata mata nak cari pencuci muka senduduk putih berkualiti ( sila pandang perkataan kualiti di situ..itu bagus namanya..hahaha )..sumpah tak jumpe langsung.I cari pencuci muka senduduk putih,ader bagi pencuci muka susu kambing,pencuci muka papaya,aishhhh..bukankah senduduk putih dan kambing tu tak same?Sedikit pun ciri2 senduduk putih tak ada pada kambing.Ciri paling ketara,kambing berbulu,tapi senduduk putih tidak berbulu.Ok.I cakap BULU.Bukan BLUE.18 SX.

Memang benar pepatah gadis-gadis.Jerawat itu musuh utama.I sangat depress bila muka i sudah di naiki juga dicemari jerawat.I rasa depress sampai i rajin tgk movie secara bersiri bulan lalu.I rasa depress sampai i rajin pulak turun Ipoh meet my buddies muah muah,TYA.Takpe..concealer kan ader sebagai penyelamat.Tapi i memang depress bila jerawat timbul di muka i rasa hodoh sekali sumpah tak tipu sampai i mogok tak pakai make up g sekolah until now.Betul i tengah mogok nih.

Bagi mengurangkan rasa depress i terhadap jerawat yang jahat dan hodoh,i stopkan penggunaan Face Shop tak berkualiti itu.Tapi masalah i tetap tak hilang.I try ke farmasi beli ubat jerawat.Hasilnya..jeng jeng jeng.Ok memang ok.I tak nafikan jerawat hilang.Tapi bertemakan chipsmore.'Sekejap Ada Sekejap Tak Ada'.Dah la main cakcilut ngan i,pastu muka i jadi mengelupas,merengsakan dan sangat tak boleh kene matahari.Kalau tak kulit terasa pedih sekali.Disini i dah musykil,tu sebab kesan ubat jerawat or i benar2 dah bertukat irish sekarang?KAHKAHKAH.Dah,tu bukan lawak.Terrrperasan sekejap.Well,gadis2 memang begini. :)

Sehingga pada suatu hari yang penuh barakah,i telah mencuba meletakkan calamine lotion di muka.Tempat jerawat membuat jajahan.Jaga kau jerawat.Aku benci kat kau nih!Calamine lotion adalah sejenis lotion untuk mencegah kegatalan di badan.Bila badan2 i gatal,mak mesti suruh i sapu calamine lotion dan feel die sungguh sejuk sekali bila kena ke kulit dan kesan gatal serta merta hilang sumpah tak tipu.Sebab itu calamine lotion memang sentiasa berada di rumah i.Calamine lotion boleh di dapati secara percuma di klinik kerajaan.Untuk hospital swasta i tak tau sebab calamine lotion kat rumah i,kak ngah yang suka bawa balik dari hospital.Lucky kak ngah nurse.Free.Hihi...

Percubaan i meletakkan calamine lotion di muka sangat berhasil bila i bangun pagi,jerawat hodoh sekali itu sudah menunjukkan tanda2 kecut tanpa i rasa pedih or kerengsaan pada kulit.Takjub.I umpama pharmacist boleh main cipta2 ubat.Pasti bila moon bace entry i dia juga takjub dengan penemuan rakan.


Moon,terror tak?mesti ko kagum rase nak balik Perak cepat2.Oppss..ayat sensor.Perak tak best jangan balik.HAHA.

Kepada para gadis yang memiliki jerawat jahat.Jangan gundah gulana.Jangan tak pakai make up macam depress la sangat.HAHA.Jangan tak g mall sebab shopping itu syurga sekalipun window shopping itu memang syurga.So JANGAN!.TAPI..gunakanlah calamine lotion sebab sangat mujarab untuk jerawat hodoh sekali.Owh,i sangat benci jerawat.Benci.Benci.Benci.Mucukkk..

3. Workload : Last week i bz sikit ngan proses pengauditan yang bakal berlaku di sekolah tapi berakhir hari ni lepas pemantau datang tadi.Yabedabedu!.Everything kene backdated.I kene backdated semua document yang berkaitan kelas dan minit2 mensyuarat,buku rekod yang berkaitan ngn i.Itu saja nak cerita tentang kerjaan.

4. New Layout : I rasa layout blog i sangat tidak menarik.I bercadang untuk menukar kepada layout yang lebih cantik menarik tertarik kau memang da boommm.Tapi masih mengekalkan ciri2 hitam mutu keunggulan.I suka hitam.I likeeee.Walaupun hitam itu hitam pekat dan legap.Tapi i suka.Tambah yakin.Kakak Oprah cakap 'Black Is Basic'.Hitam ini macam melambangkan keyakinan dan juga kecantikkan walaupun orang cakap gadis berkulit hitam buruk.Tapi i tetap rasa manis kerana i bukan gadis berkulit putih.Haha.Jangan boikot i sebab i promote gadis berkulit hitam di sini.Tapi i tak suka kepada kaum Adam yang membezakan perempuan pada warna kulit.Bukankah kecantikan itu terletak pada hati?Isk..isk..isk.

Kaki i gatal kene nyamuk.I kene quit menulis.Eh,ader kaitan ke?Ade..sebab i nak garu kaki guna tangan.HAHA...

Tuesday, July 21, 2009

Warna Warni Kehidupan

Malam ni i semangat dan kembali bermood.Tak best lah kalau i macam tak happy je.Tulis entry pun macam tak ikhlas nak bace pun rasa tak nak je macam nak blah je dr belog ni.Dekat entry plak i rasa macam nak bagi grade A- bila tylis dengan nada yang tidak menarik.Masih dalam ranking A youuuu sebab penulisan di buat tanpa unsur-unsur peniruan.Ikhlas dari hati.. :)

I bukan kate gatal sgt nak kahwin dah tak sabar,gedik gelenyai and jeles kat orang yang dah kawin.Tak ah.Mane de.I ni tak suke nak jeles2 kat orang.Buang masa bagi I.Tapi bila i tengok keadaan sekarang ramai kawan dah kawin dan ramai jugak perempuan2 cun yang tak kawin lagi.I risau kalau i ni termasuk dalam golongan camtu.Paris Hilton,Fazura,Lisa Surihani,Nasha Aziz,Ella.Cun pe.Tapi tak kawin2 lagi.I ni dah la tak seputih Paris Hilton,tak se ayu Lisa Surihani, tak se ramping Fazura,tak se manja Nasha Aziz.Eee...Taknak la kawin umur tua sgt.Nanti hbs tak cun ya awww aww pengantin.Ngeri......But i still believe someone is waiting for me out there..Argh..jiwang plak..cut the crap!

Cerita benda lain pulak...kang angau!

Sejak dua hari ni..semangat i untuk ke masak memasak ala Jamie Oliver semakin membuak buak.I suka masak kek.Serius suka.Eh..biskut raya pun suka.Raya tahun lepas i bley buat 5 jenis biskut lagi dalam sehari nak tunjukkan betapa taksubnya i pada pembuatan biskut raya dan juga kek.Huh,bley buat bisnes kuih raya macam nih.Haha.Tapi i suka buat untuk makan.Kalau orang makan i punye biskut @ kek sampai licin tinggal seredak kemudian request nak lagi.Tu i lagi suke.Konfem i akan buat lagi.tak yah la nak merayu macam buat drama air mata ala2 tengok cerita Pondok Buruk..tak yah..tak yah.Kalau dah habis kan i punye masakan tu..kalau request pasti i rela hati buat lagi.Kalau tak hbs..tetiba nak request lain..hareeemmmmm.Membazir dowh!Next mission.Macam nak masak puding jagung ke,puding roti ke tak pun laksa.Perghh..menarik tu.Sungguh sedap laksa yang disalut kuah yang pekat.Ditabur timun dan juga bawang.Mengancam!!

Tetiba rasa lapar..dah makan dah lewat sangat..perut i tidak berdendang tapi nafsu berkocak.Kek kata...'mari makan aku'..'mari makan aku'

Tinggalkan cerita makanan.Nanti i bertambah lapar.I kan cakap,i cepat tergoda.Entry tulis pasal makanan pun dah mula nak makan kan.%^&%@#* . Patutdah makin berat.Tula..tulis lagi entry berunsur riak 'Saya Sudah Langsing' sekarang i rasa next 2 weeks i kene buat review entry yang bertajuk ' Saya Tidak Langsing Lagi.Full Stop'

Di dalam hati sekarang i nak beli ankle boots.Nak..Nak..Nak....






Wa..kan best kalau bendalah ini disarungkan ke kaki sekarang.Kan best kalau i ader bendalah ni sekarang.Kan best kalau i bley g mall survey bendalah ni sekarang tak payah tunggu weekends.Dan kan lagi best kalau i ader $$$.I boleh pilih secara suka hati.Serius nak.Tak sabar nak memiliki.Queensbay..nantikan aku di sana.I will be there!
Ok..cukup untuk hari ini..i nak out nak sambung workload yang menimpa.Sambil berangan pakai boots di kaki.Phewit.Phewit.Eh,sape ngorat kaki i tu?Haha.

Berita Terkini

My fren..owh one of my best fren time school mates dulu...Cataluna jugak..chatting ngan i di YM tadi dan die bagitau die bakal nak bertunang the end of dis year.Kan..kan..Kan i dah cakap..kawan i ramai dah nak kawin.....


Monday, July 20, 2009

Risau



I risau...



1. I risau bila tadi i call Kema.Kema cerita ramai kawan2 i dah nak bertunang dan bakal berkahwin tahun depan. I risau sebab i masih single lagi tapi kawan2 semua sudah nak kawin.



2. I risau bila kawan2 sudah kawin,I pasti sudah kekurangan kawan untuk lepak , berhibur dan bersuka ria bersama. Mesti dah susah nak ajak kuar. Macam tak best call isteri orang ajak kuar tengok wayang berhibur macam dah terlupa ader suami kat rumah nak makan isteri tak balik2 sebab i ajak g karaoke plak pastu..ngeh2..



3. I risau kalau i tiada jodoh @ lambat kahwin



4. I risau bila i ader impian..tapi i tak dapat capai impian i...tapi benda yang i taknak i dapat...





I risau.....

Saturday, July 18, 2009

Niat @ Nafsu?

Pagi tadi i berNIAT untuk ke klinik gigi sebab i ader appoinment dengan doktor gigi untuk ketatkan besi braces.Sebulan sekali i akan berjumpa dengan Dr Foo untuk ketatkan gigi.Macam dating bulanan pulak i rasa.Tak jumpa pasti rindu rinduan.Tapi i tak penah pun rindu dekat Dr Foo.Apatah lagi untuk Dr Foo rindu kat i kan.Sebab Dr Foo tu perempuan.Kalau die tu laki.Muka ala2 Aaron Aziz,pasti i tiap minggu nak buat appointment sebab nak jumpa Dr Aaron Aziz.Miang...

Minggu ni i pergi bersama dengan Elina.Appoinment i pukul 4.Tapi pukul 3.40 i dah sampai klinik.Sumpah rasa takjub bila i tgk i sampai awal dari waktu yang di tetapkan.Sebab i ni ader masalah timing sket.I memang akan lambat dan suke terrrrrrlambat.Tapi hari i awal 20 minit.Serius takjub.Rasa macam the new moon...

Bila i di periksa..muka apa lagi bekerut kerut semacam.Siap tutup2 mata time Dr Foo ketatkan gigi i.Macam la thriller sangat.Macam Dr Foo cabut pakai playar.Padahal i yang beria ria buat muka macam tu sebab i memang ade sindrom penakut jumpa doktor gigi.Time ketatkan gigi tu,takdela beria sakit sangat.Tapi i je yang beria ria.Tu namenya sindrom penakut jumpa doktor gigi.So AWAS!..kalau muka dah berkerut tu..cuba cek..ntah2 kene syndrom...

Pertemuan i dengan Dr Foo pada kali ini menimbulkan bibit2 cinta sebab sebelum balik Dr Foo puji gigi i bersih n dah makin cantik.Siyes bangga jap.Kepada yang nak jeles tu terpulang la ye.Penat tau i jaga gigi ni nak bagi btol2 hygine.Makan bukan sebarangan.Gosok bukan sebarangan.Kalau tak sabar i rasa dah lame tertanggal braces dari mulut...

Lepas cek gigi tiba-tiba i rasa lapar.Sebab i tak amik lunch lagi sebelum g jumpa dental tadi.So i ngan Elina decide nak makan dekat noodle station.Ok..itu niat kedua.Makan di Noodle Station.Tapi sebelum g Noodle Station..i lalu depan Vinnci dan memang sengaja masuk dalam sebab i tgk macam menarik....Tapi hasilnya....'Sepasang rainbow heels'




Ok..tapi niat masih tidak berubah..makan di Noodle Station

Bila dah habis makan..i dengan Elina bercadang nak g solat.Lagipun macam dah lewat petang.tak baik tuang solat.Allah marah.Bila dah habis solat,kami berniat untuk balik terus.Sebab dah tak ade apa2 nak cari.Tapi dengan sengajanya i masuk kedai menjual aksesori rambut..dan hasilnya...'Sepit bling2'...'getah rambut rainbow' n..'keychain bear sumpah comel sebab tu i beli'..


Ok..ini hasil nawaitu pada hari ini....tadi i niat 3 je kan..nak pergi klinik gigi,makan n solat.kenapa ada byk extra nih..tapi happy!haha

~entry ini ditulis oleh seorang yang tak nak tidur walaupun sduah pukul 3 pagi~





















Sunday, July 12, 2009

Daily 10



Sepanjang menjadi guru dan tinggal bersama mak dan ayah di rumah mak dan ayah serta makan pun masih di dalam tanggungan mak dan ayah..i sedar i mempunyai 10 rutin diri yang tidak boleh di ubah secara godaan bersiri.Walaupun i memang jenis yang suke tergoda.Iklan KFC Cheezy Chikaroni publish kat Utusan pun i boleh tergoda.Rayu ayah sambil buat eyelid kelip kelip suruh beli jugak.Bila dah makan 2 sudu..dah mula perut memberontak kata dah kenyang.Tolak pinggan ke tepi.Terus bagi testimoni kat adik kata 'Rasa dia biasa je..kalau tak caya cubalah' sambil buat ayat riak kat belakang 'Akak pun bley masak camtu...'..Gile ah riak...Nasib baik ader adik yang memang sentiasa percaya cakap kakaknye.Kalau i goreng2 die pun die masih percaya.Sebab itu i sayang adik i soooo muchhhhhhh.Sebab dia selalu membenarkan kata-kata kakaknya.Eh..tidak..tidak..I sayang adik i sebab dia adik yang terbaik buat i...Syukran Jazilan.

Setiap hari 1 ada 10 rutin harian yang sentiasa diamalkan.Tidak termasuk rutin meng'gosok' gigi...tidur dan je berendam di dalam jazuki..Tidak.Tidak.Itu tipu...bilik air di rumah i tiada jazuki.Kolam air pun tak mampu menampung kebesaran badan.Itu i punya wish....nak buat rumah siap ber'jazuki'.Bestnya jadi badak berendam!

10 perkara wajib buat setiap hari...

1. I akan kemas bilik tiap hari.Kalau sibuk macam mana pun i mesti kemas bilik.Sebab i rasa tidur itu saat paling cool sekali.Sebab itu bilik itu kena dalam keadaan nikmat.Semua yang berkaitan bilik tidur harus nikmat.Baru dapat tidur yang nikmat.Kalau sebelum tidur i tgk bilik i berselerak...mesti i kemas dulu baru i boleh tidur dalam kenikmatan.Jap.Kenapa banyak sgt perkataan nikmat di sini.Ok..kita change.Tidur itu Indah.Jadi buat perkara yang indah untuk mendapat tidur yang indah.Bestkan bestkan...bestnyerrrr..Yang Terindah Hanya Sementara.Ayat ni i saja nak letak sebab ader perkataan indah.Dun kill me....!!

2. Saya mesti meng'iron' baju pada setiap hari. Kalau dulu i jarang berbaju kurung.Apatah lagi ber kebaya atau bersari atau bercheongsam.Dah..dah..jgn nak ampu One Malaysia sangat.Dulu memang i jarang berbaju tradisional sebab i lebih cenderung ke pakaian t-shirt n jeans ke kuliah.Kalau ada 1 hari i terpakai baju kurung ke kuliah..mesti ada nak tegur 'Ader presentation ke?'.'Kan ayu kalau pakai macam ni...'.Sumpah tak best kalau ader nak tegur camtu.Rasa nak balik rumah tukar balik jeans.Now.Now.Now.Tapi sekarang i memang wajib berbaju baju kebangsaan ke tempat kerja.So memang wajib i gosok baju tiap ari walaupun kadang-kadang baju tu i dah gosok tapi i tetap nak gosok lagi sebab kalau tak gosok di saat untuk memakai..i mesti rasa baju tu kedut2 burukkkkkk.Ahhh..Perfect Make U Feel Gorgeous.Dah cakap kan..kan...

3. I mesti bancuh milo.Sebab i suka pada temanya 'minum milo anda jadi sihat dan kuat'.Sebab i perlu melalui seharian dengan kuat.Kerana kerjaan ku adalah seberat buku teks Mathematics Sekolah Rendah tahun 1995.Gile ah buku teks dulu.Punye tebal bertaraf kamus oxford dwibahasa.Patut kanak-kanak dulu ramping ke sekolah.I mudah tergoda kan...Milo letak tema jadi kuat pun tergoda.Owh..tak lupa jugak..kadang2 i suka minum milo sambil cicah biskut tiger sebab i tengok iklan budak lompat jauh sungguh kuat sekali.Sebab i suka minum milo tak kira pagi @ tengahari..sebab itu i kurang lapar....sebab tu berat badan turun secara mendadak...kerjaan banyak..minum milo...Eh..tu macam i citer rahsia kelangsingan la plak.Opsss..



4. I akan kemas rumah.Owh..itu pasti.I rasa i tak bley tengok benda kotor @ berselerak.Sebab dalam rumah ni tinggal i n adik i je most of the time..so kitaorg memang dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kebersihan rumah.Lagipun i memang suke balik kerja rumah cun ya aww awww sebab baru jiwa rasa indah.Hati penuh kehappyan.



5. I akan menyapu sampah sambil memasang MTV @ Hitz secara disco.Lantak ah aunty sebelah rumah nak jerit2 cakap..'woi..senyap woi..'..I tak kesah.Gile ah..kalau i buat macam tu..esok mesti datang surat layang dari persatuan penduduk Taman Serai Maju buat aduan rumah no 8,ader anak dara pasang speaker kuat2.Tapi i buat jugak.Sebab waktu pagi sume neighbour i keje.Mane ader siapa2 di kiri dan kanan....Yes..Yes..Yes..bley wat sehati berdansa!



6. I akan layan Mukabuku @ Facebook pada setiap hari.Giler ah FB..memang menarik wat i jadi sasau kalau intenet no connection.Itu belum lagi kalau i meng'join' para petani menanam sayuran di kebun.Pastilah penat mengelap keringat.Dan itu belum lagi i jadi pembawa texi.Pasti byk saman yang di keluarkan.Kalau i join...confirm tak tidur 1 malam..esok g sekolah bawa muka tak siap.Eh..tak perfect.tak bley.tak bley.



7. I'm blogger.So tiap ari i memang akan layan blog yang baru update.Tak kesahla cite itu setakat letak gambar jeke..@ membuat penulisan gaya proposal nak bagi kat lecturer..i tetap layan.Mengikuti kehidupan seseorang i rasa menarik sebab macam boleh open my mind n give me inspired.As long as i tidak bersikap kipochi macam makcik nasi ayam jual depan taman sudah....I rasa baik makcik jual nasi ayam jadi blogger kan.So,boleh die tahu i kuar nak g mane...mane mak i bawa kete...Sambil2 tu promote kan bisnes...Ah..gile ah Anis punye bijak bagi idea bernas kat makcik jual nasi ayam macam ni....HAHA..



8. I macam dah kene sawan download sekarang.Tiap pagi i mesti nak download lagu biarpun dapat 1@ 2 je kat youtube.Sekarang i dah macam dah hampir khatamkan semua lagu PussyCat Doll.After this i nak download Coldplay plah.Owh..sungguh cool...I rasa kalau dah cukup 100 singer @ band i download...i boleh bukak kedai Music Valley depan rumah macam ni.Untung-untung.$$$$$$$$$...



9. Tiap ari i ader appointment dengan sis Oprah pada pukul 8 malam.Biasala..akak glamer..mesti tiap ari kene buat appointment.Giler ah takjub.Tiba-tiba plak Oprah jadi sis i kan.Tapi i memang addicted dengan Oprah Winfrey Show sekarang.Rasa kalau tak tengok dalam sehari tu bley mimpi-mimpi Oprah invite i masuk talkshow.Memang i suke.All her talkshow are inspired me.I juga suka ikut cakap Sis Oprah.Giler ah punye loyal dengan akak sendiri kan.Bneda yang terkini i buat pagi tadi menurit Sis Oprah..'Black Is Basic'..mean..jika anda keliru nak pakai baju warna ape..pakaila warna hitam sebab itu yang terbaik.Dan pagi tadi i buatkan..pakai baju hitam-putih g sekolah.Puas hati.Menawan.....



10. I suka kacau adik tiap ari.I tak bley kalau tak tengok die membebel buat muke songeh.BURUK.Haha.Tapi i suke.Nasib baik ader adik i yang bongsu ni tak masuk asrama lagi.Kalau tak mesti i yang buat muke songeh...haha..



Ok..itu 10 perkara..eh dah nak habis ni tetiba plak i teringat lagu..'Ingat 5 perkara..sebelum 5 perkara'..



Iklan sket






http://kembaraanakjalanan.blogspot.com/





HIHI

Friday, July 10, 2009

Ini Semalam Punya Cerita

Pada hari ini...i telah mengadakan satu pertandingan fashion show di sekolah.Ok REJECT.Itu sebenarnya impian tak jadi.Dah siap buat paper work semangat dengan cogankata yang berbunyi 'Beauty And Pride' yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan bagi menunjukkan semangat One Malaysia..tapi masih di reject sebab tidak bagus untuk kehidupan students...eekkk...i hampa...students juga harus tahu erti kecantikan bukan.musykil.musykil.musykil.I rasa itu lebih baik dari i suruh my students bergaya ala JLO @ Tyra Banks..haha..mesti la lagi di reject.ish...kick my aasshhhhhhhhh....REJECT....

Dengan semangat yang tabah lagi membara..i teruskan semangat berkobar kobar sambil memegang bendera sekolah..Owh..dramatik sungguh..macam filem Sarjan Hassan pulak i rasa..ok..i nak cerita i semangat disini.So,i involve pulak untuk jadi 'teacher in charge' bagi program bulan Bahasa di sekolah.

Apakah itu program bulan Bahasa?Bulan bahasa merupakan satu program yang diadakan pada bulan ini iaitu bulan Rejab ( lebih afdal..islamic sikit ).Bulan ini bukanlah seperti bulan seribu bulan.Tetapi hanya diadakan pada satu bulan sahaja.Kalau seribu bulan nak buat bulan bahasa.Confirm esok surat resign sepanjang 4 muka surat i hantar kat bilik pengetua bertulis mogok lapar taknak ajar Bahasa Melayu lagi.I'm mathematics teacher dan juga IRISH..yang bermata hazel berbulu mata lentik....i cannot speak malay..mana bley ajar Bahasa Malayyyyyu..tapi biasala..isu kekurangan guru,guru IRISH tetap juga diperlukan.Argh..tak habis habis i nak cite pasal mata hazel kan.Nyampah.Tak..tak..I suke ulang-ulang cakap kalau benda tu i suke.I suka bermata hazel.So..layan kan je la....heh..

Guru- guru yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar bahasa.Apa sahaja bahasa yang diajar di sekolah..boleh join..bahasa tamil..english..malay..chinese german..france..russian..kadazan ..dayak dan juga murut..asalkan mengajar bahasa.Tapi disebabkan sekolah i bukan International School yang mempunyai kepelbagaian pelajar..maka hanya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sahaja terlibat.Semua guru yang terlibat telah di agihkan kepada bahagian masing-masing dan i terlibat dengan program 'Peribahasa'.

Seperti semangat nya seorang guru muda yang yoyo oooo.Begitulah juga semangat nya students i.I ingat tiada sambutan.Rupanya bagai pisang goreng mak limah yang di jual panas-panas.Terasa seperti Lisa Surihani harini bila students ramai datang menyerbu bagaikan wartawan berasak asak sambil berkata

' Cikgu,nak masuk pertandingan'

Takpe..cikgu tak kecewa dengan layanan sedemikian.I paham kehendak pelajar masa kini.Yang amat mementingkan pembelajaran dari hiburan.Uceh.Tidak seperti i dahulu..suke membuat koleksi majalah Remaja hingga sanggup sorok belakang locker dari membuat koleksi Buku Latihan Zoom Biologi terbitan Sasbadi cetakan Kedua.Ahhh..tak suke bio yang biol....Sampai sekarang i tak suke dan juga doctor.Lebih spesifik..Saya Benci Doktor Laki yang MIANG.isk..ader adegan emosi air mata plak di sini.Dah..dah..lap balik.

Menyedari sambutan yang begitu hangat,i pun dengan pantas membuka kaunter pertandingan dengan menyediakan kotak yang berisi peribahasa dan peserta perlulah mengambil kertas peribahasa di dalam kotak dan memberikan maksudnya.Pemenang akan di kira berdasarkan seberapa banyak maksud peribahasa yang di jawab dan pelajar yang tidak dapat memberikan maksud peribahasa yang betul akan di reject secara lemah lembut dari pertandingan.Sebab i tak menjalankan pemerintahan diktator,bagi pelajar yang kecundang dalam pertandingan,i akan memberi kata-kata hikmah A Samad Said..'Cuba Lagi Ok'..well....

Meng'handle'kan pertandingan ni buatkan i rasa boring di hati disaat pertandingan dijalankan ..bila nak tunggu sorang2 students jawab n bagi maksud peribahasa,itu adalah sangat yang paling menguji kesabaran.Owh..ader ciri-ciri tak ikhlas sikit kat sini sebab i pikir i tak semayang lagi time tu dan i suka bersembahyang asar sebelum pulang ke rumah.Sebab kalau balik rumah baru semayang..lewat sangat.i akan rasa pahala tak banyak semayang hujung waktu..Dah la semua jawapan kebanyakan peserta yang masuk itu betul.So terpaksa la seorang students pun jawab lebih kurang 5 minit.Sampai i sendiri yang tak larat.Then berkata.'Take a break..ya'.........

Pukul 6.30 kaunter pertandingan di tutup.I rasa lega sebab i dah boleh balik.Namun panas kusangka hingga kepetang rupanya datang students lagi.Berlari lari datang memanggil i dari jauh.

'Cikgu..tunggu..kami nak masuk'

Dan i pun menjawab

'Ala...cikgu dah tutup kaunter dah.Sekarang pukul berapa? ( pura-pura tanya)
'Pukul 6.30 cikgu'

'Mmm..takpela..ader lagi 5 minit..kite boleh buat' ( kesian....)


Maka pertandingan pun diteruskan dengan penambahan 4 orang peserta lagi dari kelas Peralihan.Dan kehadiran 4 orang peserta yang terakhir ini benar benar mencuit hati i buatkan i rasa nak teruskan lagi pertandingan ini tapi hanya untuk students kelas Peralihan saja.yang lain...NO Entry!!Dah tak larat nak tunggu... :(

Tibalah saat peserta pertama mengambil peribahasa di dalam kotak
'Ok,apa peribahasa yang kamu dapat?'
'Cubit Paha Kanan,Paha Kiri Terasa Juga'
'Mmm..apa maksud nya?'
'Manusia ada dua belah tangan.Tangan kanan dan tangan kiri cikgu'
'Ala...salah la jawapan kamu..Cuba Lagi Ok.Panggil kawan kamu lagi sorang' ( Dalam hati i dah tergelak sikit tapi control.. T_________T )

Peserta Kedua
'Bacakan apa peribahasa kamu dapat?'
'Nasi Sama Di Tanak, Kerak Di Makan Seorang'
'Bagi tau saya apa maksud die?'
'Makan bersama sama keluarga cikgu'
'Salah la..cuba lagi ok...' ( Dalam hati i dah tergelak sikit sikit )

Peserta Ketiga
'Apa peribahasa yang kamu dapat..sila baca?'
'Nasi Sudah Menjadi Bubur'
'Apa maksudnye?'
'Makan nasi bersama bubur cikgu' ( Time ni i dalam hati dah gelak banyak )

Peserta Keempat
'Bacakan peribahasa kamu..'
'Hanya Jauhari Mengenal Manikam'
'Apa maksudnya?'
'Johan dan Manickam berkawan baik.Mereka tinggal bersama sama'

Bila sampai peserta last.Sumpah i dah tak bley control.I tak cakap pun cuba lagi..i cakap..

'Jom la kita balik..dah lewat'

Tapi i gelak...HAHAHA. :P

Thursday, July 9, 2009

Serangan Hendap

Hari ini best.Sebab hari Jumaat.I suka Jumaat.Yahooooooo.Com.Sebab i hanya perlu bekerja 4 jam saja sehari.Tak payah nak jerit2 banyak2.Tak payah nak pergi awal sekolah.Tak payah nak semayang zohor kat sekolah.Kemudian susah payah nak touch up balik muka agar sedikit menarik tertarik kau memang da boommm.Arghhh...i tak boleh kelihatan tidak sempurna tanpa secalit bedak ke sekolah.Perfect make u feel gorgeous.WOW!!!dan i tak payah nak buat godaan palsu kat students...'Yang kamu semua sembang kat belakang kenapa?Yang kat depan ni lagi menarik dari sembang kat belakang..'...Tak payah.Tak payah.Tak payah.Sebab hari ini hari Jumaat...I likeeeeeee.....

Ahhh..suke buat introduction entry dengan penulisan yang tiada kena mengena.Kenapa perlu puji hari Jumaat pulak di sini?kan bagus kalau i puji diri yang pandai masak kek sungguh sedap sekali tapi tak pandai langsung masak lauk.kan bagus kalau i puji diri yang bangun awal pagi tadi berbanding hari hari yang lain.HAHA..Annoyed.weeeekkkkk :P

Manusia sentiasa tidak sempurna.Ok,sekarang i bersikap humble pula.Sebab i sedar i ada satu perangai yang cacat suke buat spoil tak boleh blah.I tak suke withdraw duit dan juga i tak suka isi minyak.Tak kesah lah samada minyak kereta ke..minyak motor ke or minyak heli.I memang tak suke.Mungkin i ada sejarah hitam dengan tauke stesen minyak pada kehidupan lampau yang menyebabkan i tak suke nak g stesen minyak.Owh..i sudah lupe..Dulu tauke stesen minyak pernah mengorat i phewiiiit phewittt tapi i reject dengan mentah-mentah berkata..'U tak hensem'....ok...i'm lying..kalau ada tauke stesen minyak ngorat i akan kate..'u tauke stesen minyak ape?i tak pakai Caltex..i pakai Shell'..dengan harapan tajaan minyak free selama setahun...Cis..

Perangai tak suke isi minyak memang terbawa bawa dari UKM dulu.Dulu I sampai kene menolak motor dari rumah ke stesen minyak sebab tak sedar minyak motor dah habis dan Farah menyumpah nyumpah tak nak naik motor dengan i lagi sebab insiden tak de minyak.Ala..lex la Farah..baru cool.Para gadis menolak moto di tepi jalan.Cool kan.Cool kan.Cool kan.Haha..Tak cool pun.. :(

I malas nak withdraw duit sebab i tak suke beratur.Dulu time kat hostel pun i tak suke beratur dan bila time que panjang i suka buat godaan palsu kepada junior ' Adik...akak ader kelas tambahan..cikgu dah tunggu..aka kena amik makanan dulu ye'..HAHA..kesian junior di perkotak katikkan dengan akak yang malas nak que.I tak bley berdiri lama.Nanti otot kaki kejang.Sebab tu i tak suke beratur.Mengada.Alasan tak bley pakai.Sangat malas ok nak beratur.Sebab i tak suke beratur panjang2..lastly bila turn i..'Out Of Services'..or bila i beratur panjang-panjang..dengan orang mengumpat..kutuk jiran sebelah beli kereta baru.Owh...tipikal malay suke macam tukan.Tak boleh tengok orang lebih sikit mula nak kutuk tapi malas nak berusaha.Bila nak maju macam nih???

Pagi tadi i dengan nada kekeringan kerana telah tinggal 2rgt di dalam purse mula terhegeh hegeh mendapatkan bantuan ATM untuk mengeluarkan duit.Tapikan i dah story..mesin ATM memang suke jeolous tak nak bagi bantuan kecemasan kat i time i dah nyawa-nyawa ikan.Dengan tanpa ihsan nye mesin ATM keluarkan kenyataan ' i tak suke u sebab u sombong tak nak kawan ngan i'...eh bukan..bukan..itu luahan hati dan perasaan mesin ATM buat i..tapi untuk kenyataan umum..mesin ATM tulis.. 'Out Of Service'

Owh..i sangat benci bila mesin ATM mula mengkhianati diri.I rasa macam nak tunggu jugak depan mesin ATM sambil merayu rayu..'maafkan i kerana sombong dengan u'..tapi i taknak pulak diri i tercalon sebagai PELAKON WANITA TERBAIK mengalahkan Fasha Sandha.Nanti Fasha Sandha serang rumah i sebab populariti diri menurun.I tak nak..tak nak..tak nak.....masuk paper gambar front page Fasha Sandha tarik rambut i..sangat tak cool ok....Anis kan cool...

I hanya ada dua ringgit di dalam purse sekarang.Masuk kereta minyak kereta pulak macam memberontak nak mintak di isi.Ahh..diam la kau minyak.I isi dengan air nanti baru tau.I dah la tengah ke 'sengkek' an taraf hyper ni.Dah la cinta terhadap tauke stesen minyak di tolak.I tak bley ke stesen minyak sekarang mengisi Autobots Twins sebanyak 2 rgt.Nanti nak makan ape kat kantin tengahari nanti.2 ringgit masih boleh mendapatkan air limau suam segelas besar dan kuih seketul.Baik simpan duit untuk perut.Kepada Autobots Twins..maafkan i ye...Nanti kite serang mesin ATM sebab die yang dengki dengan i arini..sangat dengki..semangat i pergi pagi2..pukul 9 sudah berjalan jalan sambil berlagu riang kerana bakal menjadi rich sekejap..tapi harapan tinggal harapan..die yang jahat ok..nanti kiter serang die ye Autobots Twins..

Sekarang nilai mata wang di dalam purse masih tinggal 2 ringgit.I rasa nak buat mogok lapar kalau petang nanti i pergi mesin ATM tapi masih menunjukkan ciri-ciri tak nak berdamai.Siap kau ATM.Siap kau.Kalau i tak dapat withdraw duit petang ni sebab nak makan Cheezy Macaroni buatan terbaru KFC..siapkan Autobots Twins datang buat serangan hendap.Baru kau tau..siapa lagi kuat sekarang.ATM or Autobots Twins?Senang2 je nak mogok ngn i pagi ni....Jaga..jaga..siap kau..siap!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Goodbye My Fren

Goodbye my friend it´s hard to die
When all the birds are singing
In the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and i´ll be there




~goodbye tya..i will miss our sweet moment together~


TYA....ko ingat tak lagi lagu tu...Time kite menjadi senior yang hot hot dulu...kiter selalu nyanyi lagu tu kan..Season In The Sun.. lagu tema untuk Cataluna 9802 cemerlang..syukurrr...HAHA..tak boleh blah..lawak gile..batch kite sangat glamour kan..sampai ader nama batch gituww..datang sekolah tak payah introduce kite SPM tahun berapa..juz introduce we are CATALUNA..pergh...semua cikgu kenal sampai sekarang..macam berhantu plak i rase name tu.....sampai students sekolah pun tercari cari siapa budak2 batch CATALUNA tu...i rase kite patut buat sejarah penubuhan CATALUNA....n TYA kene jadi die punye pengerusi coz ko yang cipta nama tu kan......CATALUNA 9802....

Kalau ader buku sejarah CATALUNA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka...mesti ader cerita pasal group kite dulu.Tya,Anis,Ema,Moon,Anne,Aida,Paeh,Zura,Wan,Aimi,Farah,Yanti,Elina,Shira.Perghhh..mane de senior yang idea kreatif giler sampai sanggup panjat asrama...tulis2 nama batch kat tangan guna inai....Senior otai betul kite dulu kan..patut kiter glamour.....Tapi yang best..kiter otai..cikgu marah kiter..tapi kite still dapat result berwarna warna..buat orang kagum gituwww.ala..biasala..zaman sekolah..siapa yang tak ponteng prep..siapa yang tak semayang kat dorm..siapa yang tak suke turun masjid lambat..tu TAK BEST..takde kenangan nak cite kat anak cucu nanti...nanti kite bley citer kat anak cucu nanti...'mummy dulu kat sekolah suke ponteng prep duduk dorm sebab mummy malas nak siap g prep pakai baju sekolah'...haha..anak-anak memanggil diriku mummy....terasa seperti IRISH..biasala..mata dah hazel..sponsor by FreshKon..eyelashes dah panjang..sponsor by Elianto ..yerkss...annoyed...

Cataluna dulu memang creative kan..patut kiter di kenang sepanjang zaman.Time sambut birthday TYA dulu pun i tak bley lupe..semangat sambut birthday last2 kene mencangkung tepi longkang kena amik nama sebab nyanyi tak ingat diri macam artis.Ah..kite lupe jemput cikgu tu sekali..weh..dah lupe la name cikgu yang single kuat marah tu....biasala..wanita yang terlebih horman suke emo2 kat kite kan.....Time BBQ pun nak marak..buat birhtday party pun nak marah..biasala...dah nama budak hostel nak cari hiburan..tapi warden suke jeles..memang tak boleh blah...

I suke kenangan time TYA ajar 1 batch menari kat bilik dobi....tapi tu untuk kelas ko jekan..students science buat dikir barat konon....students akaun buat tarian cik Siti..dari dulu Siti jadi idol..patut sekarang sudah macam Siti jugaaaa...

Huh...sangat best ingat kenangan dulu...yang paling best...relationship kite still close dari dulu sampai sekarang..still lagi kuat gossip macam kat bilik Prep dari dulu sampai sekarang..still lagi suke buat orang lagi annoyed ngan kite....still lagi suke hot2 macam artis...

Dan yang paling best buat orang jeles n ingat Cataluna sampai mati..sampai nak tulis lagi name batch kite kat asrama macam idol...sbb kite otai yang berjaya bukan...Aimi dah ke UK dengan PHD nya..Tya dah ke Aussie dengan masternya...Moon dah ke Sabahan dengan pharmacistnya...Ema dengan Therapistnya...Zura dengan Banker nye..Anne dengan engineering nya...I???tak bley jadi ni....kene sambung master jugak...baru CATALUNA gituwwww...

N i always miss all the CATALUNA...bila nak reunion baby????????







Tuesday, July 7, 2009

Emosi

Pagi ini i terbangun lewat.Pukul 7 baru solat Subuh.Subuh gajah.Bila bangun terus bancuh Milo dan on9.Tak mandi.Sangat tidak produktif.I rasa.I menjadi tidak produktif di saat keseorangan tinggal di rumah.Otak pasti jammed nak buat ape.Macam jam yang di sapu di atas roti.Bangun pagi tak tau nak buat ape.Nak kemas rumah macam tak tau part mane yang berselerak.Hanya i n adik di rumah.Kalau lepas makan..pinggan mesti basuh balik...Lain la kalau i n adik tiba-tiba nak wat kerja gila..selerak kan kain dalam almari then kemas2 balik..HAHA..takde keje..i takkan buat kerja gila.yang penting..i sangat anti rumah berselerak..kalau adik tukar baju..tak letak balik dalam bakul..i mesti bising..kalau adik goreng telur..tak kemas balik dapur..i pasti membebel..so tiada siapa yang berani nak berselerak kat rumah ni kalau i ader sbb i Watchgirl dalam rumah...rumah selerak siap kau!!!...

Semalam i sedikit emosi.Emosi bagai di kocak-kocak.Alhamdulillah bila bangun pagi..i masih berada di paras normal hanya tidak produktif.Satu paras petanda yang baik.Yahoooooooo.Com.I tak suka beremosi lebih macam kena sawan babi.Rasa &*^%.Sebab itu saya tidak suka perasaan emosi menyerang diri.Tapi semalam emosi tetap nak datang.Puas i lari buat marathon pakai slogan 'Dont Disturb'..tapi emosi tetap nak datang dekat i.Cis..jahat sungguh!!!

Semalam hati i teremosi sebab....

1. my ex tiba2 text me ...mintak balik sijil kahwin...ikut hati jahat taknak bagi.tapi macam no reason nak simpan.n i tak suke adegan clash di susuli dengan adegan membuang barang.tak cool.ok..ok..ex bf texting mintak balik sijil kahwin tak emosi.tapi jadi emosi bila bace ayat dari bekas kekasih mengimbau kenangan lama....

'kita asyik gaduh'

i teremosi sebab the most reason i gaduh dulu sbb i tak suke perempuan DESPERADO datang goda bekas kekasih dan bekas kekasih suke dengan tindakan liar tersebut.tapi kenapa sekarang keluarkan kenyataan macam i yang suke cari gaduh....ahhh..lelaki miang memang suke buat ayat cover diri kan... :P

2. my close fren yang agak miang juga membuat tanpa segan silu juga membuat kenyataan perlindungan diri....i'm single padahal terus terang the whole world tahu girlfren wat kenyataan cinta di alam maya.tidak bercakap benar.tidak suke.dah..malas cite pasal lelaki miang.....

3. mak i dah takde selama 4 hari di rumah atas urusan kerja.maka tinggal la i n my adik tomei tomei di rumah ber2.....rindu mak..segala kehidupan tak lengkap.mak takde nak kejut bangun pagi.sebab tu i terlewat bangun subuh tadi.ah alasan.padahal dah pasang alarm bangun pukul 6.30.ayah call suruh bangun.tapi tetap layan mata.last2..tgk pukul 7 baru kelam kabut.rindu mak.takde mak nak jadi tukang gosip.takde mak nak tlg bancuh milo bangun pagi.takde mak nak salam sebelum g keje.takde mak nak tengok i g keje.takde mak nak cakap 'pagi mak...'..takde mak nak suruh i iron baju die.takde mak nak suruh i masak nasi sebelum g keje.wa..hidup tak sempurna..emosi... T________T

4. adik i dengan hati yang murninya tolong hidangkan i nasi n sediakan air untuk makan malam sebab i cakap kat die i lapar bila balik sekolah.i tak suruh pun ok.tapi itu satu usaha kasih sayang adik terhadap kakak dan kakak sangat terharu dapat adik sayang kakak.terus kakak makan dengan nasi dengan linangan air mata sebab rasa terharu konon.ah tipu..air mata tak keluar sikit...tapi ader raser sebak di hati..dah la rindu mak...uwaaaaaaaaa.....

5. i rasa emosi sebab semalam hari Selasa.My class pack.Mengajar 7 waktu sehari.5 waktu direct.penat dan lenguh kaki.sampai i ajar pun kadang2 sambil duduk.sangat malas kalau mengajar duduk.tapi kaki ku lenguh..ader kau kesah???

Meter mood hari ini dah ok..tak emo lagi...entry yang di tulis dalam keadaan mood yang ok adalah sangat TERBAIK bukan...ahhh..blah..pasan!!!

Monday, July 6, 2009

Finally...

I'M DONE!!
UPDATE 7 ENTRIES IN ONE NIGHT...
SUPERB!!

Saya Sudah Langsing

Ketinggian = 160 cm
Berat = 48 kg

Today i rasa my achieve dlm menguruskan badan telah tercapai.....48kg..ya!!i memang target berat badan i 48kg..kalau sebelum ini..i 52kg..serius cakap..nampak je kurus..tapi sebab i tinggi..maybe itu tercover..tetapi sebenarnye sedikit gemuk..tidak byk..tapi sikit la..arghh..tipikal woman...amat takut pada kegemukan..ya dan itu ANIS....

Kenapa i tidak suka kepada berat 52kg..ok..pendedahan ekslusif i buat pada entry i yang ke 6 dalam marathon entry...sbb..dengan berat 52kg..i sangat susah nak cari saiz seluar...n sangat kecewa bila nak beli levis tapi woman size macam not fit with me..cedey tau...muka tersenyum senyum dapat seluar baru tapi hati sedih seluar bersaiz besar.....

48kg adalah berat badan yang ideal untuk i..so kekalkan usaha untuk maintain kan berat badan..u are good anis..cop..cop..tapi arini dah makan..nasi lemak..roti canai..pizza royal masala...nasi makan tghr..mm..macam mana tuh?????

Anugerah Bintang Popular

Pada hari sabtu yang lalu...jap2...i dah raser mcm kucar kacir dah dengan blog ini..Today..Hari Sabtu dan Semalam adalah perkatan yang acapkali digunakan dalam marathon entry..uceh..so sila jangan konfius k...hari tak penting.Yang penting pengisian.Seperti kecantikan.Kecantikan itu tidak penting yang penting hati.Juga Seperti Kacang.Kulit diluar tidak cantik..tapi isi nya sedap dimakan sambil menonton DVD Marley & Me...tetap menjadi rebutan...sudah jelaslah disini..pengisian sesuatu entry amat oenting tanpa mengira tarikh peristiwa berlaku..uceh... :)

Hari Anugerah Bintang Popular di hadiri oleh artis-artis hollywood..Malaywood dan juga Bollywood....Tapi acara di buat adalah ala kadar diatas gangguan keliwon dan mak lampir yang sering mengganggu arena perfileman tanah air..paham tak?paham tak?Ok..ayat sedikit sastera di sini..i akan menjelaskan metafora bagi ayat sastera di atas...






Hari Anugerah Bintang Popular = Hari Anugerah Kecemerlangan
Artis - artis = Pelajar cemerlang
Keliwon dan Mak Lampir = Kes Histeria
Arena Perfileman = Pengajaran dan Pembelajaran

Yes..i berjaya mengsasterakan gaya penulisan pada kali ini..terasa ilmiah dan menggunakan tema Cintai lah Bahasa Kita i rasa....mungkin i dah berjinak jinak dengan Bahasa Kebangsaan sekarang sehingga mencacatkan penggunaan Bahasa Antarabangsa i..tapi masih tidak melupakan Bahasa Arab gituwwww..

Uhibbuki Fillah....

Ok..ok..kembali kepada tema..ABP....persembahan artis-artis pun tiada pada hari tersebut..sumpah memang ala kadar...keje pun tak banyak nak buat..N yang best...hari ISNIN cuti coz Cuti Peristiwa Hari Anugerah......Kepala dah terasa ting ting ting..mahu tidur..hihihi...

Fee + Long



I rase i mengalami dan berada dalam keadaan paras horman jiwang yang tinggi minggu ini.Wah..wah..wah..sudah beria mahu membuat gosip terbaru...Anis Dilamun Cinta..sabar ye..masih lagi menggunakan lagu single ladies sebagai tema...cuma hati ini terasa sikit berbunga..entah kenapa....ader kene usha ke?Tak jugak..Wanita tak menarik tertarik dan tidak da booommm tidaklah di usha.Ader yang berkata phewiiiitttt ke?Tidak juga.Sebab kebanyakan pergerakan adalah menggunakan autobots twins....name artis bagi kukuma...bila masa i mem pheewittttt kepada orang?opss silap..orang mem phewittt kepada i....tidak..tidak.tidak..Sila jangan membuat spekulasi.....I memang sentiasa berbunga bunga sekarang..sbb i rase i'm lucky ader frens n family yang sangat sayang kat i...n..hardly believe ader someone is waiting for me out there...saya BAHAGIA...dah2..tutup entry.entry jiwang tak bley tulis pepanjang....malu....aishhhhhhh.. :(

Medical Check Up

Today i pergi Hospital Parit Buntar..actually..i dont like to go to hospital...sbb i takooot dgn emergency case..tgk2 darah..patah2 kaki...sumetimes i bley jadi pening...nasib baik dis time juz pergi bahagian Jabatan Pesakit Luar untuk Medical Check Up sempena kejayaan memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah..ok..dat is my occupation..so..cincai nak sebut..i'm TEACHER.....hihi....TEACHER ANIS gituwwwwww....

Keadaan di hospital sangat lah sesak arini....datang pun tengahari kan..mesti la ramai orang.....uikssss....tapi yang best..layanan untuk i sangat cepat dan pantas...i just tgg aroung 15 minutes di bahagian registration..then terus g bahagian x-ray...tgg 5 minutes..then g bahagian cek mata n berat..tak payah tgg..terus dtg buat..n..ke bhgn urine..ni pun tak payah tgg..so..total around 45 minutes i punye urusan kat hospital dah siap...yes..no wasting!!!!

Next week..i ader appointment dgn doctor pulak..14 Julai 2009..2.00 pm..ok..sila catit dalam diari..ingatkan i..opss.lagi sekali..perlu ke??KAHKAHKAH.....nape gelak style lain pulak ni??owh..gelak nada jahat memang begitu.. :)

Aku Merinduimu TYA





Semalam i jumpe my best mate lagi..TYAILYANA before she flies to Aussie..Wa...i'm gonna miss her.....uwaa..uwa...uwa...dah nangis ni..sampai sekotak tisu habis.arghh sentimental...tipikal women..mesti nak selitkan bab2 nangis sket.citer melayu isteri kene dera pun beria ria nak nangis....tu belum lagi kisah si Tanggang..kisah Intan..filem hindustan..isk..lagi syahdu.rasernye..dat y i suke action movie...takde unsur tangisan dalam kerinduan.Oleh itu..Transformer yang TERBAIK.Tapi tetap nak sedih jugak time Sam Witwicky mati.Sudah...sudah..baik ngaku.Kau memang ratu air mata.Tapi mungkin dah kurang sedikit sekarang dengan kehidupan yang membahagiakan bersama teman teman especially TYA..ok..kembali kepada tajuk..i'm with TYA..


Berkaraoke bersama TYA sumpah best.N dis is our 1st time karaoke together.Ok..sila catat dalam diari masing2.Anis dan Tya Pertama Kali Karoke Pada 5 July 2009.Opss..perlu ke??Dah2..tak payah..teruskan saja pembacaan..5 entry to go...jgn lupe ye..Milo i pun dah siap di bancuh..sedap gituwww...Milo Anis memang yang terbaik.Sila datang rumah jika nak milo yang terbaik ok!...Dah2..jangan lari tajuk.Milo dan Tya tidak same.Walaupun kedua duanya adalah my favourite..tapi masih tidak same.....

Menikmati McD sambil bergossip bersama TYA sangat menarik..dari hal2 wanita desprate..lelaki desparate juga abg tik hinsim din bisik siki pinding2 dimuatkan dalam agenda gossip....tu belum lagi gossip artis...mesti 1 malam pun tak hbs bukan..wa..i rindu...tgh planning nak g aussie ni....sambung gossip di sana ya.....wish me wish me wish me..berjaya g!!hihihi.....

Marathon Entry



I rase sudah 7 hari bersamaan seminggu i tak update entry..maaf kerana dakwat pen telah habis...cis..penipu...murahan punya penipu sebab kau update gune komp..mane sesat plak isu2 pen disini..tapi mmg btol..dis week i byk kerja smpai dakwat pen pun habis nak menulis..dah juga hilang sebab lupa letak mana..kau memang PELUPA anis..lately memang mengalami masalah mental sket.RETARD.Hahahaha...

Story in a week mmg berlambak lambak tak update.Sbb ini blog.Kalau kamu selsema or di gigit semut pun harus di update bukan.Apatah lagi cerita cerita sensasi seperti Anis Scandal Baru Fahrin.....Cinta Anis Bukanlah Rahsia dan Anis dan Fahrin Berbulan Madu di Italy...Itu lagi lah kene update...maaf kerana mengadakan segmen menguji kesabaran.Jap jap.I dah buat entry budget artis di sini.Budget macam Lisa Surihani scandal ngn Fahrin.Baik i stop dari semua orang blah.Plz..plz..merayu konon... :P

Sudah 7 hari tak mengupdate entry...so cerita pun perlu letak 7 jugak kah..namun 7 bukan no kegemaran..i suke no 9..no telefon pun banyak no 9...sbb 9 itu cantik..bley di ubah menjadi 6...nombor lain mane leh wat gituww..tapi bilangan 9 sangat lah banyak.kalau gaji sampai 9 angka...i adalah jutawan...perghh..mungkin boleh join kelab Puan Sri kalau gaji 9 angka..dan mungkin jadikan Italy sebagai rumah kedua...kenapa pilih Italy?Sbb i nak g Italy.Owh..mesti masing2 ader negara yang ingin di lawatikan.kalau i..i pilih Italy....Italy..Italy...Italy..Ok..berangan jap...letak kaki atas meja...cis..tak sopan nyerrrr!!!!

Penulisan berunsurkan 9 akan terhenti disini..so masih ada lagi 6 entry untuk di update kan..haha..tgk..tgk..bukan kah 9 dan 6 itu menarik????taksub ..taksub.....Ok..bancuh milo dulu.My favourite.Hot Chocolate sudah habis di rumah.Mak...jom g tesco ..join housewives club tolak troli..ngeh2... :)

PHD IS A LONELY JOURNEY