Thursday, May 21, 2009

Entry Ilmiah



Hari ini adalah hari yang sungguh BOSANDANMENGANTUKJUGABORINGSEKALI..eh..bosan itu bukankah boring?hantamlah labu....yang penting kau tahukan i nak bagitau sungguh bosan sekali hari ini...


Menjaga students time exam bukanlah perkara yang terbaik sekali dalam hidup...duduk sambil mendengar mp3 dan memakan keropok potato chips sambil menjaga exam...sgtlah bahagia sekali..haha..nak mampus kau..jaga students smbil dengar mp3..dahla pakai tudung bawal gred A..spesis yang jarang.pastilah nampak wayar earfon..lainla kau pakai selendang tebal pashima ke..bley la jugak nak sorok wayar earfon..haha..tapi kalaula boleh buat begitu..pasti pengalaman menjaga exam menjadi pengalaman yang bermakna sekali sebab boleh dengar byk kali suara kris allen nyanyi lagu heartless..sungguh sedap..memang layak kau menang american idol!!

I taktau berapa kali i menguap time jaga exam..dah la cuaca macam menggoda untuk tidur je..sejuk macam nak hujan...nikmatnye kalau disorongkan bantal..dahla kene tgk muke students je..tiada kenikmatan..lainla kalau tgk muka brad pitt dan angelina jolie kan..pastila tak ngntuk..muka artis..siapa yang taknak tengok bukan..tapi kalau i tidur..i risau plak students i bangun n cakap..

"hari hari cikgu suka tidur"

Argh..jatuhlah publisiti bukan..walaupun i tau..kadang2 mata ni memang dah taraf nak terpejam...memang jahat SYAITANDURJANA...asyik nak bergayut kat mata je...cis..

Bila tgk taktik students time exam pun kelakar gak..teknik peniruan yang sgt tak pro...ala..setakat teknik lama tu..i pun dah pakai dulu kan..cube ubah sikit..bg yang lebih extreme...barulah peniruan ilmiah namanya...ni setakat pandang belakang then tanya kat kawan...

"Soalan 39 apa jawapan die?"

Tu tektik kuno la bukan..i rasa sejak zaman p.ramlee pun pakai tektik ni..Takpun teknik peniruan yang tak pro yang masih diguna pakai ialah..berpura pura tutup muka..takpun tunduk..then tny kawan sebelah jawapan..HAHA..lagi tak ilmiah...taktik lama..sila jangan guna...cikgu Anis sangat pro dengan tektik lama..so pastilah akan kantoi bukan....

Teknik peniruan yang lama dan tak update sgtlah tak extreme..peniruan yang tak mencabar..takde class kau..cube kau gune teknik lain...berpura pura berfikir...sambil tangan memberi isyarat no soalan kat kawan sebelah...then kwn sebelah akan tunjuk la pembaris yang mewakili A..pemadam yang mewakili B...pensil yang mewakili C dan pen yang mewakili D....dan teknik ni akan berjaya sekiranya mendapat kawan yang 'sekepala' kat sebelah..berbincang sebelum misi dimulakan..barula success...HAHA...

Cis..sgt tak boleh blah..i plak yang bagi tips tiru..bukan nak bagi tips menjadi pelajar cemerlang ke..cara-cara cepat membaca ke..cis..memang tak boleh blah la kau cikgu Anis..ha..taktau...sekarang dah kantoi...cikgu Anis pun petnah tiru kan...haha..adatlah tu..tiru bukan bermakna kau tak tahu..tapi kadang2..simptom TAHU TAPI LUPA menyerang diri ketika exam..so bantuan kecemasan memang diperlukan lah bukan...tapi tu bergantung kepada sejauh mana cara kau mengorat untuk mendapat bantuan kecemasan...

Kalau nak mintak tolong jerit2...sambil cakap...

"woi..sombong ke?mailah tolong"

Pastilah takde orang nak tolong kan..yang nak menyumpah nyumpah lagi ada..haha...sebab tu la kerajaan buat kempen

BUDI BAHASA BUDAYA KITA..

Aik..ada kaitan ke dengan entry ni..ok..boleh sajalah..entry ilmiah lah bukan...

No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI