Where Have U Been?

Keyboard : Berhabuk
Monitor : Berhabuk
Anis : Berhabuk
Anis juga berhabuk?Anis ni tak mandi kah.tidak2..bukan berhabuk..cuma kurang sihat..patut blog 2 hari dah tak update.Tetiba menghilangkan diri.YM tak aktif.FB je masih sihat.Tapi jarang chat juga.Anis sakit ok.Anis sakit....Sangat kesian bukan.Asyik tidur saja.Selera bertambah.Ops..sakit apakah yang selera makin bertambah??Actually..saya mengalami sakit kaki yang keterlaluan dan penat yang melampau 2 hari ini...
Sebenarnya sakit ini memang di cari.Memang sengaja pegi tepi jalan then shouted.."hey sakit kaki..sila datang..tak datang siap kau..HAHA".Uiks..mana ada orang minta kesakitan.Allah murka.Sila insaf.I sakit kaki sebab simptom virus menghirup udara segar U1N1 telah datang.Uceh.Macam tidak cukup oksigen saja di rumah.Mungkin memerlukan bantuan gas.Tapi simpton ni di alami oleh i ketika hanya waktu CUTI...yeah..i'm free...
Memegang title gadis yang free dari segi waktu menuntut penggunaan otot kaki yang banyak jika anda di serang simptom virus udara segar U1N1.I dah tekad semalam i nak stay di rumah.Basuh baju dan meningkatkan skill2 kulinari.Tapi msg dari Romong yang berbaur godaan memang menghalang perbuatan i menambahkan skill untuk menjadi gadis melayu.Ujibakat 6/6 di KL Sentral.Last!!HAHA..Iklan...
"Weh..aku boring di rumah.."
Dan aktiviti biasa bila di landa keboringan adalah tengok wayang di Taiping Sentral.Dan cerita memang best..Terminator Salvation.Sumpah best.I bagi 5 bintang.Ema yang join di saat akhir pun bagi 5 bintang.After movie..macam biasa..aktiviti LawaKing bersama lawak-lawak Romong yang bercirikan Hagemaru dan Kiteretsu akan dilakukan di kedai makan.N balik pukul 11...sumpah badan penat dan kaki sakit....
Hari ini I tekad lagi nak stay di rumah.Tapi suddenly ajakan ayam mak i yang berunsur godaan juga amat susah untuk dicegah.Umpama badai Tsunami yang melanda.Datang tiba-tiba.
"Kakak..jom teman mak ambil adik"
Sebagai anak yang baik hati..i pun dgn ikhlasnya menjadi driver my mum..ambil adik i kat MRSM Kepala Batas.Destinati yang wajib singgah adalah Sunway Carnival Mall.Sumpah menambah beban kepenatan semalam tapi bila masuk mall tiba2 sakit hilang jap.T__________T.Tengok bodyshop ader sale tanpa berfikir panjang terus amik beli lip gloss dan juga perfume.Owh dan juga seluar dan juga eyeliner dan juga buku.I sudah ilmiah.Memang tekad tiap kali keluar mahu membeli buku..buku..buku..buku..buku..dan magazines.I'm addicted to MPH now!!!!Keluar mall....tiba2 i rasa badan penat kaki sakit..pencen jd driver..i sakit ok..i sakit..dah blah kau anis..asyik bising cakap sakit.Campak dia ke Hospital Seberang Jaya wad 15.huahuahua..
Esok sudah Khamis.Harap esok tiada godaan untuk i meneruskan aktiviti membasuh baju dan juga meningkatkan skill kulinari.Uceh.Sudah 3 bulan tidak baking cake.I rasa skill dah hampeh.Skill memasak lagi tiada.Skill makan pun tiada.Patut I langsing.Huahuahua.Perasan kau.Seluar masih bersaiz 27.Tidak patut di gelar langsing bukan.Sejak memakai braces...nafsu nak makan memang terbatas.Masih belum sempat menikmati Chicken Chop....wa..lapar!!
Cuti di habiskan dengan aktiviti mengeluarkan diri.Sila pulang ke rumah Anis.Where Have U Been??

Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar