Kerana Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum....( sila jawab )..Adess..sudah buat entry ke 54..baru mau beri salam..ok..takpe.buat history...

CIK ANIS MEMBERI SALAM DI ENTRY YANG KE 54

I rasa macam menghormati blogger pun ada...memberi salam sebelum membaca entry T_______T..bagus..sila amalkan selalu..ataupun i dah terbawa bawa perangai Cikgu Syuhadah di dalam Syurga Cinta.Omaigod!Anis telah tgk Syurga Cinta.Satu pilihan yang agak kurang bijak kerana die sgt tidak suka filem melayu yg jalan cerita die same je.Balik2..adegan clubbing..then insaf...takpun adegan rempit..then insaf..takpun adegan jalan pilih jalan hitam..then insaf..aish..tipikal malay punye cerita..sume same....tapi sebab bercirikan kekeluargaan..adik n my aunt juga ibuku mahu tengok..anis ikut saja.....ANIS BUDAK BAIK...huahuahua...

30 Mei 2009..hari i mula mencutikan diri dari segala kerja tapi membzkan diri dengan aktiviti perkahwinan..menghadiri kenduri kahwin kawan merupakan aktiviti wajib i pada musim cuti sekolah..mungkin semua sudah tidak sabar mahu bergelar puan..meninggalkan i yang masih bergelar cik seri..kerana cantik berseri seri...CIK SERI ANIS DIYANA..oyeaahh..mcm sesuai juga....

30 Mei 2009..juga merupakan hari yg HISTORY buat my best friend..Yanti @ Puan Yon..sungguh comel memanggil Yanti sebagai Puan Yon..serius comel...kalau anak letak Yona dan Yoni..lagi comel..ah..blah kau Anis..anak orang pun kau nak pandai2 suggest nama..

I memang teruja bila dengar Cik Yon ( ketika itu ) mahu berkahwin..sampai semangat jadi tukang inviter tak bertauliah..invite kawan2..sehingga berjaya menginvite Anne Hassan dan Zura yang tak pernah2 dtg kenduri kahwin mana2 kawan lagi..yes....berjaya!!kepada kawan2..sila alert..anis sudah menjadi tukang jemput yang berjaya..kalau nak special guest dtg ke kenduri kawin..sila minta Anis jemput.Harga boleh runding.HAHA..pasti tak berani bukan..i sudah letak harga lepas ni...biasala.komitmen tinggi...

Tapi i juga ada berasa sedikit sedih..bila terkenang kan zaman gadisku bersama Cik Yon ( ketika itu )...sama2 share donut JCO..sama2 balik kampung drive pagi2 buta nak last2 tersadai kat Hentian Tanjung Malim...sama2 g Danau Kota..tido sama2..sekarang sudah terbatas...sekarang kalau mahu tidur bersama Puan Yon...En Helmi akan berkata ..langkah mayatku dulu..Ceh..tipu...Helmi kata boleh je lagi tapi sangat tidak bermoral tidur bersama isteri orang sedangkan suami tidur keseorangan....tapi serius sedikit terasa sedih bila best fren sudah kahwin...

Sebagai seorang yang mempunyai semangat kemerdekaan dan kewarganegaraan..Cis..pehal pulak ni..silap..sebagai seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi..Eceh..tak boleh blah..i telah bangun awal untuk menyiapkan diri ke Teluk Intan..Tapi masalah timing masih membelenggu diri..even bangun awal..pukul 10 masih di rumah padahal janji bersama Ema pukul 10.30 sudah di Ipoh..HAHA..JANJI DIYANA...

Sepandai pandai Anis Yang Lambat..Akhirnya Anne Hassan Lagi Lambat..bila i sampai Ipoh pukul 11.30...Anne still tak sampai lagi.Dan di hati sudah tahu Anne pasti lambat.Janji mahu naik bas pukul 8.Tapi siapa yang tak kenal Anne Koala..last2 pukul 10 baru naik bas dari PUDURAYA..ya...JANJI DIANA.....

Perjalanan ke Teluk Intan amat meriah dengan kehadiran Koala dan Panda..sangat comel Anne Koala dan Zura Panda...masih seperti dulu... Anne masih isu2 ketiduran di dalam bas seperti koala..sampai tak sedar i call..dan Zura tiba2 menyampuk mempromote kilang Carlo Rino murahan dan akhirnya penipuan terbongkar bila itu bukan Carlo Rino tetapi Alfio Raldo..ADA KILANG ALFIO RALDO DI LALUAN KAMPAR_SG MANIK...BUKAN KILANG CARLO RINO..harap maklum...

Kehadiran VVIP pada pukul 3 petang sgt dinantikan...sudah lama pengantin menanti VVIP dan oleh kerana VVIP terlalu lambat..proses persandingan terpaksa di mula kan kerana menghormati tetamu yang dtg lebih awal..takpe..VVIP ngerti..dan sgt memahami..uceh...

Bila sudah makan dan taraf perut sudah kembali ke taraf normal..baru bersedia untuk bergambar walaupun pengantin sudah kepanasan tapi i tetap boleh mengekalkan muka maintain comel..huahua....dan zura sgt teruja untuk menangkap gambar sawah..sampai sanggup berenti kereta tepi jalan semata mata nak tangkap gambar sawah tapi bila sampai rumah Puan Yon tak sangka rumah die dikelilingi sawah..maka taraf keterujaan zura semakin tinggi sehingga sanggup menghentak hentak kaki dan berkata..

"Nak tangkap gambar..Nak tangkap gambar"

Dan i telah mempromote diri untuk menjadi photograper tapi di tolak mentah mentah kerana risau dengan kualiti gambar oleh photograper amatur..Cis..siap kau zura..huahuahua...Nasib baik sanggup belanja Old Town untuk ambil hati dan lepak sampai pagi..sumpah dah lame tak lepak sampai pagi..sampai waiter berkata..

"Sila balik..kedai mau tutup.."

30 Mei 2009 juga menjadikan hari yang paling best sepanjang bulan mei kerana sudah lama tak sembang with my freinds lama2..gelak sampai tak ingat dunia..sumpah dah lama tak buat..asyik pikir kerja saja..dan kini..kawan sgt bermakna..menceriakan hati yang lara..KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar